Powered By Blogger

JUARA RAKYAT TMN BERSATU KUALA KEDAH

Program juara Rakyat d sini tidak mendapat sambutan penduduk setempat...program yang bermula jam 9 pagi ini hanya dihadiri sekitar 30-50 orang yg rata-ratanya adalah ibu bapa kanak2 tabika kemas sempena program tabika yg berlangsung serentak....
kebetulan angah duduk2 dekat situ bersama seorang rakan dan didatangi sseorang yg juga mengenali rakan angah tersebut...

Beliau kemudiannya mengenalkan dirinya sebagai Ketua Pemuda UMNO cawangan (mn tah..da lupa) beliau dgn bangga cerita diarah dtg program tersebut yg juga dihadiri oleh Lat Shariman bg tujuan meramaikan...Walau bagaimanapun,beliau juga memberi komen tentang rakan2 beliau yang belum muncul walaupun jam ketika itu sudah 9.45pg....Penat dengar citer dia pasal umno ni...angah pon kenalkan diri sebagai Ketua AMK Sik...beliau cuma mendiamkan diri...Kemudian angah kenalkan lagi...Angah juga Naib Ketua amk Kedah...

lepas je angah bgtau,beliau terus menghidupkan motosikal dan terus berlalu dari situ....Sebenarnya bkn dia yg jadi tajuk utama,Yang boleh kita lihat....Program UMNO kini ketandusan anak muda hinggakan kerja memasang khemah dilakukan oleh golongan tua sahaja....dan program ini juga tidak mendapat sambutan walaupun terdapat buffet hidangan disediakan buat pengunjung....JUARA RAKYAT...JUARA TIADA...RAKYAT PON TIADA....

Angah berada di tempat kejadian hingga 12pm n dpt lihat ketandusan rakyat yg hadir bg menyambut si LAT ni.....

gambar boleh dilihat di sini

http://m.facebook.com/photo.php?fbid=198157750215945&id=100000651639946&refid=0

RON 95 VS Nyawa Rakyat....mana 1 pilihan DNA(DAT

SHAH ALAM – Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) rentung selepas kereta dipandunya terbabas dan terbakar di Lebuh Raya Kajang Silk, semalam. Pemangku Ketua Trafik Selangor, Deputi Superintendan Ismail Ibrahim berkata, dalam kejadian kira-kira jam 4.50 pagi itu, kereta dipandu S A Vimalan, 26, terbabas dan hilang kawalan sebelum melanggar pembahagi jalan.- SinarHarian


Salam,
 
Sepatutnya berita di atas masuk pagi semalam (Rabu) tetapi oleh kerana kesulitan yang tidak dapat dielakkan, berita ini masuk sedikit lewat di blog edyesdotcom. Walaupun begitu samada lewat atau cepat, berita ini harus terus disampaikan kepada semua pengguna kenderaan yang tidak mampu mengisi RON97 sebagai minyak kenderaan masing-masing.
 
Semalam (kelmarin), lagi kenderaan terbakar dan kali ini menyebabkan seorang OKU rentung!! Saya tidak pasti apakah kondisi kereta yang dipandu OKU ini terlalu teruk menyebabkan kebakaran tetapi saya pasti jika kali ini pemandu yang juga seorang OKU pastinya menghadapi kesulitan untuk melompat dari kenderaan yang terbakar.
 
Jika lewat Febuari lalu kita mendapat saya ada menulis dalam satu artikel yang bertajuk "Kenderaan Terbakar Seminggu Sekali?" dalam entry di sini , dan saya petik tulisan saya di bawah;
 

Minggu lepas kita baru dikejutkan dengan berita menyayat hati apabila sebuah Proton BLM terbakar ketika yang sama, mangsa bergelut untuk keluar dari kenderaan yang sedang marak terbakar. Kesudahannya seorang dari empat mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.
Harus difikirkan saranan kerajaan untuk menyaman pengguna yang tidak mengenakan talipinggang keledar di tempat duduk belakang, mungkin sebenarnya mengundang bahaya yang jauh lebih tinggi. Dalam keadaan tidak sedar atau cedera parah, ia pasti menyulitkan cubaan untuk keluar dari kenderaan yang sedang terbakar.
Saya yakin mangsa yang berada di tempat duduk belakang dalam BLM terbakar minggu lalu tidak mengenakan talipinggang keledar. Bayangkan sekiranya talipinggang belakang itu dikenakan, tidak mustahil ia menjadi penyebab kepada hangusnya empat orang mangsa.Ketika saya menulis artikel tersebut, ada dua kemalangan terbakar berlaku dalam dua minggu. Satu kemalangan terbakar melibatkan sebuah Proton BLM yang menyebabkan seorang maut di tempat kejadian dan 3 lagi cedera parah, tetapi tidak rentung (berita di sini). Manakala satu kes lagi adalah lebih menyayat hati apabila dua beradik rentung dalam kemalangan terbakar (berita metro di sini).
Minggu lepas pula satu lagi kemalangan terbakar yang hampir menyebabkan 2 beranak rentung apabila kenderaan yang dinaiki terbakar dalam sebuah kemalangan dan mangsa berjaya keluar. Akhir sekali iaitu dua hari yang lepas, warga OKU pula menjadi mangsa kemalangan terbakar apabila turut rentung dalam sebuah kemalangan yang hanya melanggar pembahagi jalan sahaja, (beritanya di sini).
Setakat ini dari pemerhatian saya, dalam masa 4 minggu telah berlaku 4 kemalangan terbakar yang direkodkan, belum kira kemalangan terbakar yang mungkin kita terlepas pandang. Dalam keempat-empat kemalangan terbakar itu, 3 daripadanya menghasilkan maut yang melibatkan 4 orang kesemuanya.
Saudara dan saudari sekalian, kita semua panik bila mendengar kebocoran logi nuklear yang berlaku di Jepun, namun tanpa kita sedar risiko lebih besar sebenarnya berada disekeliling kita. Risiko yang dimaksudkan ialah jumlah kemalangan maut yang tinggi, dan lebih menakutkan ialah kali ini jumlah yang rentung telah meningkat semenjak RON95 diperkenalkan. Sila cari statistik ini!
Mengapa kerajaan belum lagi bertindak untuk menarik balik penggunaan RON95 dan digantikan semula RON97 untuk rakyat dengan harga sepertimana RON95? Apakah nyawa rakyat Malaysia ini bersedia untuk dikorbankan bila-bila masa dengan meringankan beban kerajaan sedangkan pengusaha petrolium milik rakyat iaitu Petronas adalah syarikat gergasi ke-6 paling untung di dunia!!
Bilakah rakyat semua akan sedar misteri kenderaan terbakar yang semakin kerap berlaku dalam negara sekarang ini? Cubalah saudara tanya lebai google dengan pertanyaan "kemalangan kenderaan terbakar", pasti saudara semua terkejut dengan senarai-senarai kemalangan terbakar samada melibatkan rentung ataupun tidak.
Adakah saudara nak tunggu sampai kejadian kemalangan terbakar ini melibatkan sanak saudara terlebih dahulu baru nak sedar? Atau melibatkan ahli keluarga terlebih dahulu? Mintak simpang malaikat 44! Saya mohon doa agar tuhan memberi sedikit ehsan untuk perkara sebegini dielakkan berlaku dalam keluarga dan diri sendiri.
Berikut saya senaraikan lagi entry-entry tulisan saya yang sebelum ini pernah menyebabkan isu kenderaan terbakar menjadi isu nasional, tetapi isu tersebut hanya berlegar tanpa ada jawapan yang benar-benar meyakinkan;
Aku Dah Kata, Jangan Isi Minyak RON95 !!!
Kadar Kemalangan Terbakar Seminggu Sekali??
Adakah Rakyat Benar-Benar Didahulukan ?
 
Rakyat Didahulukan Dalam Menjahanamkan Kenderaan Tersayang !
 
Korang Berani Ke Isi Minyak RON95 ?
 
Lagi Terbabas dan Terbakar! Adakah Gara-Gara RON95 ?
Harapan saya, agar akan timbul kesedaran untuk mendesak kerajaan Malaysia menarik balik penggunaan RON95 dalam negara dan menggantikannya semula dengan RON97 !!
Sedar atau tidak sedar, rakyat sebenarnya telah menjadi tunggangan kerajaan dalam aksi ujikaji percubaan kesesuaian RON95 dalam iklim cuaca di negara Malaysia. Inilah yang dimaksudkan dalam slogan 1Malaysia - Rakyat Didahulukan !!
 
EDYES @ edyesdotcom

Kiamat sudah hampir????

Bila matahari tidak lagi terbit dari timur itulah tandanya kiamat semakin hampir dan ianyamerupakan tanda besar hari kiamat. Hari ini sudah banyak tanda-tanda kecil kiamat. Diantara kiamat kecil ialah:
 Zina bermaharajalelaPemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik. Bermaharajalela alat muzik.Menghias masjid dan membanggakannya.Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkata biasa.Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda.Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan perdagangan)Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa takut, termasuk rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi.Akan terdapat banya pengkritik, pembawa-cerita, penikam-belakang dan pengejek dalam masyarakat.Orang akan melakukan homoseksual.Akan terdapat ramai anak luar nikah.Pemimpin suatu kaum adalah keji dan pemimpin suatu suku adalah fasik.Anggota polis semakin ramai yang menunjukkan semakin banyak kerosakan.Banyaknya berlaku gempa bumi.
 
Dan apabila melihat pada tanda-tanda kecil berlaku kiamat, maka jelas, diantara 1-16 itu jelas menunjukkan bahawa kiamat semakin hampir. Namun yang paling mengejutkan, tanda-tanda besar kiamat juga sudah ada. Yang paling ketara ialah matahari semakin menaik ke arah barat dan semakin meninggalkan timur.
 
Jepun,11 Mac 2011 negara matahari terbit telah dilanda tragedi Tsunami Jepun dan kali ini ia merupakan paling dahsyat dalam sejarah negara mereka untuk tempoh 140 tahun. Kekuatan kali ini bukan calang-calang iaitu 8.9 skala Richter. Kejadian berlaku di timur laut Tokyo. Dan fenomena itu turut mengubah menyebabkan kedudukan Pulau Honshu yang merupakan pulau utama Jepun itu berganjak sehingga 2.4 meter. 
 
Ini menunjukkan negara matahari terbit itu sedang mengubah kedudukannya. Maka fenomena ’Retrograde Motion’ yang pernah diperkatakan sejak 1400 tahun dahulu semakin hampir. 
 
Dan ALLAH swt pernah berjanji bahawa hari kiamat akan tiba dan sesungguhnya ALLAH swt tidak pernah memungkiri janjiNYA.
 
Semoga kisah Tsunami di Jepun tidak lagi menjadi bahan kelakar. Jadikanlah kisah Tsunami di Jepun sebagai pengajaran buat kita. ALLAH swt baru menyampaikan IKLAN KECIL KIAMAT. Dan sesungguhnya, hari kiamat semakin tiba. Semoga kita tidak merasai hari kiamat dan kita dimatikan sebagai orang yang taat, dan tidak diaibkan pada Hari Kiamat.

Sumber : FB Anakbulan Moden

WANITA PERTAMA aka JANDA RM1

Baru beberapa jam membuat penjelasan berhubung kedudukan isteri perdana menteri Rosmah Mansor, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz didakwa "play-safe, penuh niat putar belit dan berunsur manipulasi terhadap Perlembagaan Persekutuan".
"Jawapan beliau yang mendakwa bahawa penggunaan gelaran Wanita Pertama hanyalah sebagai kod amalan menunjukkan bahawa beliau sebenarnya dangkal dan cuba menghina perlembagaan negara...," kata Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin (kiri).
Anggota parlimen Ampang itu mendakwa, kenyataan itu di parlimen sebentar tadi bertentangan dengan diperuntukkan dalam Perkara 32 (2) Perlembagaan Persekutuan yang jelas menyatakan hak gelaran Wanita Pertama adalah kepunyaan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah.
Jika benar penggunaan gelaran Wanita Pertama oleh Rosmah hanyalah "kod amalan" seperti yang didakwa dan dengan menggapnya sebagai "pegawai" buat perdana menteri, Zuraida juga menggambarkan Rosmah mendapat kelebihan yang lebih istimewa.
"Namun, jika demikian bagaimanakah sejumlah peruntukan sebanyak RM4.5 juta boleh diluluskan buat seorang 'kakitangan' untuk menganjurkan Sidang Kemuncak Wanita Pertama? Bagaimanakah seorang 'kakitangan' biasa boleh diberikan peruntukan untuk melancong ke seluruh dunia?
"Adakah wujud pula kod protokol istimewa dan khas, yang hanya terpakai untuk isteri perdana menteri? " soal Zuraida bertalu-talu.
Sehubungan itu, Zuraida menggesa Mohamed Nazri "menjawab dengan jujur, berpaksikan fakta dan realiti" bagi membuktikan beliau benar-benar bebas daripada tekanan mana-mana pihak.
Mohamed Nazri Abdul Aziz hari ini memberitahu parlimen, panggilan Wanita Pertama dalam konteks Malaysia merujuk kepada isteri perdana menteri.
Katanya,panggilan itu adalah gelaran tidak rasmi yang tidak berasaskan kepada sebarang peruntukan perundangan tetapi berasaskan kepada amalan dan kelaziman yang biasa.

sumber:Malaysiakini
-----------------------------------------------------------------
Awat la si rosmah ni galak sgt nak guna wanita pertama,...sedar la diri tu....yang layak untuk dia cuma wanita 1...satu apa?hehehe,tentula satu ringgit...

Wanita dakwa ditembak polis tanpa sebab...

Seorang wanita ditembak polis ketika berada dalam kereta, malah ditendang sehingga patah tulang rusuknya semasa merangkak keluar dari kereta, dengan darah yang mengalir dari tubuhnya.  Sejumlah lima tembakan ditujukan kepadanya, dengan dua tembakan terkena pada lengan dan pergelangan tangan, satu pada dada, di samping dua lagi terlepas tetapi meninggalkan luka.

Ketika kejadian ini berlaku, wanita yang bernama Norizan bt Salleh ini berada di sebelah kiri tempat duduk belakang dalam kereta, bersama seorang wanita dan dua orang lelaki yang lain.  Mereka yang sedang dalam perjalanan mendapati sebuah kereta MPV muncul di sebelahnya secara tiba-tiba, dan polis di dalam kereta itu mula menembak sebelum mereka mengetahui apa yang berlaku sebenarnya.

Norizan bt Salleh, 30 mendedahkan insiden yang berlaku pada awal pagi 30 Oktober 2009 ini dalam satu sidang media, bersama peguamnya Surendran, ibunya Siti Alimah bt Abu, Ketua Penerangan PKR Latheefa Koya dan AJK Wanita PKR Rozaini Mohd Rosli, semalam.

Dipaksa untuk membuat pengakuan

Menurut Norizan, rakannya dalam kereta turut diseksa, malah dipaksa polis untuk mengaku bahawa mereka telah melakukan jenayah merompak.  Apa yang peliknya, mereka tidak melalui prosedur soal siasat dan tahanan.  Oleh itu, Norizan yang tidak mempunyai rekod jenayah langsung tidak tahu mengenai "kesalahan yang dilakukannya" sehingga hari ini, lebih-lebih lagi beliau tidak didakwa di mahkamah.

Mengimbas kejadian yang berlaku tahun lalu ini, Norizan menceritakan bagaimana beliau pulang ke rumahnya dari rumah kawan di Segambut, Kuala Lumpur pada pukul tiga awal pagi, dengan menaiki kereta Waja.  Mereka melalui MRR2, dan beliau mendapati sebuah kereta MPV di sebelah kereta mereka ketika dalam perjalanan.

Menurut Norizan, polis di dalam kereta itu menghalakan pistol ke arah mereka, dan mula menembak sebelum mereka sempat berhenti.  Peluru menembusi kereta mereka, malah lima tembakan dilakukan ke arah dirinya, dengan salah satu terkena pada dada, sehingga darah mengalir tanpa berhenti.

Norizan menekankan beberapa kali, bahawa mereka tidak tahu apa-apa ketika kejadian itu berlaku, malah tidak tahu apa yang akan berlaku seterusnya.  Kemudian, Norizan mula kabur, dan tidak sedar di mana keretanya berhenti.  Tiba-tiba, pintu kereta dibuka, dan polis menghalakan pistol ke arahnya.

Kemalangan jalan raya, kata polis

Wanita yang tidak bersenjata ini meminta tolong, tetapi dibalas pula dengan tendangan polis.  Beliau merangkak keluar dan ditendang oleh polis yang sama, sebelum dipijak belakangnya, yang berakhir dengan retaknya dua tulang rusuknya.

Norizan berkata, beliau nampak dirinya dikepung lebih daripada 10 kereta polis.  Norizan seterusnya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dirawat.  Empat hari kemudian, beliau dihantar ke Institut Jantung Negara.  Sejumlah 11 hari beliau tinggal di hospital di bawah pemantauan polis.

Ketika keluar dari hospital, Norizan dimaklumkan bahawa kos rawatan sejumlah RM20,000 perlu ditanggungnya sendiri, dan bukan polis yang mencederakannya kerana polis memberitahu hospital bahawa Norizan ditimpa kemalangan jalan raya.  Bagaimanapun, ibu tunggal yang masih menganggur, dan mempunyai seorang anak berumur 10 tahun ini gagal menjelaskan hutang ini.

IO yang mencederakan Norizan

Norizan memberitahu bahawa dirinya pernah meminta bantuan daripada Micheal Chong, Pengerusi Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA.  Micheal Chong pula membawanya untuk membuat laporan di Balai Polis Sentul.  Kebetulannya, Investigation Officer yang bertanggungjawab dalam siasatan adalah orang yang mencederakannya pada hari kejadian berlaku.

Kemudian, Norizan dibawa ke Balai Polis Kepong untuk membuat laporan, dan polis memberitahu bahawa dirinya akan dihubungi dalam masa 48 jam.  Tetapi, beliau tidak dihubungi sehingga kini setelah laporan itu dibuat pada 16 November 2009.

Selain itu, menurut Surendran, tiga orang kawan Norizan yang tidak berani untuk menampilkan diri semalam juga diseksa oleh polis.  Salah seorang mengadu kepada Surendran bahawa mereka digantung secara terbalik, disapu cili pada badannya, dan dipukul tapak kakinya.  Menurutnya, polis berbuat demikian agar mereka mengaku diri mereka terlibat dalam kes rompakan.

Sebagaimana yang diketahui, kaki pemandu kereta juga tercedera kerana tembakan pistol.  Walau bagaimanapun, Surendran tidak pasti sama ada tiga orang yang lain mempunyai rekod jenayah.

Keadilan untuk mereka yang tidak bersalah

Latheefa Koya (gambar kanan) menyeru agar polis menyiasat kes ini dengan segera, malah mengembalikan keadilan untuk mereka yang tidak bersalah tetapi dibunuh oleh polis.  Ketua Biro Penerangan PKR ini tidak menolak kemungkinan untuk menganjurkan demonstrasi sebagai protes dan mendesak agar polis menyegerakan siasatan kes ini.

Beliau juga menggesa agar polis menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis ( IPCMC) untuk menghentikan keganasan sedemikian dan mengelakkan lebih orang dimangsakan sebegini.  Malah, Latheefa Koya khuatir polis tidak akan membiarkan nyawa mangsa itu daripada hidup selepas ini.

"Kami mahu kerajaan, Kementerian Dalam Negeri respon kepada kes yang didedahkan hari ini.  Bukan sahaja kami nak memperjuangkan keadilannya, tetapi mempertahankan keadilan untuk semua orang.  Kami berharap polis memandang kes ini dengan serius, menyiasat.  Ini bukan mengarut... Ini untuk mengelakkan mangsa seterusnya ditembak, dan saya amat bimbang, lain kali mereka (polis) akan memastikan mereka tidak dibiarkan hidup," ulasnya.

Norizan antara yang hidup dan tampil ke depan

Surendran (gambar kiri) pula mendakwa bahawa kes ini adalah bukti kes "shoot-to-kill" (tembak untuk bunuh), dan Norizan adalah mangsa yang masih hidup dan berani tampil untuk mendedahkan salahguna kuasa polis ini.

"Kami tidak lagi percaya kepada kenyataan polis.  Mangsa sebelum ini ditembak mati kesemuanya.  Mujur kami ada seorang mangsa yang masih hidup dan tampil untuk mendedahkan tingkahlaku polis," katanya.

Malah, Surendran menyenaraikan kes-kes penyalahgunaan kuasa polis sehingga mangsanya terbunuh sebelum ini, termasuk enam orang di Kulim yang ditembak mati oleh polis pada Februari 2009 dan lima orang yang ditembak mati di Klang pada awal November 2009.

Menurut Surendran, dalam kes di Kulim, beliau diberitahu jiran mangsa bahawa salah seorang lelaki yang ditembak mati adalah seorang yang berpenyakit mental; sementara kes di Klang pula berakhir dengan tregedi kakak seorang mangsa membunuh diri bersama anaknya kerana terlalu sedih.--merdekareview.com
-----------------------------------------------------------------
*sumber:Harakahdaily

Selain dari saman ekor pemilik kenderaan motor terus dizalimi

Kenyataan SAMM

11 Mac 2011

PREMIUM TAMBAHAN SEHINGGA 150 PERATUS 'SAKITKAN' PENGGUNA

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan ini memandang serius isu kenaikan premium tambahan sehingga 150 peratus insuran kenderaan motor.

Sudahlah isu saman ekor tak selesai-selesai dan terus menghantui rakyat. Harga minyak sentiasa naik. Nak ambil lesen memandu kereta atau motosikal susah, mahal pula tu. Sekarang ni insuran kenderaan pula semakin tinggi dan tinggi dan tinggi.

Selain kadar premium insurans pihak ketiga yang perlu dibayar, pemilik kenderaan kini terpaksa menanggung beban berikutan kadar premium tambahan (loading) 'menyakitkan' yang dikenakan oleh syarikat penyedia insurans.

Manakan tidak, kadar premium tambahan itu boleh mencecah sehingga 150 peratus daripada caruman premium biasa pengguna dan lebih tidak adil, ia dibenarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

Dari tinjauan SAMM mendapati, akibat 'kebenaran' bank induk itu, syarikat insurans bebas meletakkan kadar premium yang berbeza tetapi dihadkan sehingga 150 peratus.

Sebagai contoh, seorang pengguna yang membayar premium insurans pihak ketiga pada kadar RM72 setahun sebenarnya perlu membayar sehingga RM180 setahun akibat beban tambahan tersebut.

Itu bagi kereta lama berusia 15 tahun yang berkapasiti rendah seperti di bawah 1,000 cc. Bagi 1,500 cc ke atas pula ia mencecah sehingga RM337.50 setahun.

Tinjauan juga mendapati, pemilik kenderaan berusia 15 tahun ke atas pula berhadapan masalah lain apabila syarikat insurans tidak membenarkan mereka mengambil premium insurans pihak ketiga.

Pemilik berkenaan perlu merujuk kepada 'Malaysian Motor Insurance Pool' (MMIP) bagi mendapatkan perlindungan insurans.

Selain kadar berbeza yang ditetapkan MMIP, kenderaan yang berusia lebih 15 tahun itu juga perlu diperiksa oleh Puspakom Sdn. Bhd. dan dikenakan bayaran tambahan sebanyak RM60, jadi semuanya duit.

Itu belum lagi menyentuh mengenai cadangan mewajibkan motosikal terpakai dihantar ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) sebelum dijual atau ditukar hak milik menerima reaksi bercampur daripada persatuan dan badan bukan kerajaan.

Dalam satu kenyataan yang pernah dikeluarkan pada 12 Januari lepas Presiden Persatuan Pengedar Motosikal dan Skuter Malaysia (MMSDA), Wee Hong telah pun menyuarakan pandangan bertentangan kerana berpendapat cadangan itu menyebabkan peningkatan kos yang mungkin terpaksa ditanggung pengguna.

"Kita tidak setuju. Kalau diteruskan berapa fi yang akan dikenakan? Siapa mahu bayar kos (motosikal) yang dihantar ini? Biasanya consumer yang kena tanggung semua ini (bayaran penghantaran)," katanya dalam kenyataan beliau yang pernah dipetik bernama.

Wee berkata lazimnya kos penghantaran sebuah motosikal ke pusat berkenaan adalah antara RM100 hingga RM200.

Jesteru itu SAMM mendesak,adalah lebih bijak jika pihak berkuasa mewajibkan penjual terlebih dulu membuat pemeriksaan dan mendapat kelulusan bagi setiap motosikal terpakai yang hendak dijual semula. Langkah ini akan membantu memberi keselesaan kepada pembeli yang sesetengahnya adalah warga emas atau tidak tahu menguruskan proses mengisi borang dan peraturan lain yang berkaitan.

Oleh itu, jika kerajaan mahu menguatkuasakan pemeriksaan berjadual ke atas motosikal terpakai, semua aspek itu mesti dikaji dengan teliti supaya tidak membebankan pemilik.

Sekian .

Mohammad Yaser Sheikh Abd Rahman
Penyelaras SAM

Perasmian AMK Cabang Pendang

Alhamdulillah,setelah cabang Pendang disahkan secara rasmi,malam ini,Angkatan Muda Keadilan Cabang Pendang pula akan Dirasmikan.Perasmian ini bagi mengesahkan kewujudan sayap angkatan Muda cabang ini secara rasminya bagi memastikan kekuatan serta kemantapan Parti Keadilan Rakyat di kawasan Pendang ini...

Angah mewakili Biro Politik Angkatan Muda Keadilan Kedah mengucapkan Tahniah dan berharap AMK Pendang akan bertambah kukuh bagi menjadi saingan seterusnya menjadi pengganti kepada UMNO / BN