Powered By Blogger

SALAM PEMILIHAN

Em....dah lama angah xupdate blog ni...bukan aper...masalah laptop n penyakit yang melanda angah setahun kebelakang ni....
Penyakit yang dihidapi ialah penyakit malas...bukan malas aper..malas nak buka n update blog jer...hehehe

ok lah...nak citer sikit berkaitan pemilihan yang berlangsung sekarang...
angah pasti ramai yang memberi prhatian dengan pemilihan ini...Keadilan merupakan satu-satunya parti politik yang berani membuat perubahan besar begini dan memberi peluang kepada setiap anggota parti membuat sendiri pilihan kepimpinan yang mereka kehendaki...

Cara begini juga berjaya membendung amalan rasuah yang berlaku dalam kebanyakan pemilihan parti2 politik di malaysia yang menyerahkan kepada perwakilan untuk membuat pemilihan....ini kerana setiap calon yang bertanding tidak akan mampu untuk membeli undi dari setiap anggota yang berjumlah 400,000 orang itu...

tapi,angah nak pesan gak kat kawan2 dalam parti....pemilihan ni pemilihan adik beradik....so,kalo nak cubit tu...cubit2 manja...nak pukul pon....pukul2 malu....yang penting semangat demokrasi yang perlu kita suburkan...

Selamat berkempen buat semua yang bertanding.....Jaga Hati,Jaga Diri,Jaga sesama kita...

SALAM AMK...SALAM REFORMASI
LAWAN TETAP LAWAN..
ANGAH
Ketua Angkatan Muda Keadilan Sik

Perarakan Maulidur Rasul...Berita Utusan & Harakah Daily

UTUSAN MELOYA

KUALA LUMPUR 12 Feb. – Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu penduduk Islam di Pulau Pinang ‘membuka mata’ terhadap sikap sebenar kerajaan negeri pimpinan DAP apabila bertindak membatalkan perarakan sambutan Maulidur Rasul yang secara tradisinya diadakan setiap tahun.

Sambil mempersoalkan tindakan itu Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan Pulau Pinang terutama Ketua Menterinya, Lim Guan Eng nampaknya mula mempraktikkan satu sikap baru iaitu mereka enggan mendukung cita-cita serta hasrat yang membabitkan kepentingan umat Islam.

“Saya mahu bertanya kepada kerajaan Pulau Pinang khususnya Guan Eng. Adakah dia mahu menunjukkan satu sikap baru bahawa dia tidak lagi bersama mendukung hasrat dan cita-cita umat Islam di negeri berkenaan?

‘‘Jika Guan Eng kata tidak, lebih baik dia benarkan perarakan ini diadakan. Apa yang Guan Eng bimbangkan sangat? Pasal keselamatan? Setakat ini tidak pernah pula kita mendengar perarakan Maulidur Rasul boleh mengancam keselamatan,’’ katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas majlis pembukaan cawangan Ar-Rahnu X’Change Koperasi Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) di Cheras Maju dekat sini, hari ini.

Beliau mengulas laporan Utusan Malaysia berhubung tindakan kerajaan Pulau Pinang membatalkan perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul yang sebelum ini diadakan setiap tahun.

Setiausaha Sekretariat Perhimpunan Melayu Pulau Pinang, Mohd. Nor Suhaili Jamali ketika mendedahkan perkara itu berkata, beliau kecewa dengan keputusan kerajaan negeri yang dilihat tidak mengambil kira sensitiviti umat Islam.

HARAKAH DAILY


PULAU PINANG, 13 Feb: Exco Agama Islam Pulau Pinang, Haji Abdul Malek Abul Kasim menafikan berita akhbar arus perdana yang mengatakan perarakan Maulidur Rasul dibatalkan di negeri ini.
Jelasnya kepada Harakahdaily, kerajaan negeri juga tidak pernah mengumumkan tentang ketiadaan perarakan tersebut sebaliknya hanya menegaskan kepada wartawan bahawa kerajaan negeri belum lagi membuat keputusan tentang perkara itu kelmarin tetapi semalam semuanya telah selesai apabila satu sidang media diadakan.

"Kerajaan negeri menafikan berita yang tersiar dalam akhbar arus perdana. Apa yang mereka ingin buat adalah mengusutkan keadaan yang tenang," ujarnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Maung.

Menurutnya lagi, majlis Maulidur Rasul bermula pada 25 Februari dengan bacaan Yaasin dan tahlil di seluruh masjid negeri ini.

Katanya, pada peringkat negeri pula diadakan di Masjid Negeri yang dihadiri oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Datuk Seri Utama Dr Haji Abdul Rahman Abas.

Pada 26 Februari, perarakan diadakan sekitar Dewan Seri Pinang di mana pelepasan perarakan disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri 1, Dr Mansor Othman.

Program 'Himpunan Ummah' pagi itu dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama di dalam dewan di samping mendengar ulasan daripada pakar motivasi terkenal tanahair, Ustazah Bahyah Mahmud dan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp), Ustaz Elias Zakaria.

Buat pertama kalinya semasa sambutan Maulidur Rasul, kerajaan negeri melakukan kelainan apabila mewujudkan kelas ilmu selama dua hari berturut-turut di Masjid Negeri.

Kelas yang menceritakan sirah Rasullulah s.a.w. itu disampaikan oleh Ahli Majlis Fatwa Kerajaan Negeri, Ustaz Rosli Othman.

Kenyataan Media Angkatan Muda Keadilan Sik - Isu AMK Sik Bubar


KENYATAAN MEDIA SIDANG AKHBAR PARTI KEADILAN RAKYAT CABANG SIK & ANGKATAN MUDA KEADILAN CABANG SIK
TARIKH: 7HB. FEB.2010

MASA : 2.00 PETANG


Assalammualaikum W.B.T dan selamat petang. Terlebih dahulu saya panjatkan kesyukuran

kepada Allah S.W.T kerana dengan keizinan dan limpah rahmatnya pada petang ini kita dapat

mengadakan satu sidang akhbar untuk menerangkan keadaan sebenar kedudukan PKR

Cabang Sik dan seterusnya dapat menjawab segala tohmahan dan fitnah yang telah

dilemparkan terhadap PKR Cabang Sik khususnya AMK Cabang Sik.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada wartawan-wartawan kerana sudi datang untuk

sidang akhbar ini.


Sebenarnya senario yang berlaku di Sik ini seperti mana yang tuan-tuan sedia maklum dan

sudah pun tersebar ke seluruh Malaysia, bukanlah satu senario yang baru dan pelik.

Mengapa saya mengatakan demikian. Ini kerana tuan-tuan pun tahu ini adalah salah satu

propaganda dan agenda jahat UMNO untuk melemahkan kekuatan Pakatan Rakyat khususnya

PKR. UMNO pada ketika ini berasa amat gentar dan gerun dengan kekuatan Pakatan

Rakyat khususnya PKR dan PKR Cabang Sik.


Pada masa sekarang di Parlimen Sik khususnya golongan muda begitu tertarik dan amat ber-

minat untuk menyertai PKR. Bilangan golongan ini yang menyertai PKR amat menggalakkan

pada masa sekarang. Atas sebab itulah UMNO khususnya UMNO Bahagian

Sik merasa gelabah dan tidak keruan. Maka oleh sebab itulah mereka telah menyusun dan

mengatur satu propaganda untuk melemahkan PKR Cabang Sik. Ini terbukti seperti yang

tuan-tuan sedia maklum iaitu pada 5hb Februari 2010 yang lalu kononnya seramai 200 ahli

AMK PKR Cabang Sik telah mengisytiharkan keluar parti dan membubarkan AMK Cabang

Sik. Mereka juga telah membuat satu kenyataan bahawa PKR Cabang Sik juga akan

dibubarkan. Ini merupakan satu pembohongan yang terang lagi nyata yang sengaja direkayasa

dengan tujuan untuk memecahbelahkan parti.


Tuan-tuan, ini bukanlah lakonan baru UMNO tetapi lakonan dan skrip lama yang diulang-

ulang oleh mereka. Mereka telah mengumpul ahli-ahli pemuda UMNO dan kemudiannya

mengisytiharkan keluar PKR.Tuan-tuan, saya tidak nafikan sebenarnya memang terdapat

beberapa orang ahli PKR Cabang Sik bersama mereka tetapi saya yakin mereka tidak lebih

dari 5 orang ahli yang telah kita kenal pasti. Selainnya adalah pelakon-pelakon yang

didatangkan oleh UMNO khususnya UMNO Bahagian Sik.


Mereka ini sebenarnya adalah ahli-ahli PKR yang kecewa kerana tidak mendapat kedudukan

dalam parti (bukan parti menyekat mereka tetapi mereka tidak layak dan tidak berkebolehan).

Spesis-spesis ini menyertai parti selepas kemenangan Pakatan Rakyat pada PRU 12 dengan

niat dan tujuan untuk mencari kepentingan peribadi. Mereka ini tidak ikhlas dalam perjuangan

parti dan memperjuangkan hak rakyat.

Dahulu mereka adalah ahli-ahli UMNO tetapi apabila tidak mendapat tempat dalam UMNO

mereka keluar menyertai PKR. Sekarang mereka tidak mendapat kedudukan dan habuan

dalam PKR mereka keluar untuk menyertai UMNO semula. Saya hendak berpesan kepada

UMNO bergembiralah menerima keahlian mereka ini kembali kerana dengan pengisytiharan

mereka keluar dari PKR, sebenarnya telah menghapuskan satu beban yang besar kepada PKR

khususnya PKR Cabang Sik. Ini kerana mereka ini bagaikan ‘duri dalam daging’ yang

menimbulkan pelbagai masalah dalam parti.


Sebenarnya mereka ini adalah golongan yang telah lama kecewa dalam PKR. Pertama ketika

Pilihanraya kecil Bukit Selambau yang lepas mereka tidak mendapat apa yang mereka kehen-

daki dan ada di antara mereka pada masa itu telah belot kepada parti. Kedua ada di antara

mereka yang bercita-cita untuk menjadi ahli Majlis Daerah Sik. Tetapi mereka tidak dipilih

oleh parti kerana tidak memenuhi syarat jadi mereka bertindak keluar dari parti


Sebenarnya parti di dalam proses untuk memecat dan menggantung keahlian mereka. Jadi

tindakan mereka ini memudahkan lagi kerja parti untuk memecat mereka. Terima kasihlah

kepada mereka kerana tidak lagi menjadi beban kepada parti. Golongan seperti ini penyertaan

mereka di dalam parti bukan untuk berjuang atau bekerja untuk rakyat tetapi hanya memikir-

kan apakah habuan yang bakal mereka perolehi. Golongan ‘opportunist’ seperti ini saya

percaya dan yakin bahawa mereka tidak akan berjaya mendapat dan menarik sokongan rakyat.

Rakyat sudah masak dan muak dengan lakonan mereka. Tindakan mereka tidak akan dapat

mengganggu-gugat kekuatan Pakatan Rakyat khususnya PKR Cabang Sik dan saya pasti

kekuatan PKR akan menjadi lebih kuat lagi, dengan ketiadaan mereka. Ini kerana selama ini

pun mereka tidak menyumbang apa-apa kepada parti. Sebaliknya hanya memberi masalah

sahaja kepada parti. Lagi pun mereka ini hanyalah ahli biasa yang tidak memegang apa-apa

jawatan dalam parti.


Kepada golongan ini saya ingin berpesan jadilah manusia yang berprinsip dan bermaruah.

Janganlah menggadaikan prinsip dan maruah kita hanya kerana sedikit habuan, kerana Nabi

S.A.W pernah bersabda yang bermaksud “janganlah kamu menggadaikan kepentingan agama

kerana memikirkan sedikit keuntungan dunia kerana mereka itu akan tergolong di kalangan

orang-orang yang rugi di dunia dan akhirat”.


Saya harap dengan penjelasan ini maka segala prasangka negatif terhadap keutuhan dan

kekuatan Pakatan Rakyat khususnya PKR Cabang Sik telah terjawab.PKR Cabang Sik serta

AMK Cabang Sik tetap utuh dan kuat untuk meneruskan agenda perubahan rakyat dan

menawan Putrajaya pada PRU 13 nanti. UMNO- Barisan Nasional pasti akan

kecundang bukan sahaja di Sik malah di seluruh negara. INSYAALLAH.


HIDUP PKR! REFORMASI!


Sekian. Terima kasih.
AMK CABANG SIK

Pada sidang media tersebut juga...Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan Sik memberi tempoh satu minggu bermula dari hari ini...untuk saudara muhammad suffian bin ahmad memohon maaf secara terbuka serta menarik balik kenyataan jahat yag telah beliau keluarkan atau berdepan dengan tindakan dari pihak agkatan Muda sendiri yang akan dimulakan dengan Laporan Polis ke atas beliau..

Laporan Utusan tidak bertanggungjawab - tvselangor.com

Utusan Malaysia membuat dakwaan bahawa Timbalan Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Cabang Sik keluar parti bersama 200 orang ahli.

Utusan juga mendakwa tindakan Mohd Soffian Ahmad dan 200 orang itu telah menyebabkan sayap pemuda PKR Sik terbubar sama-sekali.

Ketua AMK Kedah Saiful Izham Ramli bagaimanapun menafikan laporan itu sebagai tidak benar dan tidak bertanggungjawab.

"Ini adalah antara tindakan terdesak yang dilakukan oleh Umno untuk melemahkan Parti. Padahal benda itu tidak berlaku," katanya.

Menurut Saiful, yang dikatakan mengetuai kumpulan itu sebenarnya telahpun keluar parti pada pilihanraya kecil Selambau Februari tahun lalu.

Adalah dipercayai Timbalan Ketua AMK SIK adalah Habib Ahmad Muhaiyuddin, yang juga Ketua Skuad AMK Negeri Kedah.

TV Selangor cuba menghubungi kepimpinan AMK SIK khususnya Habib Ahmad Muhaiyuddin namun gagal dihubungi.


tvselangor.com klik sini

KISAH BONTOT

BONTOT
DARINYA KELUAR KENTUT
BUAT SELERA TERUS TERBANTUT

BONTOT
KATANYA,DIA KENA SONTOT
TAPI PELIKNYA,PERUT TAK BOYOT

OPS,MANAKAN BOYOT
SONTOTNYA DI BONTOT

BONTOT
KISAH MU DAH MAKIN KARUT
BUKTI PUN DAH NAMPAK HEROT

BONTOT
BIAR PUN FITNAH,TUTUPLAH MULUT
JANGAN DIHEBOH WALAU PECAH DI PERUT

BONTOT
BIAR KAU TARIK SELUARNYA MELOROT
NAMPAK JELAS TERSERLAH LUTUT
BIAR JUGA,SEBAHAGIAN KAMI,TERSERLAH SIKAP SI BURUNG BELATUK
TERANGGUK-ANGGUK,TERSENGGUK,SENGGUK
MENDENGAR KATA,SENTIASA MENURUT

BONTOT
INGATAN BUATMU PARA SENDOYOT
RAKYATMU BUKAN CENCOROT
MENDENGAR KATA SI TUKANG KARUT
RAKYATMU PEJUANG,BUKAN MANUSIA PENTINGKAN PERUT
IKRAR KAMI,PASTI DIBELA,RAKAN...DI SETIAP CERUK SERTA PELUSUK......

SALAM REFORMASI....
SAIFUL TUT....ADA BONTOT....TENTU PUNYAI HATI PERUT....

ANGAH

Keluar Parti


Metro dan Sinar Harian Utara telah menerbitkan berita berkenaan Timb Ketua AMK Sik
keluar parti dan membubarkan AMK SIK...

Yang menjadi tanda tanya disini ialah....Jawatan Timb Ketua AMK SIK disandang saya sendiri..
Habib Ahmad Muhaiyuddin dan bagi mengenalkan diri saya.....bersama-sama ini saya sertakan gambar saya untuk tatapan semua...dan Saya tegaskan disini...
selaku Timbalan Ketua AMK Sik..SAya tidak pernah mengisytihar keluar Parti dan menyertai Umno Seterusnya membubrakan AMk Cabang SIK....


Angah /Habib Ahmad Muhaiyuddin
Timbalan Ketua AMK SIK
Ketua Skuad AMK Negeri Kedah
Setiausaha Biro Pilihanraya AMK Malaysia
Jurulatih Akademi Keadilan (ArK)

SIAPAKAH MEREKA




Dalam kesibukan berjuang dan berkerja....aku dihubungi rakan seperjuangan yang terkejut dengan pembubaran AMK SIK yang katanya diumumkan oleh "ketua AMK".

terkejut aku dan terus aku hubungi KETUA AMK SIK Saudara Ridhan Syaukani Bin Azizan.
beliau juga yang masih belum mengetahui berita tersebut terkejut mendengarnya...

Dari sumber,aku lawati laman saudara yang bikin cerita baik tersebut....



Gambar-gambar ini di ciplak dari laman tersebut...
Kepada rakan rakan AMK...angah nak tau...Kenalkah kalian pada mereka....

Cherating...mengimbau kenangan

Alhmdulillah...aku dah sampai ke Cherating...perjalanan yang memenatkan tapi yang paling aku tak percaya...aku drive secara berhemah hari ni...hehehe...bukan nyer apa...malas nak layan pemandu lain yang laju n aku pikir,xdak apa yang nak dikejarkan...

Aku skang kat Holiday Villa Cherating,ngah tunggu check in bilik...masih penat....tapi sampai je sini,tengok keadaan hotel,teringat kali pertama sampai ke mari..Time tu anak sulung aku belum pandai berjalan lagi...skang dah masuk darjah 1 dah...bayangkan,begitu cepat masa berlalu...kalau dulu aku hanya dengan live aku yang biasa...pergi kerja...balik kerja...itu saja...skrg,tanggungjawab aku makin besar...bukan hanya pada keluarga...aku juga dah menjadi salah seorang pemimpin angkatan Muda Keadilan...Hari ini...di sini...aku kemari,sebagai peserta Master Trainer Workshop -Intermediate TOT bagi ArK...time sampai je kat sini...aku nampak saudara MSK(mat saman kati) dah lepak kat lobi dengan laptop dia...bayangkan,semangat saudara MSK yang datang dengan bas dan sampai seawal jam 10pagi lagi.....itulah dia semangat seorang pejuang....

Itu je setakat ni...aku akan update balik detail ttg Workshop ni....

CERAMAH AMK DI TAMAN BANDAR BARU SG LALANG

Bertempat di Taman Bandar Baru Sungai Lalang,

Tarikh : 24 Januari 2010
Jam : 9 Malam

Penceramah : YB Saifudin Nasution
: YB Dato Amiruddin Hamzah
: CheguBard

Insyaallah,Angah akan turun pada malam tersebut.Terus dari tempat latihan Jurulatih Akademi Keadilan di Cherating....Kita jumpa di sana...