Powered By Blogger

PUAKA ALROSTUYA

Puaka' hantui dua siswa UM
30 Jun, 09 10:33am
Dua pelajar Universiti Malaya ditahan polis sejak minggu lalu berhubung contengan "C4", "puaka" dan "Altantuya" di dinding dewan sebelum kedatangan isteri perdana menteri Rosmah Mansor.

Izuddin Hilmi Mohamad Zaini ditahan pagi Rabu lalu, hari lawatan wanita pertama negara untuk menutup kempen derma bagi anak-anak Palestin.

Sementara rakannya Mohd Sharuddin Ahmad Rosli pula ditahan keesokan harinya.

Difahamkan kedua-dua pelajar tahun dua Akademi Pengajian Islam - yang ditahan di ibu pejabat polis Brickfields - belum dibebaskan, setakat semalam.

Menurut satu laman web UM Today, polis terus menggeledah beberapa rumah siswa universiti tersebut dalam usaha menjejak tiga lagi pelajar.

Rumah seorang exco Majlis Perwakilan Mahasiswa UM (MPMUM) Mohd Aizat Mohd Salleh turut "digeledah polis empat kali sejak tiga hari lalu".

Laman web tersebut juga menyebut, kenalan Mohd Aizat yang enggan dikenali memaklumkan bahawa polis telah membawa Izuddin Hilmi dan Mohd Sharuddin ketika menggeledah masuk rumah tersebut pagi semalam.

Rosmah sering diburuk-burukkan dengan label nama wanita Mongolia yang mati dibunuh menggunakan bom plastik C4. Beliau bagaimanapun menafikannya.

NAMPAK TAK BETAPA BENCINYA PELAJAR KITA KEPADA ROSMAH.SANGGUP MEREKA AMBIL RISIKO UNTUK MEMBERI TEKANAN KEPADA ROSMAH.INI JUGA MENUNJUKKAN BETAPA KUATNYA KAITAN DI ANTARA ROSMAH DAN ALTANTUYA(HAMPIR BERMADU KAN).APA PUN,TAHNIAH KEPADA ANAK MUDA YANG BERANI.APA JUA CARA,KAMI KAGUM DENGAN KALIAN..TERUSKAN PERJUANGAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan