Powered By Blogger

PINTU DAH BUKA

Gambar hiasan


UMNO masih buka pintu

KUALA LUMPUR 25 Jun – UMNO masih membuka pintu kepada Pas untuk berunding mengenai kerajaan perpaduan meskipun ia telah ditolak oleh pakatan pembangkang.

Ketua Penerangannya, Ahmad Maslan berkata, sebagai parti yang menjaga kepentingan orang Melayu dan negara, UMNO sentiasa mengamalkan dasar buka pintu terhadap apa jua cadangan yang mampu membawa kebaikan.

Justeru katanya, selari dengan pandangan Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menganggap tidak semua pemimpin Pas menolak kerajaan perpaduan seperti yang dicanangkan, UMNO tidak pernah menganggap cadangan itu sudah terkubur.

“Kita sudah semakin hampir kepada satu hasrat mulia yang mampu membawa kebaikan kepada semua, bukan sahaja orang Melayu, malah kepada seluruh warganegara.

“Meskipun cadangan itu tampak malap, namun kita percaya, setiap hasrat mulia pasti akan berjaya akhirnya dan ia diperkuatkan lagi dengan tidak semua pemimpin Pas kelihatan menolak cadangan kerajaan perpaduan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

UTUSAN ONLINE


ARTIKEL NI MENARIK....AKU INGAT LAGI PM 1MALAYSIA CAKAP,BN MASIH KUKUH UNTUK MEMERINTAH...NI APA DOK KALUT PASAL UG LAGI NI..HIE,TAK PAHAM AKU MOTIF GEROMBOLAN NI.. TAPI YANG AKU NAMPAK BAGUSNYA TENTANG APA SI KETUA PENERANGAN NI CAKAP..."UMNO MASIH BUKA PINTU",..HA,APA LAGI..HAT KAT DALAM TU,PAKAT2 LA KELUAR SELAMATKAN DIRI.RUMAH DAH NAK ROBOH..LAGIPUN PINTU MASIH BUKA..HAHAHA,JANGAN LA NAK PIKIAQ LAMA2..JOIN JA PAKATAN..CONTOHNYA PKR..KAMI MELAYU TAK KAN PERNAH RISAU TENTANG KEISTIMEWAAN MELAYU,SEBAB KAMI SENTIASA ISTIMEWA.BANGSA LAIN TAK RISAU KEDUDUKAN MEREKA,KERANA MEREKA JUGA ISTIMEWA..KITA MANUSIA SAMA SAJA,DIBEZAKAN WARNA KULIT,BANGSA DAN AGAMA.TETAPI HATI PENENTU MEMBEZAKAN KITA.>YANG PUTIH BERSIH,MACAM AKU..YANG HITAM BERTOMPOK MACAM NAJIB(1 MALAYSIA).HAHAHAHA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan