Powered By Blogger

Cawangan UNISEL Diperluas




Wednesday, 24 June 2009 • Kategori: Berita Semasa, Berita Utama, Nasional

Universiti Industri Selangor (UNISEL) merancang membuka kampus cawangan, bukan sahaja di seluruh Selangor, malah di Negara-negara Asian.

Menteri Besar, Tan Sri Abd Khalid Ibrahim berkata, UNISEL kini semakin mendapat sambutan selepas meraih beberapa anugerah dan kejayaan di peringkat dunia.

Bercakap kepada sidang media selepas merasmikan sambutan ulang tahun UNISEL ke-10 di Bestari Jaya hari ini, beliau berkata universiti milik kerajaan negeri ini, setanding dengan universiti tempatan dan luar Negara.

Menurut Tan Sri Abd Khalid Ibrahim,beliau dimaklumkan tentang hasrat UNISEL untuk menjadi universiti berkonsepkan regional(wilayah) yang terbaik di Asia Tenggara.

Tan Sri Abd Khalid Ibrahim banga terhadap perkembangan UNISEL yang melepasi tempoh 10 tahun membangun dan memajukan citra keilmuan serta kemahiran pelajar.

Kejayaan UNISEL sama ada CANSAT,kemenangan kayak atau kejayaan terpilih menyertai pertandingan kereta cukup menyakinkan Tan Sri Abd Khalid Ibrahim betapa UNISEL sudah mampu menjadi antara universiti swasta terbaik di negeri ini.

Dalam pada itu, beliau menyarankan supaya kajian-kajian yang dihasilkan oleh UNISEL, dikomersialkan untuk faedah rakyat selangor.

Sambutan ulang tahun Unisel ini diserikan dengan persembahan Pentomin dan Deklamasi Sajak oleh pelajar-pelajar UNISEL.

Turut hadir pada majlis itu ialah Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Insan, Dr Halimah Ali

sumber: Suara Keadilan

TAHNIAH UNISEL...TAHNIAH KERAJAAN NEGERI SELANGOR....
KERAJAAN PAKATAN RAKYAT....CONTOH BUAT 1MALAYSIA...HAHAHA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan