Powered By Blogger

DEMI MASA DEPAN GENERASI BARU MALAYSIA

Adakah anda merupakan pengundi berdaftar.?
Adakah anda mengundi di kawasan yg sepatutnya?

Rakan-rakan,anak muda sekalian.
Masa depan Malaysia di tangan kita.

Jika jawapan anda belum,lekas segerakan...pilihanraya akan berlaku bila-bila masa.
jangan nanti kita menyesali kelekaan kita.

Bagi yang mengundi di luar kawasan,jika mampu,tukar kawasan mengundi ke tempat asal...bantulah kawasan sendiri.

WAHAI ANAK SIK..
MARI BERSAMA KITA PERTAHAN PARLIMEN SIK SERTA DUN JENERI..
JUGA JANGAN LUPA,KITA RAMPAS DUN BELANTIK..
AKU DAH BAWA 2 UNDI KE BELANTIK (AKU & ISTERI)
ANDA BILA LAGI

AIR APA TU???



Tengok kaler dah betul,
tengok gelas dah betul,
tengok gaya pun betul,
tapi.....
Fikir-fikir sendiri
takkan air teh o kot...hehehe

Ahli Parlimen Pakatan Rakyat 'terlepas' cipta sejarah

Kali pertama dalam sejarah negara, belanjawan atau buget negara diluluskan dalam dewan rakyat dengan majoriti yang amat kecil.

Budget 2010 diluluskan hanya dengan majoriti 3 undi sahaja, itu pun selepas Najib dan beberapa orang Menteri Kabinet dipanggil untuk hadir ke Dewan Rakyat malam tadi.

Boleh dianggap bahawa majoriti ahli parlimen Barisan Nasional tidak menyokong Budget 2010 yang telah dibentangkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak. Katanya, Tindakan 70 orang ahli parlimen dari 137 (1 lagi adalah Speaker) yang tidak hadir semasa sesi undian bagi kelulusan budget berkenaan semalam, mengambarkan bahawa mereka memboikot atau menolak bajet berkenaan.

Hanya 66 orang sahaja yang hadir bagi menyokong usul budget berkenaan dan ini adalah kurang dari separuh dari jumlah keseluruhan ahli parlimen yang sepatutnya hadir.

Jika Najib menolak andaian Ahli Parlimen Bn memboikot buget yang dibentangnya, maka beliau terpaksa mengakui bahawa perangai ahli parlimen Bn yang ponteng.

Namun apa yang lebih dikesalkan rakyat ialah ahli parlimen Pakatan Rakyat telah terlepas peluang mencipta sejarah untuk menolak buat kali pertama belanjawan negara.

Cuma ada 63 undi menolak dari Pakatan Rakyat, mana lagi kira kira 20 undi ...... Ini amat - amat - amat memalukan... adakah Ahli Parlimen Pakatan Rakyat juga kaki ponteng ?

Datuk Seri Anwar, Hj Hadi Awang dan Karpal Sigh sebagai pemimpin 3 parti komponen utama seharusnya bertindak tegas. Cadangkan keluarkan surat tunjuk sebab kenapa mereka gagal hadir. Mereka harus hadir kerana mereka dibayar dengan wang rakyat untuk mewakili suara rakyat di Parlimen Malaysia.

chegubard

BTN BAZIRKAN WANG RAKYAT RM550 JUTA UNTUK KEPENTINGAN PARTI UMNO ?



Isu BTN terus mendapat perhatian akhbar-akhbar berbahasa Cina apabila akhbar China Press pada Selasa lalu menyiarkan artikel bertajuk 'Liew Chin Tong dedah peruntukan RM74 juta untuk BTN'.

Menurut akhbar itu, Ahli Parlimen Bukit Bendera mendakwa, BTN mendapat peruntukan sebanyak RM74 juta pada tahun ini dan peruntukan itu lebih RM4 juta berbanding peruntukan parlimen iaitu RM70 juta.

Chin Tong mendakwa, jumlah itu terlalu banyak dan sangat 'memeranjatkan' kerana ia semata-mata untuk menanam fahaman perkauman.

Kata beliau lagi, menurut Bajet BTN 2010 itu, ia akan mengambil 224 pekerja tetap tahun depan dan penambahan itu tidak sepatutnya berlaku kerana BTN kini bermasalah.

"Berbanding peruntukan untuk Jabatan Perdana Menteri (JPM), bajet untuk parlimen sangat sedikit," kata ahli parlimen itu yang turut membandingkan bajet untuk JPM dan parlimen secara panjang lebar.

Sementara itu, Pengerusi DAP, Lim Kit Siang dalam http://blog.limkitsiang.com menyelar kerajaan dengan mendedahkan perbelanjaan BTN berjumlah RM550 juta dalam tempoh 10 tahun.

"BTN telah membelanjakan sebanyak RM 550 juta dalam tempoh 10 tahun sejak tahun 2000 sehingga 2009 dan ia telah mencetuskan sentimen perkauman sehingga menyebabkan ramai para cendekiawan lari ke luar negara."

Berdasarkan belanjawan tahunan untuk tempoh 10 tahun terakhir yang berjumlah RM548 juta, berikut adalah perincian kos tersebut mengikut tahun.

Bagi tahun 2000, kira-kira RM28,928,500 dibelanjakan manakala setahun selepas itu, tahun 2001 sebanyak RM27,172,300 pula dibelanjakan. Kos tersebut meningkat kepada RM34,199,700 pada tahun berikutnya dan terus meningkat lagi pada tahun 2003 kepada RM35,620,163. Kos tersebut meningkat lebih daripada sekali ganda iaitu RM86,165,889 pada tahun 2004 namun mengalami sedikit pengurangan iaitu RM68,160,330 pada tahun selepasnya.
Pada 2006, kos BTN berkurang lagi kepada RM43,097,076 tetapi bertambah kepada RM74,339,400 pada tahun lalu iaitu RM76,348,700. Bagaimanapun, pada tahun ini kos nya berkurang sedikit tetapi masih lagi pada angka yang besar iaitu sebanyak RM74,023,100.

Menurut Belanjawan 2010, kira-kira RM62.5 juta diperuntukkan untuk tujuan Kursus BTN.

"Ia melibatkan sejumlah wang yang besar. Bagaimana mungkin wujud justifikasi untuk membelanjakan peruntukan besar untuk sebuah agensi bagi melaksanakan kesinambungan agenda yang bertentangan dengan semangat perpaduan bagi memecah belahkan rakyat Malaysia kepada perkauman, sepertimana yang dinyatakan beberapa pemimpin pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam baru-baru ini,"

Terdahulu, Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM), Mohd Ridzuan Mohamad menyifatkan Kursus BTN sebagai 'tidak sesuai' yang menyuntik sentimen perkauman dan tidak membantu melahirkan kepimpinan dalam persatuan pelajar.

Selain itu, ahli Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia, Hisyamuddin Che Ali berkata Fakulti Pengajian Islam mengadu bahawa sentimen perkauman sememangnya diajar pada kursus-kursus BTN dengan memaklumkan orang Cina merupakan pendatang yang dibawa masuk ke negara ini.

FM

Penalis: Ketuanan Melayu 'projek politik' kekal kuasa

Konsep Ketuanan Melayu dan kontrak sosial adalah merupakan satu helah politik parti pemerintah untuk kekal berkuasa, kata naib presiden DAP, Tunku Abdul Aziz Ibrahim.

Katanya, jika adapun apa yang dipanggil kontrak sosial, ia tidak ada kena mengena dengan hak istimewa Melayu, tetapi ia merupakan rangka untuk melindungi rakyat.

Beliau berkata demikian dalam majlis forum bertajuk 'Mitos Ketuanan Melayu' anjuran Refsa (Research for Social Advancement) di ibunegara semalam.

Tiga lagi ahli panel ialah Noraini Othman' (UKM/Sister in Islam); pakar sejarah Malaysia, Clive Kessler dan ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) Richard Yeoh.

Menurut Tunku Abdul Aziz, apa yang dianggap rakyat sebagai kontrak sosial adalah sebenarnya satu persefahaman antara pengasas kemerdekaan negara untuk 'tinggal bersama, kita mesti kerja bersama-sama".

Katanya, para pengasas tersebut merupakan golongan yang berfikiran liberal dan tidak pernah terfikir tentang hak keistimewaan orang Melayu.

Beliau juga menegaskan bahawa Malaysia, sebagai sebuah negara, masih belum menemui identitinya ekoran dasar-dasar yang tidak inklusif.

Menurutnya, identiti bersama itu boleh dicapai sekiranya rakyat merasakan mereka dilayan secara adil dalam dasar-dasar yang dilaksanakan dan mereka tidak merasakan bahawa Malaysia adalah tempat milik orang Melayu.

Konsept 1Malaysia 'kabur'

Ditanya sama ada konsep 1Malaysia itu bertujuan menangani isu perkongsian identiti, Tunku Abdul Aziz berkata, idea yang dibawa oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah kabur dan mendakwa perdana menteri sendiri gagal menjelaskannya.

Sebaliknya, kata beliau, konsep 'Malaysian Malaysia' anjuran DAP "tidak mendiskriminasi atau menyokong kesengsaraan rakyatnya."

Tunku Abdul Aziz berkata, beliau secara peribadi percaya kepada konsep tersebut sejak sebelum menyertai DAP lagi dua tahun lalu.

Menurutnya, konsep Malaysian Malaysia itu, apabila pertamakali diperkenalkan oleh pemimpin Parti Bertindak Rakyat (PAP) Lee Kuan Yew pada 1960-an, wujud banyak rasa curiga di kalangan pelbagai masyarakat etnik ekoran jurang ekonomi yang luas.

Pandangan tersebut turut dikongsi oleh Noraini yang berkata konsep tersebut sesuai dengan keadaan sekarang kerana wujudnya ramai masyarakat kelas pertengahan Malaysia yang bersedia untuk menjadi sebahagian daripada negara yang memberi kesaksamaan
kepada semua rakyatnya.

Beliau bagaimanapun mengakui bahawa masih wujud halangan psikologi di mana ramai orang Melayu yang masih merasakan yang mereka belum bersedia untuk melepaskan 'tongkat' mereka.

Menurutnya, ia merupakan satu lingkaran di mana rakyat masih terperangkap dalam cara pemikiran feudal.

Noraini, yang merupakan penulis bersama buku 'Sharing the Nation', menambah bahawa konsep ketuanan Melayu membuat beliau kecut kerana ia membangkitkan "perasaan penghambaan".

Menurut istilah klasik Melayu, katanya, perkataan 'ketuanan' membawa maksud tuan ke atas hamba tawanan, yang menurutnya, satu konsep pra-feudal yang tidak sama waktunya dengan 1957, 1963 dan hari ini.

Seperti juga Tunku Abdul Aziz, beliau mengingatkan supaya jangan terjebak dengan 'perangkap' ketuanan Melayu, yang dianggapnya sebagai satu 'projek politik'.

Asal usul Ketuanan Melayu

Sementara itu, Yeoh pula berkata, istilah 'Ketuanan Melayu' bermula dengan ucapan Tan Sri Abdullah Ahmad pada 1989 yang berkata orang Melayu mesti dominan dalam kepimpina politik.

Bagaimanapun, katanya, ucapan itu tidak memudaratkan, tetapi ia telah membawa maksud ketuanan Melayu kepada sesetengah pemimpin Umno yang tidak semestinya faham maksudnya.

Sehubungan itu, katanya, istilah tersebut perlu dilihat mengikut kontek sebenarnya, kerana ia ditimbulkan sewaktu Umno berdepan dengan krisis kepimpinannya di mana Tengku Razaleigh Hamzah mencabar kepimpinan Dr Mahathir ketika itu.

Menurut Yeoh, perlembagaan hanya menetapkan hak-hak keistimewaan untuk orang Melayu dalam bidang-bidang yang sudah pun ada sebelum kemerdekaan, dan tiada lagi keistimewaan baru yang ditambah.

Orang Melayu, katanya, boleh mencapai semua yang mereka telah capai, dan mungkin lebih daripada itu, tanpa istilah Ketuanan Melayu.

Sementara itu, Kessler pula menambah bahawa negara ini sedang melalui gelombang ketiga perjanjian Merdeka yang dipersetujui oleh para pengasasnya - yang pertama datang pada 1969 dan ketiga pada 1972 dengan Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Gelombang kedua, katanya, mulai berakhir pada 1999 tetapi terus hidup tanpa kebiasaan dari 2004 "ketika kerajaan merasakan yang semuanya telah dimaafkan, sehinggalah apa yang berlaku pada pilihan raya umum 2008".

Oleh itu, katanya, adalah diharapkan gelombang ketiga ini akan "mendukung semangat perjanjian Merdeka", yang mempunyai tujuan untuk membangunkan sebuah negara yang "pluralistik dan inklusif".

Malah, hujah Klesser, timbalan perdana menteri kedua, Tun Dr Ismail Abdul Rahman pernah berkata bahawa penerusan dasar-dasar afirmatif yang membantu orang Melayu, boleh menjadi satu penghinaan kepada maruah mereka.

FM

TOT ArK

Sekarang time rileks sampai 2.30pm...

Aku kat Melaka sejak semalam untuk kursus TOT ArK.

Program yang dijalankan ini agak menarik dan langsung tidak membosankan.Biarpun rata-rata peserta program merupakan orang yang lebih berusia tapi,aku dapat menyesuaikan diri...Maybe,sebab peserta-peserta ini merupakan yang terpilih bagi menjadi pemudahcara serta tenaga pengajar bagi ArK.

Program yang dijalankan ini merupakan program latihan bagi melahirkan lebih ramai Pengajar juga FASILITATOR bagi ArK.Sebenarnya,aku dah dijemput join 1st program kat Pangkor pada awal Bulan baru ni...tapi disebabkan Kenduri Adik Isteri yang berlangsung serentak,aku diberi peluang untuk menyertai kursus di sini....

Harap-harap pas ni,aku leh balik ke Kedah n terus membantu untuk training bagi peserta-peserta di Kedah..

Baru tadi,Kak Nurin dah ajak n bincang tentang Group Trainer dari kedah yang akan kitorang aturkan nanti...So untuk semua Oarng Kedah....Wait For US

Konvensyen bincang dasar bersama Pakatan

Dasar bersama Pakatan Rakyat akan dibincangkan dalam konvensyen pertama gabungan tersebut yang dijadual berlangsung pada 19 Disember ini.

Konvensyen yang bertemakan "Memimpin Perubahan, Menjana Kemenangan" itu akan berlangsung di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di Shah Alam.

Menurut kenyataan sekretariat Pakatan Rakyat hari ini, konvensyen itu akan dihadiri perwakilan parti-parti dalam gabungan Pakatan Rakyat dari seluruh negara.

"Seramai 1500 Perwakilan dari ketiga-tiga parti akan berhimpun di Shah Alam bagi menyaksikan detik penting sejarah besar Pakatan Rakyat dan juga rakyat Malaysia secara amnya," kata kenyataan itu lagi.

Kertas kerja bertajuk 'Dasar Bersama Pakatan Rakyat' akan dibentangkan oleh pemimpin utama Pakatan Rakyat di konvensyen tersebut.

"'Dasar Bersama Pakatan Rakyat' ini akan menjadi dasar yang diterima, disepakati dan dihormati oleh ketiga-tiga parti dan muafakat Pakatan Rakyat," katanya lagi.

Menurut kenyataan itu lagi, konvensyen tersebut juga akan menjadi pemangkin kepada hasrat Pakatan untuk menawarkan kepada rakyat Malaysia sebuah kepimpinan yang berwibawa.

LEMBU PUNYA KEPALA,,PEMUDA UMNO SUDAH KENA


Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini ini menetapkan perbicaraan kes berhubung insiden perarakan kepala lembu dalam satu protes di sekretariat negeri (SUK) Selangor Ogos lalu, didengar pada 12 April depan.

Hakim Hasdi Hasan menetapkan perbicaraan itu berjalan selama lima hari - sehingga 16 April depan - di hadapan Hakim M Gunalan.

Sebelum itu, Ahmad Mahayuddin Abdul Manaf, 36, Ibrahim Sabri, 43, Eyzva Ezhar Ramly, 31, Mohd Azmir Mohd Zain, 35, Ahmad Suhairy Zakaria, 30, dan Mohd Hilmi Ni, 40, mengaku tidak bersalah semasa kes itu disebut di hadapan Hakim Hasbi.

Ibrahim dan Ahmad Mahayuddin didakwa memijak kepala lembu; Ayzva didakwa membawa kepala lembu; manakala Mohd Amir, Ahmad Suhairy dan Mohd Hilmi, didakwa membawa dan memijak kepala lembu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mereka juga mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan pilihan iaitu dengan sengaja berniat hendak melukakan perasaan penganut beragama Hindu dengan melakukan kesalahan terbabit di tempat dan pada masa yang sama mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda atau kedua-duanya..

Ahmad Mahayuddin dan Ibrahim masing-masing merupakan pengerusi dan pengerusi dan timbalan pengerusi jawatankuasa bertindak penduduk Seksyen 23.

Apabila kes itu disebut di mahkamah hari ini, kesemua 12 orang didakwa bersabit kes berkenaan, tidak mengaku salah dan minta dibicarakan.

Mereka juga didakwa bersama enam orang lagi kerana menyertai perhimpunan haram, mengikut Seksyen 27(5)(a) Akta Polis 1967.

Mereka ialah Jainudin @ Zainudin Md Yusuff, 67; Mohd Jurit Ramli, 39; Mohammad Nordin Zakaria, 63; Jamil Mohamad Isa, 40; Rahimuddin Md Harun, 39, dan Azhari Shaari, 39.

Mereka berdepan dengan hukuman denda maksimum RM10,000 dan penjara sehingga setahun, jika sabit kesalahan.

Hakim Hasbi menetapkan kes itu dibicarakan bersama-sama dengan kes pijak kepala lembu itu.

Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Datuk Razali Che Ani dan Harris Ong Mohd Jeffery Ong manakala semua tertuduh diwakili peguam Hashim Ibrahim.

Sumber: Malaysiakini

AKU DISINI

ALHAMDULILLAH,Setelah sekian lama merantau di tempat orang,aku kini kembali ke negeri di mana aku dibesarkan.
Sebagai ahli Cabang Sik,dimana sebelum ini aku kurang menyumbangkan tenaga atas kekangan masa dan kerja...insyaallah,bermula kini....aku dapat lebih membantu dalam menjayakan aktiviti dan mengembangkan lagi Cabang Sik.Pada 11-13 disember ini pula,aku akan mengikuti satu latihan (training of trainer) bagi Akademi Keadilan bertempat di Melaka..

Hopefully,apa yg aku dapat dari kursus tersebut,akan dapat digunakan bagi membantu melatih Angkatan Muda Keadilan di Sik dan juga negeri Kedah....

So,pada rakan-rakan AMK Kedah yang mungkin perlu bantuan tenaga bagi program yang ingin dianjurkan,Just Call Me...
Angah 014-2636511...

Alasan Lucu SPR


Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) akan membuat keputusan Isnin ini berhubung permohonan penangguhan yang difailkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terhadap keputusannya pada 16 Nov yang mengisytiharkan kerusi DUN Kota Siputeh sebagai kosong.

Hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin menetapkan tarikh itu selepas mendengar penghujahan panjang lebar daripada Peguam Kanan Persekutuan Datuk Kamaluddin Md Said, yang mewakili SPR, dan Sulaiman Abdullah, peguam bagi Speaker DUN Kedah Datuk Dr Abdul Isa Ismail.

SPR memfailkan permohonan itu pada 17 Nov selepas Alizatul mengisytiharkan kerusi DUN itu kosong dan memutuskan bahawa Datuk Abu Hassan Sharif bukan lagi wakil rakyat kawasan berkenaan selepas gagal menghadiri persidangan DUN dua kali berturut-turut tanpa kebenaran.

Pada 1 Sept, Dr Abdul Isa memfailkan semakan kehakiman selepas SPR menerima sijil cuti sakit Abu Hassan berikutan ketidakhadirannya dalam persidangan DUN serta mengisytiharkan bahawa tidak berlaku kekosongan bagi kerusi itu dan wakil rakyat BN itu masih merupakan ADUN kawasan berkenaan.

Di samping permohonan penangguhan, SPR dan Abu Hassan turut memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan.

Dalam keputusan bersejarah itu, Alizatul Khair turut mengarahkan SPR supaya mengadakan pilihan raya kecil bagi kerusi berkenaan.

Dalam penghujahannya, Kamaluddin memberitahu mahkamah bahawa jika permohonan penangguhan itu ditolak, ia akan membawa kepada satu lagi pilihan raya kecil yang membabitkan banyak wang dan SPR telah pun membelanjakan RM200,365 pada pilihan raya umum lepas di DUN Kota Siputeh sahaja.

"Ia merupakan pembaziran wang pembayar cukai selain akan mengakibatkan ketidakadilan yang sangat besar kepada suruhanjaya berkenaan," tegas Kamaluddin.

Beliau menggesa mahkamah supaya menggunakan kebijaksanaannya dalam membenarkan penangguhan itu atas dasar terdapat keadaan khas dalam permohonan itu di mana terdapat kemungkinan dua wakil rakyat bagi kerusi berkenaan sekiranya mahkamah membenarkan rayuan SPR selepas pilihan raya kecil itu.

Beliau berkata selain SPR, agensi kerajaan lain akan turut terbabit dalam pilihan raya kecil itu dan mereka terpaksa menanggung perbelanjaan sendiri.


Ulasan GB

Di dalam soal menegakkan kebenaran dan keadilan, sepatutnya tidak boleh ditimbulkan soal SPR terpaksa menanggung perbelanjaan untuk mengadakan pilihanraya kecil atau perbelanjaan yang telah dikeluarkan untuk pilihanraya-pilihanraya kecil yang telah berlansung sebelumnya.

Wang itu adalah dari rakyat yang membayar cukai yang mengharap SPR menjalankan tugas dengan adil. Ia bukan wang milik UMNO, BN, SPR, Datuk Sri Najib, Tan Sri Muhyiddin, Tan Sri Gani Patail, Tan Sri Yusof, Datuk Wn Ahmad, jauh sekali milik Peguam Kamaluddin.

Jadi apa masalahnya memenuhkan kehendak rakyat yang menuntut keadilan ditegakkan apatah lagi setelah Mahkamah Tinggi sendiri sudah memutuskan kerusi Kota Siputeh itu sudah kosong?

Dan mengapa terlalu ketara SPR membuat rayuan bagi pihak UMNO BN? Di mana integriti dan kredibiliti SPR sebagai sebuah badan bebas?

GB

AZIZ BARI BERKATA-KATA LAGI......




Saya menyinggung politik dalam Pas kerana saya melihat parti ini penting dalam Pakatan Rakyat. Dan Pakatan pula penting dalam politik baru Malaysia. Seterusnya politik baru ini kritikal dalam membina sistem dua parti yang akan menentukan sama ada perlembagaan kita dapat diperkasakan atau terus dimanipulasi untuk kepentingan politik sebagaimana yang kita saksikan selama ini.

Sesiapa yang menafikan bahawa perlembagaan telah dikembirikan selama 52 tahun ini adalah jahil dan menipu dirinya sendiri. Selain tindakan UMNO, istana dan mahkamah dalam krisis politik di Perak apa yang dilakukan sejak merdeka juga sebenarnya telah menghambat perkembangan kemerdekaan. Jika ada yang tidak percaya silalah teliti laporan Suruhanjaya Reid dan draf yang mereka sediakan dan bandingkan dengan dokumen perlembagaan yang ada hari ini. Kaji juga keputusan-keputusan mahkamah sejak merdeka.

Memang Pakatan belum tentu tidak jadi macam Barisan Nasional. Tapi saya fikir kita perlu realistik dan beri mereka peluang. Jika mereka gagal kita akan letakkan kembali Barisan di tempatnya sekarang. Dalam sistem demokrasi yang kita amalkan ini sahaja cara yang kita boleh lakukan.

Inilah gambar besar yang kita harus perhatikan. Bukan soal remeh temeh yang para pencacai politik cuba paparkan dalam blog-blog mereka. Apakah Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sudah nyanyuk dan menyusukan kera di hutan tidak relevan. Begitu juga dengan mereka yang cuba menonjolkan betapa Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi mangsa dan perlunya orang baik ini dipertahankan.

Rakyat yang sedar kepentingan negara tidak bicara soal individu. Kita bicara soal arah dan masa depan negara. Tentang perlunya sistem negara ini diperbetulkan. Proses ini sudah pasti panjang dan berliku. Apa yang berlaku dalam Pas adalah salah satu daripada mata rantainya. Proses sama sudah bermula dalam PKR. Ini baik. Tak perlulah kita bertengkar tentang namanya. Kalau nak kata krisis pun katalah. Yang penting ia ubat yang akan menyembuhkan penyakit-penyakit yang ada.

UMNO baru sahaja mendapat suntikan baru dan ia pastinya tak senang dengan perkembangan itu. UMNO mahu Pas terus kekal dengan bisul yang sekarang cuba diubati oleh Nik Aziz. Sebab itu media miliknya ramai-ramai mengatakan bahawa krisis Pas dan PKR itu adalah tanda bahawa musuh ketat mereka sudah mula buang tabiat. Sebagaimana orang Pas dan PKR mengejek pergelutan dalam UMNO. Sebagai rakyat yang prihatin kepada hidup mati negara kita tidak harus terjebak dengan gelagat dan permainan ahli-ahli politik seperti mereka. Kita perlu fokus kepada gambar besar tadi. Kita perlu lupakan soal-soal yang tidak wujud dan remeh seperti kedudukan dan perpaduan Melayu, Islam dan macam-macam lagi. Lagipun sejak bila yang UMNO prihatin sangat dengan Melayu dan Islam ini?

Gambar besar yang dikatakan tadi merujuk kepada imej Pas dan ini berkait dengan persepsi rakyat kepada parti itu. Dalam senario dan landskap yang ada sekarang Pas cuma boleh mendapat sekitar 40 peratus undi Melayu. Ini bermakna ia perlu mengekalkan sokongan bukan Melayu jika hendak mengekalkan kedudukannya sekarang. Ini bukan soal menjual maruah Melayu dan Islam. Sebaliknya ia adalah cabaran kepada Pas bagaimana hendak menjelaskan konsep-konsep negara kebajikan dan Pas untuk semua yang telah dimulakannya. Abdul Hadi gagal di sini. Atau memang tidak mampu. Dalam keadaan sebegitu dia dan kawan-kawannya sembunyi-sembunyi berkira dengan UMNO.

Kita tak peduli apa namanya. Kita juga tak peduli sama ada mereka masih lagi meneruskannya atau tidak. Yang jelas aktiviti itu telah membolehkan UMNO memberikan ciuman maut buat Pas dan sekarang virusnya merebak dalam parti. Ia menyebabkan syak wasangka dan menimbulkan kemarahan bukan Melayu. Abdul Hadi dan kumpulannya perlu ingat bahawa UMNO mahu memujuk bukan Melayu dan sekiranya Pas boleh digambarkan berada bersamanya itu sudah cukup baik. Dalam keadaan itu hanya tinggal DAP dan PKR sahaja yang perlu ditangani.

Imej Pas sudah tercalar dan Nik Aziz sebagai seorang pemain yang licik dapat menghidunya. Abdul Hadi dan kawan-kawannya semacam terlupa siapa yang mengundi mereka dalam PRU ke 12. Jika tidak masakan Datuk Dr Hassan Ali terus berdegil dan cuba menjaringkan gol sendiri! Saya sudah beritahu bahawa beliau boleh lakukan apa yang dibuatnya itu. Tapi kenalah letak jawatan dan jadi penyokong kerajaan sahaja.

Sehingga ini nampaknya usaha Nik Aziz belum disekat secara rasmi meskipun ada suara-suara yang mempersoalkan. Tak kiralah apa cara dan namanya. Muktamar khas atau sekadar mesyuarat majlis syura atau mesyuarat jawatankuasa agung membincangkan isu itu. yang penting persepsi rakyat diperbetulkan sebelum pilihan raya kecil yang akan dating. Dalam senario politik yang ada sekarang pastinya UMNO gian hendak bertanding. Saya fikir orang Pas dan Pakatan takut sekarang. Saya dapat tahu Nasrudin Hassan ada berkata tidak takut berlengan di Bagan Pinang. Tetapi inikah jenis kepemimpinan yang hendak kita pamerkan?

Oleh kerana isu besar yang hendak ditangani berkait dengan imej dan persepsi saya fikir elok Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pecat Hassan Ali dari kerajaan kerana kesalahannya cukup besar dan cukup jelas: melanggar perlembagaan negara dan negeri. Memang ini tak pernah dilakukan oleh UMNO Barisan. Tetapi inilah yang hendak ditunjukkan; yakni bahawa Pakatan serius dalam mendaulatkan perlembagaan yang menjadi tunjang dan nadi kepada demokrasi dan apa sahaja yang bersifatkan merakyatkan di negara ini. Saya tak fikir ada siapa yang boleh menghalang. Lagipun bukankah telah ada ketetapan yang menyekat gelagat seperti yang dilakukan oleh Hassan Ali itu? Di sisi undang-undang itu kuasa mutlak Khalid. Kalau Khalid tidak buat dia boleh dipersalahkan kerana tidak menjunjung perlembagaan.

Berbalik kepada Pas Datuk Seri Azizan Razak dikatakan tidak berminat. Mungkin itu cara orang politik: malu tapi mahu. Lagipun takkan dia hendak kata mahu. Pas perlu paksa Azizan. Lagipun dalam parti ramai yang kuat-kuat dan bertenaga. Khalid Samad contohnya. Dan ramai lagi.

Oleh sebab yang menjadi masalah ialah imej maka mereka yang terpalit dengan imej-imej yang negatif itu kenalah berundur. Ini bukan soal sudah tak buat kerja itu atau sudah bertaubat. Yang penting imej parti sudah rosak dan dalam politik hukumannya ialah letak jawatan dan beri laluan kepada orang lain. Saya tahu orang Pas ada yang marah. Tetapi mereka kena fikir bahawa itulah risiko yang perlu diambil apabila parti dirakyatkan. Dahulu mereka ejek UMNO. Sekarang baru mereka tahu susahnya mentadbir parti yang besar. Apa yang menjadi masalah sekarang ialah ada orang Pas yang berfikir seperti zaman Pas masih parti kecil dahulu. Mereka inilah yang gagal meletakkan keutamaan. Bagi mereka yang berfikiran sempit ini apa sahaja cadangan untuk memperbaiki parti akan dilihat sebagai agenda anasir UMNO yang menyusup ke dalam parti.

Apakah Pas akan pecah? Saya tak fikir begitu. Dan saya tak fikir saya yang kerdil ini boleh menggoncang Pas. Lainlah kalau Pas ini harimau kertas. Sejarah politik ini cukup jelas bahawa parti serpihan tak lama. Pas bukan parti serpihan. Kalau pemimpin tertentu disingkirkan pun saya tak fikir akan ada yang ikut. Mungkin mereka akan merajuk beberapa hari. Lepas itu mereka akan balik. Kalau dalam UMNO pun begitu apalagi dalam Pas. Lagipun para pemimpin bermasalah yang disebut oleh Nik Aziz itu bukan hero; kebanyakannya sakit nak menang pilihan raya. Jadi kalau letak jawatan atau disingkirkan pun tidak akan ada kesan pada parti. Orang Pas tak perlulah percaya ramalan dan analisis media UMNO.

Ada juga yang mempersoalkan tidakkah penyingkiran bermakna membelakangkan keputusan perwakilan muktamar yang membuat pemilihan? Saya fikir ini tidak timbul kerana kita bukan mempertikaikan keputusan pemilihan. Kita mengatakan ada di antara yang terpilih telah gagal. Dan kita cadangkan supaya diminta berhenti atau letak jawatan. Kalau Pas berdegil dan tidak mahu membuat anjakan tunggulah keputusan rakyat nanti.

Apakah perubahan drastik itu semestinya menyelesaikan kelesuan? Kita tidak tahu. Tetapi apa yang penting sesuatu perlu dilakukan kerana jika Pas tidak berbuat apa-apa ia telah melakukan dua kesalahan; yakni sudah sedar ada sesuatu yang tak kena tetapi tidak berbuat apa-apa. Apa pun pemimpin baru itu akan diadili juga. Tidakkah kita beroperasi dalam sistem demokrasi?

GB

RAHSIA MESYUARAT KHAS SUDAH BOCOR...

Salam kepada semua. Semua orang tahu, mesyuarat khas semalam diadakan kerana respons dari TG Nik Aziz di dalam blognya. Satu kenyataan media disediakan oleh Mustafa Ali untuk TG Hadi Awang di sini.

Tetamu istimewa Mesyuarat Khas

Kenyataan media itu mempunyai 2 isi. Pertama, menyindir TG Nik Aziz kerana menggunakan blog untuk menyampaikan hasrat hatinya, lalu arahan dikeluarkan bahawa Pimpinan PAS jangan lagi menggunakan media baru(internet dan Blog) dalam isu yang berbangkit sekarang ini. Sebenarnya arahan itu khas untuk TG Nik Aziz. Itu sebab pimpinan PAS lain boleh guna media baru untuk pertahankan diri.

Bukti bergambar dimana 3 Pimpinan PAS di atas berjumpa dengan blogger. Pertemuan itu berlaku pada 26 Oktober 2009. Sedangkan kenyataan media dibaca pada 25 oktober 2009.

Kedua, isi kenyataan media itu adalah memanggil satu mesyuarat khas membincangkan isu-isu yang dibangkitkan oleh TG Nik Aziz di dalam blognya. Maka secara tidak langsung, kita semua mengiktiraf TG Nik Aziz sebagai tetamu istimewa di dalam meeting khas malam tadi. Sebagai tetamu istimewa, kita kenalah layan tetamu kita dari awal hingga ke akhir. Sebab dia tetamu, kita hormat dia. Tetapi TG Nik Aziz tidak dilayan sebegitu. Acara akhir malam tadi iaitu sidang akhbar selepas meeting tidak menampilkan TG Nik Aziz. Sepatutnya beliau wajib hadir dalam PC tersebut kalaupun tidak berucap untuk sesi soal jawab dengan wartawan. TG Nik Aziz yang menyebabkan mesyuarat malam tadi tercetus. Beliau tetamu meeting tu. Tetapi bila Press Confrence, tetamu khas tidak dijemput. Kurang ajar.

Anda semua nak tahu mengapa situasi itu terjadi ?? Meh sini den dedahkan butiran mesyuarat malam tadi. Sumber ?? Dinding bilik mesyuarat la. Ha HA HA. Lawak. Lawak. Penulis terpaksa merahsiakan sumber penulis.

For the truth, majoriti 40 AJK PAS Pusat dan Pesuruhjaya-pesuruhjaya negeri bersetuju Hasan Ali digugurkan. Majoriti bersetuju setelah melihat sendiri beberapa bukti dan visual rundingan dalam gelap antara beberapa pemimpin UMNO dan Hasan Ali sendiri. Kekeliruan terjadi kerana Hasan Ali sahaja yang disabitkan kesalahan itu, walhal Mustafa Ali dan Nasarudin Mat Isa juga dilihat terbabit berdasarkan bukti-bukti berkaitan.

Hasan Ali jadi kambing hitam ??

Majoriti yang berada di dalam bilik mesyuarat bersetuju dengan pemecatan serta-merta Hasan Ali. Mustafa Ali tidak bersetuju. Cover member sendiri maa. Mustafa Ali memberi alasan PAS akan dipandang serong oleh wartawan selepas ini." 70 orang wartawan berkubu di luar sana, nanti apa kata orang kampung", kata Mustafa Ali. Woii mangkuk !!! 1Malaysia pandang PAS serong sekarang ni.

Mustafa Ali mencadangkan satu jawatankuasa displin yang diketuai oleh Ust Abu Bakar Chik untuk menyiasat Hasan Ali. Siasat apa lagi bai. Bukti depan mata. Mustafa Ali kata dengan tertubuhnya jawatankuasa displin khas ini, ia mampu meredakan ketegangan banyak pihak. Tetapi majoriti melawan cadangan Mustafa Ali. Tuan Ibrahim Tuan Man dilantik kerana ia pilihan majoriti untuk menjadi ketua jawatankuasa displin tersebut.

Jawatankuasa Siasatan

Meeting semalam juga telah melantik saudara Hanipa Maidin untuk mempengerusikan satu jawatankuasa khas yang dinamakan Jawatankuasa Siasatan bagi menyiasat mana-mana lagi pemimpin PAS yang bikin skandal gelap dengan UMNO dalam usaha menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.

Tetapi, semasa sidang akhbar selepas meeting, Mustafa Ali mengarahkan Presiden PAS TG Hadi supaya tidak mendedahkan jawatankuasa sisatan itu. Apa kes ?? Hanipa Maidin pun nak glamer gak.

Mustafa Ali dilihat sedaya upaya menyelamatkan Hasan Ali. Member tu banyak hutang, ekau nak selamatkan jugak ?? Sukati ekau la labu. Nasarudin Mat Isa ?? Hahaha, mamat tu semalam dilihat banyak berpeluk tubuh kerana takut tembelangnya selama ini dengan UMNO akan turut dipersoalkan oleh 2 jawatankuasa khas yang baru dibentuk malam tadi.

Resolusi atau Revolusi ??

Dari pemerhatian penulis, TG Hadi sudah tidak memainkan peranannya sebagai Presiden sebuah organisasi. Beliau dikuasai oleh beberapa orang yang kesemuanya dari PAS Terangganu. TG Hadi juga dilihat selalu keletihan yang amat sangat. Lihat sahaja sidang akhbar semalam. Suara beliau tidak berapa betul menyatakan sesuatu perkataan dan serak kelesuan. Penulis faham bahawa Presiden PAS ini terlalu banyak beban tugas yang digalas beliau. Menjadikan beliau disoriented dan vertigo lantas mudah dimanupulasi oleh keadaan. TG Hadi bukan muda belia lagi. Beliau selalu menyerahkan tugas-tugas penting Parti kepada beberapa kerat orang yang semuanya dari geng-geng PAS Terangganu. Lantas menjadikan beliau mudah dimanupulasi oleh Mustafa Ali dan Ust Harun Taib.

Semasa chatting dengan blogger Ummuasiah , beliau hairan kenapa dari EGM/Muktamar Khas boleh tukar menjadi Mesyuarat Khas dan akhirnya menjadi Seminar Khas pada 7 Disember 2009. Penulis pun hairan sama. Den chatting dengan ummuasiah ketika beliau dalam court maa. Menyompek lagi tu. Kesimpulan penulis dari observation itu ialah bertapa liciknya Pimpinan PAS menipu rakyat Malaysia demi menjaga dan menyelamatkan kepentingan beberapa kerat orang. Konon nak jaga parti. Siaplah engkorang semua PRU-13 nanti. Ingat pengundi ni bodoh macam tahun 50-an.

Demi untuk menyelamatkan Pakatan Rakyat dan PAS, EGM perlu juga diadakan bagi mendapat keseluruhan mandat dari ahli-ahli PAS untuk membuang pemimpin yang dimaksudkan. Itu jalan yang sepatutnya dirintis. Lihat orang cina, berani mengadakan EGM untuk buang pimpinan atasan mereka demi survival. Apa kuasa yang ada pada seminar 7 Disember nanti ?? Tiada kuasa pape. Membazir dan membuang masa. Itu sudah pasti. Sedangkan rakyat mahukan Pemimpin PAS yang buat skandal dengan UMNO yang korup dan munafik dijatuhkan. Itu yang patut dilaksanakan.

Ust Harun Taib adalah ular dalam semak. Aktiviti "Unity Government"nya hampir tidak dapat dikesan. Tetapi terbongkar juga. Harun Taib boleh tuduh TG Nik Aziz tidak menulis artikel yang menyebabkan meeting khas berlaku malam tadi. Dia kata orang lain yang buat. Siapa pulak yang tergamak buat aksi begitu. Sudah tentulah blog tok guru, tok guru yang menulis. Paling kuat yang menaip adalah pembantu-pembantu TG Nik Aziz. Tolong taip sahaja. Nampak niat Harun Taib adalah bersangka jahat pada TG Nik Aziz dengan mengatakan TG Nik Aziz ini dimanupulasikan oleh pembantu-pembantunya. Ini youtube kenyataan Harun Taib :

PAS perlu membebaskan diri dari cengkaman PAS Terangganu di peringkat Pusat/Persekutuan. PAS Terangganu sudah ternyata gagal semasa 2 PRU lepas iaitu PRU 2004 dan PRU 2008 dalam menawan Terangganu. Kenapa kita mahukan orang-orang yang gagal diperingkat negeri, mentadbir peringkat Pusat ?? 1Malaysia tidak faham tentang anologi ini. Paling terbaik dan demi menyelamatkan Pakatan Rakyat dan PAS dari kalah teruk untuk PRU-13, ahli-ahli PAS perlu berani menyingkirkan TG Hadi, Harun Taib, Mustafa Ali, Hasan Ali, Dr. Samsuri(S/U Politik Presiden) dan Idris Ahmad demi menjamin kelangsungan survival PAS dalam huru-hara politik Malaysia.

Jadi sekarang adakah anda sudah mengetahui mengapa TG Nik Aziz tidak menghadiri sidang akhbar selepas mesyuarat khas malam tadi ?? Anda sendiri boleh buat kesimpulan sendiri. Jangan jadikan diri anda mudah diajar dan dieksploitasi oleh mereka-mereka yang kononnya adalah pimpinan. Mereka-mereka itu hipokrit. Mereka penipu. Setelah mendapat undi anda, mereka akan lupakan kita lalu memboroikan perut dengan wang, kuasa dan tahta yang diperolehi dari perit jerih dan titik peluh kita. Lakukan perubahan dan tolak kesemua pemimpin yang mengkhianati kita semua. Mulakan dari sekarang !!!

http://baganutama.blogspot.com

KENAPA PR DI PERAK TUMBANG?

Kita semua tahu apa yang berlaku di Perak. Tetapi ramai yang tidak tahu, mengapa ia berlaku.

Sekiranya anda masih ingat, ianya mengambil masa seminggu untuk kerajaan baru di Perak dan Selangor mengangkat sumpah selepas pilihanraya umum Mach 2008.

Kedua-dua Sultan dinegeri ini mahu ‘membincangkan’ terlebih dahulu dengan ADUN-ADUN Pakatan Rakyat.Sultan kemudiannya meletakkan beberapa syarat sebelum bersetuju untuk melantik Pakatan Rakyat sebagai kerajaan negeri yang baru.

Jurang masa selama seminggu itu telah memberika masa kepada kerajaan negeri yang lama iaitu Barisan Nasional untuk memindah dan memusnahkan banyak bukti-bukti penyelewengan yang dilakukan sebelum ini.

Kelewatan selama seminggu ini juga membolehkan Barisan Nasional menawarkan kemungkinan untuk Umno bergabung dengan Pas untuk membentuk kerajaan baru di Selangor dan Perak. Malah, Umno bersetuju memberikan kerusi Menteri Besar kepada Pas dikedua-dua negeri ini. dan kemuncaknya, Umno malah bersetuju untuk membenarkan Pas melaksanakan undang-undang Islam dikedua-dua negeri ini.

Tetapi, Pas terus bersama dengan dua rakan mereka, PKR dan DAP didalam Pakatan Rakyat dan menolak tawaran Umno. Akhirnya, kedua-dua Sultan tidak mempunyai pilihan melainkan menerima Pakatan Rakyat sebagai kerajaan baru di Perak dan Selangor. Tetapi ini tidak menghentikan mereka dari terus merancang dibelakang tabir tentang bagaimana untuk menjatuhkan kedua-dua kerajaan ini.

Sultan Selangor agak bersedia untuk menerima keadaan yang berlaku. Tambahan pula, Pakatan Rakyat Selangor mempunyai majoriti yang cukup banyak dan agak susah untuk membeli ramai Ahli Dewan Undangn Negeri. Tetapi, Perak agak berlainan sama sekali. Majoriti yang diperolehi oleh Pakatan Rakyat Perak amat sedikit berbanding Selangor.

Sebaik saja kerajaan baru dibentuk di Perak, Sultan Perak mula meminta macm-macam. Kerajaan Pakatan Rakyat Perak bersedia bertolak ansur, demi menjaga hubungan baik dengan istana. Tetapi apa yang diminta oleh Sultan dan kerabat diraja agak berlebihan dan kerajaan Pakatan Rakyat Perak tidak mempunyai pilihan melainkan menolak permintaan Sultan.

Dan ini menyebabkan Sultan murka. Dan apabila Pakatan Rakyat Perak kehilangan majoriti di Dewan Undangan Negeri, Barisan Nasional mempunyai jalan yang amat mudah untuk mendapatkan perkenan untuk Barisan Nasional membentuk kerajaan baru.

Pada mulanya, Sultan Perak tidak begitu pasti sama ada hendak menyingkir kerajaan Pakatan Rakyat dan memilih Barisan Nasional. Apabila Menteri Besar, Nizar Jamaludin berjumpa dengan Sultan dan memohon Dewan Undangan Negeri dibubarkan untuk membolehkan pilihanraya baru diadakan, Sultan meminta masa untuk membuat pertimbangan. Tetapi sebaik saja selepas itu, Najib Tun Razak berjumpa Sultan dan mempengaruhi Sultan untuk menolak permohonan Pakatan Rakyat untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri, sebaliknya melantik Barisan Nasional untuk membentuk kerajaan yang baru.

Taktik Najib amat mudah. Nazrin, anak kepada Sultan Azlan Shah, tidak sepatutnya menjadi Raja Muda. Dan ini bermakna, dia tidak sepatutnya menjadi Sultan kelak. sekiranya Sultan Azlan mangkat. Kerajaan Pusat tidak akan menyokong Nazrin sebagai Sultan Perak seterusnya. Lihatlah apa yang berlaku di Negeri Sembilan. walaupun Yamtuan melantik anaknya sebagai Raja Muda, tidak bererti dia akan menjadi Yamtuan.

Oleh itu, sama ada Nazrin boleh menjadi Sultan atau tidak bergantung kepada hubungan baik dengan kerajaan Pusat. Tetapi hubungan baik itu hanya boleh diperolehi sekiranya Barisan Nasional menjadi kerajaan negeri. Kalau Pakatan Rakyat masih lagi menjadi kerajaan negeri, maka Nazrin terpaksa membayar harganya apabila tiba masa untuk menggantikan bapanya.

Tambahan pula, Sultan dan keluarganya telah meminta banyak perkara dari kerajaan Pakatan Rakyat, semuanya telah ditolak. Umno pula akan memastikan bahawa semua permintaan Sultan dan keluarganya akan dipenuhi sekiranya Barisan Nasional dipilih sebagai kerajaan negeri.
Dan dengan itu, Pakatan Rakyat menemui ajalnya di Perak. Sultan memilih Barisan Nasional sebagai kerajaan negeri yang baru dan Pakatan Rakyat menjadi pembangkang.

Apakah permintaan Sultan dan keluarganya yang ditolak oleh Pakatan Rakyat dan sebaliknya diterima oleh Barisan Nasional? Mari kita tengok, dalam masa beberapa bulan saja, Sultan dan keluarganya tiba-tiba menjadi salah satu keluarga diraja yang terkaya di Malaysia, sebaik saja Pakatan Rakyat tumbang.

1. Umno menghadiahkan kepada Sultan sekeping tanah yang dikenali sebagai lot 183578. Tanah seluas kira-kira 600 ekar ini terletak di Tanjung Tualang, dalam daerah Kinta. Tanah ini telah di berikan kepada salah seorang proksi Sultan yang bernama Mohamed Khaair Johari Hj. Osman.

2. Umno menghadiahkan kepada Sultan konsesi balak seluas 1,000 ekar yang terletak di Ulu Kenderong, Gerik, Hulu Perak, disepanjang lebuhraya Gerik-Kupang. Konsesi ini pada mulanya diberikan kepada Universiti Utara Malaysia. Walaubagaimanapun, pemberian ini ditarik balik dan diberikan kepada Pusat Kreatif Kanak-Kanak dimana Pengerusinya ialah Raja Datuk Seri Ashman Shah Ibni Sultan Azlan Shah.

3. Umno menghadiahkan kepada Sultan tujuh konsesi balak di kompartmen 39, 41, 42, 43, 44, 45 dan 49 di Hutan Simpan Kenderong di Hulu Perak. Ketujuh-tujuh lot ini, yang berjumlah kira-kira 600 ekar, diberikan kepada dua syarikat proksi Sultan - Syarikat Zotonjaya Sdn Bhd dan Kibaran Wang Sdn. Bhd.

4. Umno akan meluluskan satu cadangan penghutanan semula (reforestation) yang melibatkan 10,781 hektar. 5,781 hektar terletak di Hutan Simpan Gunung Besout, di selatan Perak wementara 5,000 hektar lagi di Pondok Tanjung dalam daerah Larut Matang. Syarikat yang akan mendapat projek ini ialah Permatang Utama Sdn. Bhd (nombor syarikat 513583-D) dimana Pengerusi Eksekutifnya ialah Datuk Seri Ismail Farouk Abdullah, menantu kepada Sultan Azlan Shah).

5. Berikutan dengan itu, Datuk Seri ismail Farouk Abdullah dibenarkan untuk mengambil alih Hotel Casuarina milik kerajaan negeri dengan harga yang paling murah iaitu RM43 juta dimana harga sebenar jauh lebih tinggi dipasaran terbuka. Hotel tersebut terletak dikawasan paling strategik di Ipoh malah harga tanah lapang saja mempunyai nilai yang amat tinggi.


Keluarga Diraja Perak bukan orang susah. Tetapi nampaknya mereka tamak. Raja datuk seri Eleena Azlan Shah merupakan Pengarah kepada Gamuda Berhad dan juga merupakan orang ke 25 kaya di Malaysia dengan harta bernilai RM773 juta. Ini menjadikan beliau wanita kedua terkaya di malaysia selepas Puan Sri Chong Chook Yew, yang menduduki tangga ke 18 dengan harta bernilai RM1 billion.

Gamuda Berhad juga telah diberikan kontrak bernilai lebih RM10 billion. Ia juga mengurus dan menyelenggara lebuhraya sepanjang 230 kilometer dan juga merupakan pemaju hartanah di empat projek bandar baru yang melibatkan lebih dari 30,000 rumah.

Itulah kisahnya. Rakyat Perak, khususnya orang Melayu, merasakan bahawa pembangkang tidak menunjukkan hormat kepada Sultan. Apa yang tidak diketahui oleh mereka ialah Sultan tidak seharusnya diberikan penghormatan. Dan ramai juga yang tidak tahu mengapa Sultan mahukan Pakatan Rakyat disingkir di Perak.

Sekarang, kita berharap, rakyat Perak tahu apa yang berlaku.


(Artikel diatas adalah terjemahan daripada artikel asal Raja Petra “Why the Pakatan Rakyat government was brought down in Perak” yang disiarkan di Malaysia Today)

Teluk Kemang , 5 Oktober - Angkatan Muda Keadilan Malaysia telah membuat laporan polis bertempat di Balai Polis Teluk Kemang terhadap poster-poster be

Teluk Kemang , 5 Oktober - Angkatan Muda Keadilan Malaysia telah membuat laporan polis bertempat di Balai Polis Teluk Kemang terhadap poster-poster berunsur fitnah dan berniat jahat terhadap pimpinan Pakatan Rakyat dan Pimpinan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat serta bersifat perkauman dan menghina agama .
Tindakan tidak bertanggungjawab ini boleh menyebabkan berlakunya ketegangan dan mengugat keselamatan dan kehormanian antara kaum . Poster-poster tanpa logo ini ditampal di sekitar kawasan PRK Bagan Pinang .
Laporan polis telah di buat oleh Sdr. Fariz Musa , Timbalan Ketua AMK Malaysia yang juga merupakan Penagrah Pilihanraya AMK Malaysia pada jam 5.45 petang di Balai Polis Teluk Kemang .
Beliau memberitahu bahawa tindakan sebegini adalah merupakan kesalahan di bawah Seksyen 4A (1) Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 dan perlu diambil tindakan tegas oleh pihak polis dan Suruhanjaya Pilihanraya .
Beliau juga menyelar tindakan pihak SPR yang begitu sibuk untuk menurunkan bendera Keadilan yang berada di Bilik Gerakan atau Markas Pilihanraya sedangkan poster-poster dan pemidang-pemidang yang berunsur fitnah termasuk billbord oleh BN yang berusur fitnah dan bersifat perkauman .
Turut hadir ialah YB Ustaz Firdaus , Pengarah Pilihanraya DPP Pusat dan Sdr. Kamarulzaman , Setiausaha DPP Pusat

http://farizmusa.blogspot.com

SURAT UNTUK PRESIDEN PAS...

Datuk Seri,

Apabila angin ribut kuat di tengah laut, Datuk Seri tak terasa sejukkah ketika Datuk Seri sedang memancing jerung. Ketika badai melanda, Datuk Seri tak kecewakah apabila kail hanya lekat anak gelama tengkerong?

Arus politik di daratan barangkali lebih dari angin ribut di lautan. Datuk Seri baliklah cepat dan lihat di sebuah negeri ehsan mengehsan, yang kaya dengan pucuk batubata.

Memurut khabar, seperti yang saya pernah tulis berkali-kali, anak buah Datuk Seri ini gila dan ketagih sangat nak bercakap atau membuat kenyataan akhbar. Kononnya ‘press confren’. Hasilnya selalu jadi bola tanggung. Orang ‘kelepup’ kepala kita balik.

Apa yang terjadi di negeri ehsan mengehsan itu? Dalam sidang akhbar dan TV (kedua-duanya media tak sebulu dengan PAS) kononnya seorang yang bertaraf Pesuruhjaya tidak akan tunduk kepada ugutan rakan sepemerintahnya yang menggesa pucuk pemimpin kerajaan mengambil tindakan disiplin ke atas dirinya berhubung isu arak.

Tuan Guru Datuk Seri,

Betulkah status atau pangkat PESURUHJAYA setiap negeri itu adalah status atau pangkat MENTERI BESAR kalau Pas memerintah? Maaf Datuk Seri, terlupa pula saya. Datuk Seri juga Pesuruhjaya kemudian jadi MB dulu. Di Kedah, Datuk Seri Azizan, Pesuruhjaya, kini MB juga.

Begitulah bla...bla...bla...

Maka terah sekian lama hengar bingar, kecuh hebuh tentang Ronnie Liu dari DAP dengan seorang pesuruhjaya di negeri ehsan mengehsan ini belum reda lagi. Semua orang tahu. Isunya bukan pasal arak sangat. Isunya isu yang ada main acilut di belakang tabir.

Tapi yang jelas kita nampak sekarang, ianya seperti satu perjuangan MAHA SUCI, MAHA JUJUR dan maha-maha demi prinsip, dasar dan kewajipan konon. Saya tak berapa faham tentang ini Datuk Seri tapi saya fikir sia-sia jika kita nak minta berdamai atas nama pakatan, perkongsian dan lain-lain, kerana ada sebahagian mereka bukan ini perjuangan mereka, walaupun dikatakan sebagai ahli Pas yang tidak gila pangkat dan darjat.

Apa yang dihebuh sebenarnya bukan isu itu. Datuk Seri pasti faham. Inilah satu penyakit yang saya sangat-sangat takut Datuk Seri, apabila melanda ke atas pemimpin dan perjuangan Pas. Siang malam menjeri mengatakan kerana Allah, jihad, demi Islam tetapi sebenarnya tingkah laku, gerak dan feel, malah kelip mata pun orang tahu, yang dikejar bukan itu. Kata ulama, inilah ‘hubbun dunya.’
Betulkah?

Datuk Seri, maafkan saya.

Bagaimana kalau kita buat bacaan begini dalam situasi sekarang:
PKR sekarang ada 15 kerusi
DAP sekarang ada 13 kerusi
Umno sekarang ada 20 kerusi
PAS sekarang ada 8 kerusi

Yang peliknya, 8 kerusi ini, parti yang Datuk Seri terajui, hingar bising, kelupur melenting lebih dari 15 kerusi atau lebih dari 20 kerusi. Mereka menaruh impian yang sangat tinggi, melaram yang tak menasabah. Bercita-cita tak kesampaian. Bagi mereka walaupun 8 kerusi, mereka boleh perintah.

Kalau yang 20 kerusi melenting dan kacau, tidak menghairankan. Kan itu pembangkang. Tapi yang 8 ini, apa jadahnya?

Kalau hanya 8 kerusi berimpian boleh memerintah, formulanya apa?

Saya nak peringatkan Datuk Seri, Nasaruddin, Salehuddin Ayub, Datuk Mahfuz dan Setiausaha dan lain-lain diperingkat pusat ini, hubaya-hubayalah dengan melenting dan menggelupur mereka yang bertaraf pesuruhjaya ini kerana pesuruhjaya memungkinkan terus melompat menjadi Menteri Besar.

Formulanya sangat senang:

Bersusik-suksik, berbisik, mengenyit mata dan keremot hidung dengan hidung mancung berkilat merlit, maka akan terjadi 8 kerusi menduduki bersama dengan 20 kerusi. Akan jadi 28 kerusi.

28 kerusi akan sama dengan PKR dan DAP: 15+ 13= 28.

Apabila seimbang begini, berlakulah beli membeli untuk melebihi hanya satu jari kelingking, maka pihak itulah yang akan jadi kerajaan. Atas muslihat busuk dan khianat yang dirancang sekian lama, maka apakah tidak mustahil seorang dari yang 8 ini menjadi MB dan ia tentulah dipilih dari kalangan Pesuruhjaya kerana itulah tarafnya pun.

Bukan mustahil Datuk Seri. Ketika itu Datuk Seri akan melihat terpelantingnya prinsip Islam, perjuangan Islam, Lillahita`ala, jihad demi hanya gilakan sedikit kuasa. Katika itu Datuk Seri akan menangis kerana begitu jadinya setelah berpuluh tahun tarbiah dan usrah Tuan Guru tidak menjadi.

Jadi Datuk Seri, maafkan saya kerana saya tak percaya apa yang bergolak sekarang hanya kononnya nak mempertahankan prinsip, demi Islam dan demi maruah. Yang sebenarnya formula seperti di ataslah yang menjadi kegilaan. Kemungkinan akan berlaku. Jangan tidak percaya dan jangan terkejut kalau ada ‘press confren’: kami 8 orang mengisytiharkan keluar dari pakatan dan menyertai Umno.

Bukankah politik itu seribu kemungkinan Datuk Seri.
Wallahu aklam. Maaf. - Azizi Abdullah

Ulasan GB

Nota : Surat di atas ditulis sebelum berlaku pergolakan SELCAT yang ditimbulkan oleh Dr Hassan Ali.

Teng dakwa Hasan Ali berbohong

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Teng Chang Kim menuduhkan exco negeri yang juga pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Hassan Ali berbohong.Bercakap dalam satu sidang akhbar di Shah Alam hari ini, Teng berkata, Hasan telah dilaporkan mendakwa beliau telah menuduh pegawai daerah Klang, Bakhtiar Hussin sebagai "tidak cekap" dan "tidak layak".Teng mendakwa, Hasan kini berbohong lagi untuk menutup pembohongan pertamanya.
Sebelum ini, Hasan meminta supaya dirombak Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) yang dipengerusikan oleh Teng.Teng yang juga ADUN Sungai Pinang berkata beliau bimbang tindak tanduk Hasan itu boleh menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum akan datang.
Hasan dikritik rakan-rakannya dalam Pakatan selepas beliau mengkritik siasatan awam Selcat yang didakwanya telah 'memalukan' pegawai kerajaan.Selcat mengadakan siasatan tersebut untuk menyiasat bagaimana wakil rakyat BN membelanjakan peruntukan tahunan RM500,000 dalam masa dua bulan sebelum pilihanraya umum pada Mac tahun lalu. - MALAYSIAKINI

pecahkan mitos sempena Merdeka

Dalam negara kita ada beberapa mitos yang disebarkan. Pada ketika mitos ini disebarkan ramai warga negara kita belum bersekolah. Maka mitos ini di terima bulat-bulat. Penyebaran mitos ini memang bertujuan untuk membodohkan kita semua. Tetapi dengan adanya internet kita dapat memecahkan mitos-mitos ini melaui pengkajian berdasarkan fakta-fakta.

DARI JELEBU oleh Hishamuddin Rais
Mitos ialah naratif yang dibuat bertujuan untuk memesongkan hakikat.

Contoh mitos : Raja di katakan jelmaan tuhan. Ini adalah mitos bertujuan untuk membodohkan kaum tani agar mereka memberikan tanamanmereka pada satu kumpulan manusia yang malas bekerja. Mitos ini berpanjangan dan ditokok tambah lepas satu – satu lagi ditambah. Hakikatnya mitos raja dari muntah lembu atau raja jelmaan tuhan bertujuan untuk menipu. Walhal antara raja dengan sesiapa sahaja tidak ada bezanya. Yang melahirkan perbezaan hanyalah mitos.

Contoh mitos : Pokok itu berhantu. Pokok itu wujud dan dapat dilihat dan dibuktikan. Tetapi hantu itu tidak wujud. Mitos hantu diwujudkan untuk menakut-nakut. Apabila kita takut maka kita akan mencari perlindungan. Peranan untuk melindungi kita dari hantu ialah bomoh dan dukun. Akhirnya kita tunduk pada kuasa bomoh dan dukun.

Mitos diwujudkan untuk tujuan baik dan tujuan jahat. Jangan pergi didalam gua ini ada hantu - adalah nasehat yang bersalurkan penakutan. Nasihat ini baik kerana cuba menjaga keselamatan. Ianya juga tidak baiak kerana asasnya satu pembohongan.

Hari ini mitos masih cuba di wujudkan – tetapi agak susah. Dengan kemajuan ilmu tidak ramai yang akan mempercayai mitos-mitos baru yang hendak direka. Mitos seperti angkasawan Neil Armstrong turun ke bulan terdengar suara azan. Atau mitos Bruce Lee mati kerana bersilat dengan Dicky Zulkarnain – semua ini cuba disebarkan untuk menjadi bahan lawak jenaka.

Tujuan asal mitos ialah untuk membodohkan dalam masa yang sama menakut-nakutkan orang ramai. Kalau Raja Jepun berasal Tuhan maka diharapkan rakyat Jepun akan tunduk – walhal kalau Raja Jepun ini makan petai – kencing dia tetap haring. Kalau Prince Charles tercirit baunya tetap busuk.

Lawan mitos ialah fakta. Fakta dapat dibuktikan melalui pengkajian. Ilmu pengetahuan manusia datang dari fakta dan pemikiran manusia. Semua ilmu dalam dunia ini berpunca dari tiga sumber. Pertama : Pengumpulan pengalamnan. Kedua: Kaji selidik. Ketiga : Ujian dalam bilik makmal.

Mitos ini akan pecah jika kita berfikir secara rasional. Kajian ilmiah akan dapat membuktikan sama ada ianya mitos atau fakta. Jika sesutu masih dalam kajian dan belum dapat dibuktikan betul atau slah maka ianya masih di tahap teori. Satu ketika dahulu Letupan Besar/ Bing Bang hanya satu teori – hari ini telah diterima sebagai fakta. Teori menjadi fakta apabila kajian dapat dibuktikan teori ini.

Ilmu pengetahuan adalah pengumpulan pengalaman manusia dari satu zaman ke satu zaman. Buruk atau baik pengalaman ini akan menjadi panduan. Panduan ini adalah ilmu pengetahuan. Ada ilmu pengetahuan yang turun dari mulut ke mulut. Ada yang dibukukan.

Dalam negara kita ada beberapa mitos yang disebarkan. Pada ketika mitos ini disebarkan ramai warga negara kita belum bersekolah. Maka mitos ini di terima bulat-bulat. Penyebaran mitos ini memang bertujuan untuk membodohkan kita semua. Tetapi dengan adanya internet kita dapat memecahkan mitos-mitos ini melaui pengkajian berdasarkan fakta-fakta..

MITOS PERTAMA:

Hari Malaysia bukan pada 31 Ogos tetapi 16 September. BOHING. Sabah ,Serawak, Singapura danPesekutuan Tanah Melayu menjadi PersekutuanMalaysia pada 16 September 1963. Singapura meninggalkan Malaysia pada9 Ogos 1965. Tidak percaya sila tanya orang Sabah dan Serawak.

MITOS KE DUA :

Merdeka dimulakan oleh United Malays National Organisation. BOHONG. Parti yang awal memperjuangan dan melaugkan slogan MERDEKA ialahKesatuan Melayu Muda di tubuh pada 1938. United Malays NationalOrganisation belum wujud lagi. Apabila wujud slogan United Malays National Organisation ialah HIDUP MELAYU dan bukan MERDEKA !

MITOS KE TIGA :

Kemerdekaan didapati tanpa tumpah darah. BOHONG. Parti Komunis Malaya, Angkatan Pemuda Insap, Anakatan Wanita Sedar, Hisbul Musliman, Peta, Malayan Democtaric Union, KMM dan ribuan warga telah bangun mengangkat senjata – pada mulanya melawan Jepun – kemudian melawan British. Tanpa angkat senjata British tidak akan undur.

MITOS KE EMPAT :

Lagu Negara-Ku dikatakan lagu kebangsaan kita. BOHONG. Lagi ini bukan ciptaan warga Tanah Melayu. Peciptanya orang Peranchis bernama Pierre Jean de Beranger (1780-1857) Nama asal ialah Memula Moon. Bertukar menjadi Terang Bulan. Di zaman Konfrontasi - Radio Repuklik Indonesia memainkan lagu ini untuk mengejek Tunku yang dianggap budak suruhan
British. Dari Terang Bulan menjadi Negara-ku.

MITOS KE LIMA :

Bendera Jalur Gemilang – namanya baru 5 tahun. Ini adalah tiruan bulatbulat dari bendera Amerika Syarikat yang bernama Star Spangled–Banner, Stars and Stripes dan Old Glory. Nama jalur gemilang pun diciplak dari nama bendera Amerika. Buktinya lihat Jalur Gemilang tidak
ada motif Nusantara/Melayu – warna merah dan puteh adalah motif Nusantara - merah darah rakyat - puteh hati rakyat.Motif Nusantara ini wujud dalam bendera Singapura dan Indonesia.

MITOS KE ENAM :

Wujud perpaduan Melayu. BOHONG. Tidak ada perpaduan Melayu. Tidak pernah terjadi perpadun Melayu semenjak konsep Melayu itu wujud. Tidak mungkin adanya perpaduan Melayu seperti mustahilnya lahir perpaduan China, perpaduan Arab, perpaduan Itali , perpaduan India.

Mito perpaduan Melayu bergerak dengan menakut-nakutkan orang Melayu dari di’telan’ oleh China dan India. Apabila Melayu jadi takut maka akan datang pembantu. Seperti mitos pokok ada hantu. Orang kampong takut pada hantu lalu memanggil bomoh untuk menghalau hantu. Ini cara klasik mitos bergerak. Takut-takut orang ramai. Apabila orang ramai takut maka mereka akan mencari perlindungan. Maka muncul United Malays National Organisation menjadi perlindung walhal yang menimbulkan kerena gerombolan ini.

MITOS KE TUJUH:

Malaysia negara unik. BOHONG. Mitos ini disebarkan untuk membodohkan rakyat negara ini yang malas membaca dan hanya suka mendengar. Mitos ini bertujun untuk menunjukkan hanya gerombolan United Malays National Organisation sahaja yang dapat memerintah kerana Malaysia unik.

Hakikatnya Malaysia tidak unik – bukan Malaysia sahaja dalam dunia ini yang berbilang kaum , yang berbilang bahasa, pelbagai agama dan budaya. Tidak ada negara yang monolith dalam dunia ini – semua ada kepelbagian. Setiap negara dalam dunia ini ada kepelbagaian.

TEKNOLOJI PECAHKAN MITOS

Lihatlah betapa teknoloji dan ilmu pengetahuan telah memecahkan mitos-mitos ini. Betapa internet telah membolehkan kita bersama-sama mencari fakta dan menilai dokumen sejarah.

Kalau dulu kita tidak tahu asal usul lagu Negara-ku – hari ini gambar dan riwayat hidup pembuat lagi ini kita kenali. Kalau dulu ada yang menerima mitos tentang kemedekaan dicapai tanpa tumpah darah. Hari ini mitos ini telah terbarai pecah. Dokument-dokumen sejarah semuanya boleh kita baca melaui internet.

Kemajuan manusia akan terus memecahkan mitos mitos yang lapuk dan berkarat ini. Teknoloji akan membebaskan manusia dari di perangkap dan di belenggu oleh mitos-mitos. Tanpa mitos manusia akan jadi berani. Insan yang berani bebas adalah insan yang berfikir. Manusia yang berfikir tidak akan tunduk kepada sesipa kecuali fikrahnya yang rasional.

CHEGUBARD

PART 1 : Kenapa kita masih belum sedar ?

Keputusan PRU 12 pada 8 Mac 2008 benar-benar mengembirakan kita . Kita menafikan 2/3 majoriti Ahli Parlimen BN yang selama ini dikuasai secara majoriti oleh UMNO/BN . Lebih membanggakan apabila kita berjaya terus mengekalkan kemenangan di Kelantan serta merampas Selangor , Perak dan Kedah serta menguasai Wilayah Persekutuan . Paluan gendang kegembiraan bergema dan menampakkan prestasi Keadilan , PAS dan DAP dalam komponen Pakatan Rakyat yang diterima oleh majoriti rakyat Malaysia . Kita bukan bermimpi , tetapi realiti . Ramai YB-YB yang lahir daripada kemenangan PRU 12 , serta YB-YB muda yang mengorak langkah kehadapan . Malah kita mempunyai 4 MB dari kerajaan Pakatan Rakyat .


Ramai yang diberikan peluang untuk merasai kenikmatan kemenangan , jawatan , kedudukkan , projek dan sebagainya . Walaupun lebih ramai yang melopong tanpa apa-apa perhatian terutama mereka yang telah lama berjuang mempertahankan parti dan perjuangan , menghadapi kesulitan dan kegetiran , kesusahan , ditekan dan macam-macam lagi yang mereka lalui hanya mampu menjadi tukang saksi kejayaan dan kemenangan . Orang-orang baru mengambil dan mengisi tempat . Malah ada yang tidak mengenali perjuangan REFORMASI sewaktu kita semua dipukul , ada yang ditangkap , dimaki , dihina , dibuang kerja dan macam-macam lagi . Ada yang masih terus setia bersama perjuangan dan parti . Ada yang sudah 'pancit'. Malah yang ada meninggalkan parti kembali semula kepada UMNO / BN .

Dari 5 kepada 4

Insiden kejatuhan dan rampasan kuasa di Perak sepatutnya menjadi ikhtibar yang amat sangat oleh kita semua . Daripada 5 negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat menjadi 4 negeri . Tumbang kerajaan Pakatan Rakyat di Perak benar-benar menyedihkan kita . MB Nizar sewaktu berkuasa terus mengekalkan pegawai -pegawai tinggi kerajaan yang akhirnya bersekongkol dengan 'tuan' lama mereka . Angkara 2 pengkhianat dari parti kita dan 1 pengkhianat daripada DAP bertindak keluar dari parti dan menyokong UMNO/BN . Maka bermula episod rampasan kuasa UMNO/BN di Perak yang sebelum itu menghantar 'duta' mereka dari Bota ke dalam parti kita , yang kita sambut dengan gegak gempita , paluan kompang dan tabuh yang akhirnya melompat kembali kepangkuan UMNO . Malu dan amat memalukan . Rakyat terus menilai , inikah nilai Adun-Adun kita ? Yang mudah dibeli dengan pelbagai tawaran oleh UMNO , mengkhianati perjuangan .

Usaha untuk mengembalikan kembali kerajaan rakyat di negeri Perak terus diperjuangkan melalui undang-undang , gerakan rakyat dan sebagainya . Kerajaan UMNO/BN di peringkat Persekutuan menggunakan Ghani Patail untuk memainkan kita dengan menggunakan undang-undang dan penghakiman . Zambry terus berkuasa , kita terus melopong . Ramai kawan kita kehilangan kerja dan jawatan dalam kerajaan . Syukur YB-YB masih terus mempertahankan prinsip dan perjuangan walaupun pellbagai usaha dibuat oleh UMNO/BN membeli YB-YB kita.

Selangor menjadi sasaran utama

Najib Razak dalam kenyataannya menyatakan Selangor akan ditawan semula . Usaha UMNO/BN untuk menawan dan merampas semula Selangor bukan mainan kata-kata , tetapi sangat serius . Dapat disaksikan bagaimana UMNO/BN menggunakan SPRM , menahan dan menyiasat terhadap perbelanjaan ADUN-ADUN Pakatan Rakyat . Namun agak terhenti sedikit apabila kematian Toe Beng Hock . Jangan difikirkan 'setenang air tiada buaya' . Ianya tidak akan berhenti . Sebelum ini kes rasuah dan penyelewengan dihalakan kepada MB Selangor .

Selagi Selangor tidak mengambil tindakan drastik menukarkan pegawai-pegawai kerajaan yang pernah menunjukkan taat setia kepada Khir Toyo , UMNO dan BN , tidak hairan insiden yang sama akan berlaku sepertimana di Perak . Lebih menakutkan apabila ada yang terus diletakkan bertugas di Pejabat MB ! Tidak hairan kalau segala maklumat dalaman dan sulit boleh sampai kepada Khir Toyo walaupun beberapa jam selesainya mesyuarat EXCO . Apa lagi dokumen-dokumen yang dibocorkan .

Ahli-ahli parti yang komited diabaikan , tidak diberikan perhatian . Malah lebih menghairan sekiranya projek-peojek tertentu masih ada orang UMNO / BN yang mengaut keuntungan . Orang kita melopong dan terlopong . Tiada diploma dan ijazah maka tidak melayakkan seseorang itu menduduki jawatan seperti Ahli Majlis Daerah . Kouta untuk AMK terlalu sedikit diberikan . GLC apa cerita ? Imej MB Korperat rasanya perlu ditukar . Jangan sehingga pertimbangan politik diabaikan . Ada dasas desus YB-YB kita sudah berubah karektor . Betul ke?

Program merakyatkan ekonomi sangat memberangsangkan apabila didengar . Tahniah dan teruskan . Sejauh mana keberkesanan , terlalu awal untuk membuat ukuran . Rakyat yang mengundi di Selangor bukan semua adalah anak jati Selangor . Sedarlah bahawa ramai orang luar yang tinggal di Selangor , menjadi pengundi di Selangor membantu memenangkan Selangor . Tetapi setiap program mensyaratkan kepada anak jati Selangor . Mereka yang bukan anak jati Selangor mula rasa terpinggir dan merasakan tidak ada keuntungan mengundi Pakatan Rakyat di Selangor .

Dulu sebelum kita berkuasa , kisah rasuah dan penyelewengan Khir Toyo dan UMNO/BN dijaja dan memperlihatkan betapa teruknya Khir Toyo dan UMNO/BN di mata rakyat . Tetapi sudah setahun lebih memerintah Selangor , takkan itu sahaja kes-kes rasuah dan penyelewengan Khir Toyo ? Takkan semua fail-fail dan dokumen telah berjaya dimusnahkan oleh Khir Toyo ? Jangan jadi macam di Terengganu , kita ada berlori-lori fail dan bukti penyelewengan pemimpin UMNO /BN tetapi sehingga jatuhnya kerajaan PAS di Terengganu satu fail pun tidak didedah dan dilaporkan . Rakyat boleh buat tafsiran , bermakna tidak ada rasuah dan penyelewengan pun sepertimana yang diwar-warkan . Takkan kita tak sedar lagi ....

Kedah sasaran seterusnya .... Part 2

FM

Siapa gaduh....Gaduh ka??????

Tan nafi gaduh dengan Teoh
Jimadie Shah Othman | 27 Ogos, 09 12:54pm
Ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) Tan Boon Wah nafi pernah bergaduh di tandas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan Teoh Beng Hock pada pukul 2 pagi 16 Julai.

Tan menolak keterangan Mohd Anuar Ismail, pegawai penguasa kanan SPRM Selangor, di inkues menyiasat kematian Teoh semalam

"Selepas kematian Teoh, saya dimaklumkan oleh Bulkini Paharuddin (pegawai SPRM) bahawa terdapat pergaduhan antara Boon Wah dengan si mati pada pukul 2 pagi bertempat di tandas SPRM," beliau dipetik berkata di mahkamah koroner Shah Alam semalam.

Tan membuat penjelasan dan sekali gus penafian dalam satu sidang media khas di ibu pejabat DAP di Petaling Jaya tengah hari ini.

malaysiakini

KENYATAAN MEDIA: DSAI Berhubung Kemenangan Pakatan Rakyat di PRK Permatang Pasir - 25 Ogos 2009 KENYATAAN MEDIAUNTUK EDARAN SEGERA

Tarikh: 25 Ogos 2009

KEMENANGAN PAKATAN RAKYAT DI PILIHAN RAYA KECIL PERMATANG PASIR BUKTI RAKYAT TOLAK POLITIK UMNO-BN

Saya panjatkan rasa syukur di atas kemenangan Pakatan Rakyat di Pilihan Raya Kecil Permatang Pasir. Berbulan-bulan diasak fitnah sebagai pengkhianat bangsa dan berhadapan pembelotan, kemenangan hari ini membuktikan rakyat menolak politik acuan pimpinan umno-bn yang memecahbelahkan.
Penghargaan yang tidak terhingga saya ucapkan kepada seluruh jentera pilihan raya kecil, yang tetap bersabar mengharungi kepayahan pada bulan Ramadhan ini. Kepada YB Haji Salleh Man tahniah di atas kejayaan ini dan tunaikanlah amanah dan mandat yang diberikan rakyat.
Kemenangan dengan majoriti meyakinkan ini ternyata, menzahirkan keyakinan rakyat Malaysia terhadap Pakatan Rakyat, hasrat bergelora mahukan Perubahan dan masa depan Pakatan Rakyat yang pasti gemilang.

ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG
DEWAN RAKYAT MALAYSIA

DEBAT SIAPA PENGKHIANAT MELAYU ? : PEMUDA PR LWN PEMUDA BN HARI INI 23 OGOS 2009 , APA CERITA ?

21 Ogos 2009 , Pemuda Pakatan Rakyat telah menghantar satu surat jemputan mengajak Pemuda BN berdebat isu ‘ SIAPA PENGKHIANAT MELAYU ?’ yang dijadualkan akan berlangsung pada hari ini 23 Ogos 2009 .

Sehingga sekarang , pelawaan Pemuda PR masih belum disahut oleh Pemuda UMNO/BN. Kalau benar Pemuda UMNO/BN berani dan tidak bacul sudah pasti akan menyahut pelawaan tersebut dan bersedia berdebat dengan Pemuda PR dalam membicarakan siapakah sebenarnya pengkianat orang Melayu .

Pemuda PR bersiap sedia untuk berdebat dengan Pemuda UMNO/BN dan Pemuda UMNO/BN boleh membariskan sesiapa sahaja termasuk Ketua Pemuda UMNO yang juga merupakan Pengerusi Pemuda BN yang selama ini lantang berkokok menuduh Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat sebagai Pengkhianat Melayu .

Inilah masa yang sangat terbaik , gelanggang telah tersedia untuk sama-sama kita berdebat berdasarkan fakta dan hujah , kebenaran dan kesahihan . Inilah masanya untuk rakyat dapat menilai dan berfikir secara matang dan rasional . Bukan hanya berkokok tidak tentu pasal . Menggunakan media milik UMNO , menyerang secara peribadi .

Semoga Pemuda UMNO / BN jangan jadi bacul ! Ayuh kita berdebat! Siapakah Pengkhianat Melayu?????

FM

Sekilas Ingatan : MEMORANDUM AMK KEPADA SPR BERKAITAN KEWUJUDAN PENGUNDI HANTU DI PRK N25 BUKIT SELAMBAU

ANGKATAN MUDA KEADILAN MALAYSIA

Tarikh : 2 APRIL 2009

MEMORANDUM :
MOHON SURUHANJAYA PILIHANRAYA BERSIHKAN SEGERA SENARAI PEMILIH N25 DUN BUKIT SELAMBAU DAN DI SELURUH MALAYSIA

Angkatan Muda Keadilan Malaysia ( AMK Malaysia ) MENDESAK Suruhanjaya Pilihanraya ( SPR ) agar SEGERA membersihkan senarai pemilih di N25 DUN Bukit Selambau dan di seluruh Malaysia bagi membuktikan ketelusan , keadilan , integriti dan profesional dalam mengimplimentasi amalan demokrasi di negara Malaysia tercinta ini .

Pelbagai aduan dan tindakan telah diambil sebelum ini oleh AMK dan Pakatan Rakyat terhadap isu-isu ketelusan dan integriti SPR berkaitan “ PENGUNDI HANTU” atau “PENGUNDI RAGU” bagaikan melepas batuk di tangga oleh pihak SPR sebagai agensi yang diharapkan oleh seluruh rakyat Malaysia bersikap adil dan profesional.

Perhimpunan BERSIH pada 10 November 2007 yang melibatkan puluhan ribu rakyat turun ke jalanraya adalah satu tindakan bersungguh-sungguh rakyat agar berlaku satu REFORMASI dalam SPR dengan menuntut 4 tuntutan antaranya ialah Pembersihan daftar pemilih daripada nama-nama yang tidak sayugia wujud. Ia termasuk apa yang disifatkan sebagai 'pengundi hantu', pemilih yang telah mati dan seumpamanya. Ia bagi mengelakkan sebarang kecenderungan penyalahgunaan nama terbabit atau penipuan oleh mana-mana pihak yang bertanding seharusnya menjadi perhatian kepada pihak SPR .

AMK Malaysia MENDESAK dan MENGULANGI tuntutan tersebut apabila bukti-bukti yang jelas lagi nyata berlaku sekali lagi di N25 DUN Bukit Selambau apabila berjaya mengesan sejumlah 3029 orang ‘Pengundi Hantu’ atau ‘Pengundi Ragu’ di lokaliti di beberapa Peti Undi dan terdapat bukti apabila di Taman Bandar Baru Sungai Lalang terdapat 76 lokaliti yang dikenalpasti sedangkan pengundi tersebut tidak wujud dan tanpa pengetahuan tuan milik rumah-rumah tersebut .

AMK MENDESAK SPR dengan SEGERA MEMBERSIHKAN senarai pengundi tersebut yang bakal digunakan dalam Pilihanraya Kecil N25 Bukit Selambau pada 7 April 2009.

FM

Hantu Khairy 2

Khairy Jamaluddin ( KJ ) , Ketua Pemuda UMNO dalam ceramahnya di Jalan Kubang Semang , Permatang Pasir dalam ceramahnya membangkitkan isu pengundi hantu dalam pilihanraya kecil ini.
Agak lawak apabila KJ membangkitkan dakwaannya terdapat pengundi hantu di Permatang Pasir . Selama ini apabila isu Pengundi Hantu dibangkitkan oleh AMK dan PR , UMNO dan BN paling lantang menafikan kewujudan pengundi hantu ini . Tiba-tiba timbul isu Pengundi Hantu dan nampaknya Pemuda UMNO mendahului lalu membuat tuduhan terhadap PAS dan PR berkaitan isu tersebut . Setahu saya KJ lebih arif tentang kewujudan Pengundi Hantu kerana UMNO begitu mahir dan berpengalaman dalam kewujudan pengundi hantu sebagai pemilih pilihanraya .
Bas-bas yang masuk setiap kali PRK , kad pengenalan palsu dan sebagainya dilakukan oleh UMNO setiap kali PRU atau PRK . Banyak laporan polis dan SPR telah dibuat oleh saya dan AMK terhadap isu pengundi hantu ini disetiap kali PRK dan lebih terbukti apabila nama-nama yang diragui itu berada di dalam rumah atau tuan rumahnya adalah merupakan ahli-ahli UMNO . Saya yakin dan percaya bahawa nama-nama yang dikesan oleh Pemuda UMNO sepertimana dakwaan KJ , majoritinya adalah rumah-rumah ahli-ahli UMNO tetapi tidak dihebohkan .
Malah sewaktu di Bukit Selambau , Biro Pilihanraya AMK Malaysia telah berjaya mengesan 3029 orang ‘Pengundi Hantu’ atau ‘Pengundi Ragu’ di lokaliti di beberapa Peti Undi dan terdapat bukti apabila di Taman Bandar Baru Sungai Lalang terdapat 76 lokaliti yang dikenalpasti sedangkan pengundi tersebut tidak wujud dan tanpa pengetahuan tuan milik rumah-rumah tersebut .
Di PRK Kuala Terengganu , AMK berjaya mengesan contohnya Pasaraya Hock Kee Seng dan KFC terdapat puluhan pengundi menggunakan alamat permis-permis tersebut dan bila disiasat tidak wujud penama-penama itu serta tidak ada sesiapa pun yang tinggal di permis-permis tersebut .
Kali ini Pemuda UMNO cuba bertindak awal dengan menuduh PAS atau PR yang bertindak sedemikian . Sekiranya UMNO / BN kalah nanti maka kononya akan terbukti sepertimana dakwaan KJ bahawa kemenangan PAS adalah kerana Pengundi Hantu . Taktik yang lapok .
Sebab itu AMK telah menegaskan berkali-kali agar SPR membersihkan senarai daftar pemilih . Biar benar-benar telus serta bersih dan pengundi yang benar-benar sah berada di lokaliti tersebut .
Pemuda UMNO tidak perlu bermain politik dengan cuba menuding jari kepada PAS atau PR . Kerja kotor ini hanya UMNO sahaja yang cukup licik dan hebat. Persoalan yang KJ ajukan tersebut berkaitan isu Pengundi Hantu ni hanya KJ , Pemuda UMNO dan BN sahaja yang boleh menjawab .

FM

Sekadar Renungan

HANTARAN AL-QURAN

“Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran” pekik Jamilah kepada Nabil..

“Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih” balas Nabil.

Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan hantaran.

“Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab” keluh Jamilah.

“ Ala , awak bukan reti pun bahasa arab” jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.

“Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat” tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.

“Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid” sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..

“Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?” pakcik menyoal sambil tersenyum.

“Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik“ teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.

“Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik” tegur pakcik berhemah.

“Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la” tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.

“Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi” cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.

“ Ala , besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi” senyum Jamilah mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.

“Jangan lupa baca ya” pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.

“Sibuk je la pakcik tu” Jamilah mengomel.

Nabil kelihatan serba salah. Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.

Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.

“Assalamualaikum semua” ucapan salam Pak Imam bergema.

Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.

“Inikah pengantin hari ini?” tegur selamba Ustaz Saad.

“Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz..” jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.

“Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin” cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.

Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.

“Ss.. su.. surah apa ustaz?” Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.

“Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa’d” kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi.
Surah Ar Rad




Surah Ar Ra'd

“Apa benda nih” detik hati Nabil.

“Bismillahirrahmaanirrahim..ALL..MAA.. RIII..!!” berlagu Nabil.

Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.

“Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : A’uzubillahiminnassyaitaanirrajim.. Bismillahirrahmanirrahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA..” kedengar suara gemersik Ustaz Sa’ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya.

Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.

“Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim” tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa’ad.


“Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya..” penutup Ustaz Sa’ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.

Hari semakin cepat berlalu.

Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQUran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.

Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa’ad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil.

Majis Peguam: Tuduhan Terhadap Calon BN,

19.08.09 3:11 pm Oleh: Annuar Ismail
In response to inquiries from the media, we wish to clarify Rohaizat Othman’s status as an advocate and solicitor.

The Advocates and Solicitors Disciplinary Board struck Rohaizat Othman off the Roll of Advocates and Solicitors on 7 March 2008 after he was found guilty of misconduct. The Disciplinary Board’s decision arose from an investigation into the complaint lodged against Rohaizat Othman by the purchaser of a piece of real property. According to the complaint, Rohaizat Othman failed to refund almost RM 161,000 to the complainant after the transaction was aborted.

Rohaizat Othman appealed against the decision of the Disciplinary Board to the High Court, and the appeal was dismissed on 12 August 2009. He is therefore legally disqualified from practising as an advocate and solicitor.

The finding of misconduct is personal to Rohaizat Othman, as the Disciplinary Board would not hold a lawyer liable for the actions of his/her law partner(s).

George Varughese
Secretary
Malaysian Bar

18 August 2009

KHAIRY PEROMPAK(CETAK ROMPAK)

Cuba korang baca artikel dari utusan kat bawah ni...korang ingat tak,apa yang khairy cakap ni pernah dibangkitkan oleh Saudara Fariz musa bersama Skuad AMK Kedah...Apa yang dia cakap tu merupakan ulangan percakapan AMK dulu....aku nampak tujuan dia sebenarnya supaya isu ini nampak seperti dicipta pembangkang...sebelum AMK bersuara,diorang menyalak dulu...tapi,kalo nak wat citer pon,jangan ciplak bukti kami lak...karut la mamat ni...Dengan timbulnya isu ni,aku amat pasti,ramai hantu yang ada kat sana sekarang,dan hantu ni tak diikatwalaupun bulan puasa.Sebab tu,aku n geng-geng aku dari skuad AMK Kedah bersama Skuad Biro Pilihanraya AMK Malaysia akan berusaha memastikan hantu-hantu ni insaf dan duduk rumah beribadat saja.Tak yah susah-susah nak rosakkan proses pengundian di Permatang Pasir ni.Ingat,.....kami akan tentang hantu habis-habisan.

ANGAH
KETUA SKUAD AMK KEDAH
SETIAUSAHA BIRO PILIHANRAYA AMK MALAYSIA

KORANG BACA LA SENDIRI

Khairy minta SPR siasat dakwaan

REMBAU 18 Ogos - Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin akan mendapatkan penjelasan daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) esok berhubung dakwaan wujudnya pengundi hantu di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir.

Beliau berkata, langkah itu susulan laporan yang dikemukakan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang, Norman Zahlan, kepadanya tentang taktik kotor berkenaan dipercayai perbuatan parti pembangkang.

Jelasnya, Pemuda Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang telah mengesan terdapat pengundi-pengundi hantu di sebuah rumah di mana pemiliknya tidak mengenali nama individu-individu yang didaftarkan di alamat terbabit dalam pemeriksaan pagi tadi.

''Ekoran penemuan itu, saya meminta Norman mengemukakan laporan kepada Pejabat SPR Pulau Pinang dengan segera," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Program IQRA Membaca Sepanjang Hayat anjuran Akademi Pemuda UMNO, Pergerakan Pemuda UMNO Rembau dan Yayasan Pembangunan Buku Negara di Dewan Seri Rembau dekat sini hari ini.

Tambah Khairy, pertambahan mendadak kira-kira 1,000 pengundi di Permatang Pasir sejak setahun lalu agak mencurigakan dan mungkin berpunca daripada 'gerakan pemindahan pengundi' oleh pembangkang.

Katanya, keraguan mula timbul setelah semakan daftar pemilih oleh Pemuda BN mendapati pengundi-pengundi berbangsa Melayu, Cina dan India mendiami alamat yang sama.

Sehubungan itu, beliau memberitahu, SPR disaran supaya mengkaji dan memperketat prosedur sedia ada berhubung penukaran alamat pengundi pada daftar pemilih bagi mengelakkan perkara sama berulang.

KERAJAAN PRIHATIN

Hari ni aku nak cerita tentang kebaikan kerajaan Negeri Selangor dan MPK...Aku juga nak ucap tahniah kepada kerajaan Negeri Selangoratas keprihatinan kepada golongan peniaga...Juga atas ketelusan dalam pemberian tapak kepada peniaga...korang bayangkan ada 400 lebih permohonan untuk tapak berniaga di jalan Taiping Klang sedangkan tapak berniaga yang dapat disediakan sebanyak 301 sahaja...Bagi menjadikan pemilihan ini adil,maka MPK membuat sistem cabutan tapak,dimana sdkiranya pdmohon mendapat cabutan bernombor,maka itulah no tapak beliau.sekiranya,kosong @ ditandakan NIL,maksudnya pemohon gagal mendapat tapak...ini menjadikan pemilihan tapak secara adil dan tiada pemilihan secara rakan,kroni juga saudara....Kalau korang nak tau juga,harga sewaan tapak yang dikenakan MPK juga rendah dan membantu peniaga,cuma RM 261 sebulan....lihatlah,apa yang mampu sesebuah kerajaan lakukan bagi membantu rakyat....TAHNIAH diucapkan.

Cerita-cerita jugak kan,sambil tu nak promo kengkawan...kalau nak beli tudung ke,kerongsang ke @ butang baju melayu...bolehlah datang ke gerai aku kat situ....depan kedai kasut kat jalan taiping,sebelum KFC kat situ....kawan punya pasal,ada special harga untuk u all....

SELAMAT DEN

leganya,hampir 2 minggu xdapek buka blog aku ni...bkn apa,pas je himpunan ISA ari tu,aku sibuk ngan kenduri adik ipar aku n hari isnin tu je,aku demam teruk...risau la jugak kan,takut penyakit hishamudin1,najib1 tu dah melekat kat aku(H1N1 LA).then dengan masalah line aku kene block sbb xdan nak gi bayar....now,i'm back.... dan aku nak korang tgk gambar semasa perhimpunan ISA hari tu...n aku kagum n bebudak ni....korang tgk peluru kat tangan diorang tu,diorang tangkap guna kain waktu peluru tu terbang menuju kat diorang..





MAKLUMAN


MAKLUMAN PERGERAKAN HIMPUNAN MANSUH ISA 1 OGOS -harakahdaily

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Hrkh) - Bagi melancarkan Himpunan Aman Mansuhkan ISA pada 01 Ogos 2009, Sekretariat Himpunan Aman Mansuhkan ISA mengumumkan tempat berhimpun dan pergerakan himpunan seperti berikut:

1. TEMPAT BERHIMPUN DAN NEGERI-NEGERI BERKAITAN:

A. SOGO: Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak

B. MASJID JAME KUALA LUMPUR: Kelantan, Terengganu, Pahang dan Wilayah Persekutuan

C. MASJID NEGARA : Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor.

(Peserta-peserta himpunan aman dikehendaki berkumpul mengikut negeri masing-masing)

2. PERARAKAN KE ISTANA NEGARA : Bermula tepat jam 2.00 untuk menyerahkan Deklarasi Rakyat membantah ISA

3. Semua peserta dikehendaki mengikut arahan pihak keselamatan (Jabatan Amal) yang berpakaian merah

4. Peserta digalakkan masuk awal ke Bandaraya Kuala Lumpur dengan meggunakan kenderaan awam untuk mengelakkan kesesakan

Sekian,

Kamaruzaman Mohamad
Timbalan Pengarah Himpunan Mansuh ISA,
Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat.

1 OGOS 2009


AMK DI SOGO
11 PAGI..
BAJU HITAM @ MERAH

HIMPUNAN 1OGOS TETAP DITERUSKAN

1 Ogos diteruskan.
Ramai yang membuat andaian sendiri apabila perbagai berita tersebar di media arus perdana termasuk amaran polis dan tindakan nakal 'berbayar' geng pro ISA. Namun dengan ini diumumkan penganjur Himpunan 100,000 rakyat desak mansuh ISA tetap akan meneruskan himpunan seperti di rancang.

MAKLUMAN PERGERAKAN HIMPUNAN AMAN MANSUHKAN ISA PADA 01 OGOS 2009

1. Bagi melancarkan Himpunan Aman Mansuhkan ISA pada 01 Ogos 2009, Sekretariat Himpunan Aman Mansuhkan ISA mengumumkan tempat berhimpun dan pergerakan himpunan seperti berikut:

Ø Tempat berhimpun dan negeri-negeri berkaitan:

a. Sogo:
Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak

b. Masjid Jame’ Kuala Lumpur:
Kelantan, Terengganu, Pahang dan Wilayah Persekutuan

c. Masjid Negara:
Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor.

Ø Peserta-peserta himpunan aman dikehendaki berkumpul mengikut negeri masing-masing

2. Perarakan ke Istana Negara akan dimulakan tepat jam 2 petang untuk menyerahkan Deklarasi Rakyat membantah undang-undang zalim ISA

3. Semua peserta dikehendaki mengikut arahan pihak keselamatan khususnya pihak keselamatan yang ditetapkan oleh penganjur yang berpakaian merah

4. Peserta digalakkan masuk awal ke Bandaraya Kuala Lumpur dengan menggunakan kenderaan awam untuk mengelakkan kesesakan

chegubard.blogspot

Siapa yang merancang bertindak ganas?


Kata Datuk M.Sabtu:-
"Polis akan mengambil tindakan berhemah, kecuali tidak ada cara lain. Polis tidak ingin melihat berlakunya kecederaan, luka atau dalam keadaan yang terdesak," tegas Datuk Muhammad Sabtu.
Ditanya sama ada polis akan membuat tangkapan awal bagi mengelak perhimpunan tersebut, beliau berkata:"Sebagai langkah pencegahan, polis boleh mangambil tindakan awal mengikut Seksyen 105, Kanun Acara Jenayah, jika nampak niat, pergerakan walaupun sehari sebelumnya," katanya.
Siapakah yang merancang bertindak ganas?????
Rakyat yang hadir sebagai peserta himpunan cuma membawa penutup muka,tuala kecil, sebotol air mineral dan sedikit garam , sekadar keperluan jika disembur air asid.
Polis pula hadir ke himpunan lengkap dengan shield, cotar, gas pemedih mata dan water cannon yang sarat berisi air asid.
SIAPAKAH YANG BERNIAT BURUK SEBENARNYA???

lailagmi.blogspot