Powered By Blogger

WAJIB BACA!!!!RON95 RM2.70

TAHUKAH ANDA ?????

Mengikut rancangan penyelarasan subsidi yg dicadangkan oleh Unit Penyampaian dan PengurusanPrestasi (PEMANDU),harga petrol RON 95 sepatutnya telah dinaikkan oleh Kerajaan UMNO-BN kepada RM 2.15 / liter sekarang.

Mengikut perancangan, ini seharusnya dilakukan dgn 2 pelarasan - iaitu15 sen sekitar akhir tahun lalu dan 10 sen pada 6 bulan pertama tahun ini.

Menurut Akhbar China Press, harga petrol RON 95 sekarang adalah 80 sen lebih murah berbandingharga pasaran, ini bermakna harga sepatutnyan adalah RM2.70/liter jika diselaraskan mengikut harga pasaran.

Adalah dijangkakan kerajaan UMNO-BN akan menangguhkan sebarang kenaikan harga petrol RON 95 sehingga Pilihanraya Umum ke 13 selesai.

Ini juga bermakna , selepas Pilihanraya Umum ke 13 berakhir dan sekiranya UMNO-BN diberi mandat untuk mentadbir lagi, rakyat harus bersedia untuk menikmati kenaikan harga minyak RON 95 sehingga RM 2.70/ liter yang mana akan mengakibatkan semua barang keperluan akan naik dan kos hidup rakyat akan meningkat.

Apa akibatnya??? Inflasi akan meningkat,kehidupan rakyat akan lebih susah, sekurang-kurangnya harga barang2 keperluan akan meningkat lebih 20% jika ini terjadi. Ditambah pula dengan pelaksanaan GST secara berperingkat-peringkat maka bertambahlah hidup rakyat menjadi lebih tertekan.

Sewaktu itu mengambil hati rakyat, kerajaan mungkin boleh mengumumkan akta gaji minimum digubal konon nya supaya dapat membantu rakyat namun jika gaji minimum diletakkanpada nilai RM1500 sekalipun pada waktu itu ia tidak ada gunanya lagi... sedangkan sekarang pun gaji RM1500 tidak mencukupi... cuba bayangkan apa akan terjadi....

Bukan sengaja ingin menakut-nakutkan namun jika dikaji gerak-gerikerajaan UMNO-BN sejak kebelakangan ini... ia tidak mustahil akan terjadi....

Kenaikan harga minyak sahaja sudah 7 kali naik tak sampai setengah tahun lagii- walaupun harga minyak kadang2 turun tapi yg naik saja diselaraskan...

Pelaksanaan GST yg diwar-warkan supaya peniaga2 bersedia untuk melaksanakannya... Jika pelaksanaan GST ini dibuat barang yang sekarang berharga RM 2 akan menjadi RM 2.50.

Pelaksanaan akta gaji minimum yang dah lama nak dilaksanakan, seingat saya hampir 10 tahun MTUC memperjuangkannya dan setiap tahun kerajaan hanya riuh di Parlimen ingin melaksanakan tapi selepas ingin membuat kajian dahulu mereka akan diam membisu...untuk rakyat didahulukan maka kerajaan akan mencapaikannya tapi sayang semuanya sudah terlambat tak guna engkau kesalkan lagii... bilamana masa itu RM1500 hanya mampu dibelanja seperti RM 700 sekarang....

Bukan sengaja ingin menakut-nakutkan namun jika dikaji gerak-gerikerajaan UMNO-BN sejak kebelakangan ini... ia tidak mustahil akan terjadi.... ia tidak mustahil... bersedia....Fikir dulu habis2 sebelum pangkah... Undi Hak Milik Anda...

Bik Mamma bersiar ke luar negara , rakyat marhaen yang sengsara.

sama-sama kita fikirkan....

1 MALAYSIA
RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIANDIUTAMAKAN- nak capai apa....???

-VoR-

ALLAHUAKBAR...pahala buat rakyat

SEJAK dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang ke-29 pada 13 September 2010, inilah buat pertama kalinya Sultan Muhammad V memberikan wawancara khas kepada para wartawan media cetak dan media elektronik.

Wawancara khas itu telah berlangsung di Istana Negeri, Kubang Kerian, Kota Baru pada Rabu, 4 Mei 2011 pada lebih kurang jam 5.30 petang dalam suasana penuh protokol tetapi tetap mesra.

Wawancara itu juga diadakan bersempena dengan pelancaran Yayasan Sultan Kelantan yang akan dilangsungkan di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) minggu hadapan.

Sebanyak 12 wakil media termasuk dari Mingguan mStar dan The Star telah dijemput untuk menemuramah Sultan Muhammad V yang hadir segak menggenakan sut coklat muda ala Nehru.

Baginda Sultan juga sentiasa memulakan bicara dengan terlebih dahulu melafazkan Bismillahirrahmanirrahim dan Asalamualaikum kepada pertanyaan wartawan muslim dan salam sejahtera kepada wartawan bukan Islam.

Dan sebelum memulakan wawancara baginda terlebih dahulu bertanya sama ada perbualan yang akan berlangsung itu hendak menggunakan dialek Kelantan ataupun bahasa rasmi.

Sepanjang wawancara itu yang berlangsung selama lebih 45 minit, baginda hanya membahasanya dirinya sebagai ‘saya’ bukannya ‘beta’ sebagaimana lazim digunakan di dalam istana.

Berikut adalah petikan wawancara bersama Tuanku Sultan Muhammad V:

> Perkara pertama yang terlintas di dalam fikiran sebaik sahaja menaiki takhta Kesultanan Kelantan: Perkara pertama ialah untuk memilih nama rasmi yang akan dipakai selaku Sultan iaitu Sultan Muhammad V dan perkara kedua ialah untuk menukar seruan “Daulat Tuanku” yang lazim digunakan sebelum ini kepada seruan “Allahu Akhbar”. Pada pandangan saya, inilah yang paling sesuai kerana secara tidak langsung siapa yang melafazkannya akan memperolehi pahala. itulah yang terbaik untuk rakyat saya.

Wawancara penuh pada pautan seperti berikut http://www.mstar.com.my/mingguan/cerita.asp?file=/2011/5/9/mstar_mingguan/20110509122729&sec=mstar_mingguan

by cheguBard

WAJIB BACA -KASIHNYA IBU

Walaupun hari ibu dah berlalu beberapa hari,aku nak share satu cerita ttg kasihnya IBU....citer ni aku amik dr Facebook....

Kisahnya perihal satu keluarga yang mengalami kemalangan ngeri. Kereta yang mereka naiki terbabas, berpusing, melanggar pembahagi jalan lalu terperosok ke dalam longkang. Dalam kejadian ini, kereta itu remuk teruk dan penumpangnya mengalami kecederaan parah. Cermin hadapan habis retak berderai. Tidak ditekankan keadaan pemandunya. Tetapi saya fikir, pemandunya menemui ajal di situ juga.
 
Mahu diceritakan, penumpang yang duduk di sebelah pemandu mengalami kecederaan yang sangat parah. Wajahnya habis berlumuran darah. Dahinya terkopek sehingga menonjolkan tulang tengkorak. Mungkin juga akibat terhantuk pada papan pemuka kereta ditambah dengan pecahan kaca cermin hadapan. Ajaibnya kuasa Tuhan, bayinya selamat tetapi terpelanting ke kerusi belakang. Bayi kecil yang tidak tahu apa-apa itu meraung dan menangis. Mungkin kerana kesakitan, kesedihan, terkejut dan sebagainya.
 
Sewaktu anggota bomba itu mengambil dan mahu menyelamatkan si kecil tadi, ibunya terketar-ketar dan menggigil sambil memberi isyarat kepada beliau. Subhanallah, rupa-rupanya si ibu tadi mahukan bayinya bagi disusukan. Diselak bajunya dengan sedaya upaya dan disusukan si kecil itu dengan penuh rasa sayu, pilu dan kasih sayang.
 
Si kecil senyap di dalam dakapan ibunya. Betapa nyamannya dakapan ibu itu sehingga mampu menenangkan si kecil yang ketakutan. Dengan kuasa dan izin Allah, ibu itu tiba-tiba tercungap-cungap mencari nafas, tanda ajalnya yang semakin hampir. Lalu terkapailah si ibu dalam keadaan yang penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang itu. Ya Allah, betapa pilunya situasi itu sehingga merenggut ketenangan anggota bomba tadi.
 
Itu lah dia kasih sayang seorang ibu. Walau dalam keadaan bertarung nyawa dan menahan kesakitan, masih tidak melupakan tanggungjawab sebagai seorang ibu...menyusukan anak di saat-saat akhir hidup nya. Subhanallah...

Betapa tersentuh hati membaca kisah ni....Doa dan harapanku,agar mama terus sihat melihatku cucu2 mama membesar n aku terus sihat melihat isteriku mendidik anak2ku menjadi seorang yg berguna...Pejuang untuk Agama dan negara

DAP NK UBAH PERLEMBAGAAN

Jika DAP berhasrat nak ubah perlembagaan negara, iaitu kononnya ingin mengubah agama rasmi daripada Islam kepada kristian, mereka terlebih dahulu mendapat majoriti 2 per 3 Parlimen Malaysia. Untuk memperolehi majoriti 2/3 parlimen, DAP memerlukan kemenangan 140 kerusi parlimen.
 
Persoalan, di manakah logiknya sebuah parti yang tidak sampai 20% ahlinya berugama kristian ingin mengubah dasar Perlembagaan Negara Malaysia dalam klausa menukar agama rasmi, apabila hanya bertanding tidak sampai 60 kerusi parlimen ? Jika DAP menang kesemua kerusi yang bertanding sekalipun, masih jauh dari jumlah 140 kerusi yang boleh mengubah agama rasmi, dan harus juga diingat bahawa bukan semua ahli parlimen DAP berugama kristian.
 
Oleh demikian, masihkah anda semua terbeli dengan permainan 'ketegangan antara agama' yang cuba dimainkan oleh para barisan jahanam yang terdesak melalui akhbar Utusan?
 
Kepada rakan-rakan yang membaca entry ini, sila fahamkan dan jadilah agen penyebar sekurang-kurangnya kepada keluarga terdekat. Terangkan kepada mereka yang kurang faham agar mereka tidak terbeli dengan dakyah jahat yang bertujuan untuk menghuru-harakan negara demi kepentingan politik mereka di atas nama 'perpaduan' !
 
 
shared from EDYES @ edyesdotcom
perpaduan UMNO = my ass!!

NI UNTUK ISLAM @ UNTUK KUASA

Dua tiga hari ni,asyik dengaq ceghita pasal kristian nak jadi agama rasmi Malaysia....Apa cer ni....depa dok canang DAP wat perbincangan pasai benda ni dengan paderi2 di Penang...

Pasai pa ceghita ni heboh dlm "toilet Paper aka Utusan Meloya" & "wayang kulit moden aka tv3 suku"..tak lain tak bukan semata-mata nak takutkan melayu dengan isu agama...kalo dulu depa bawak isu bangsa,la isu tu UMNO serah kat Perkosa..ops,perkasa...Depa cuba timbulkan ketakutan pada Melayu pada DAP....

Allo kawan...pikiaq sendiri k....mungkin ada tak tau...di kala minyak Ron97 naik harga pada RM2.90,Kerajaan Negeri Pulau Pinang naikkan elaun bilal,siak hingga 80%..bilal n siak ni kerja kat mana ek..kat GEREJA ka..

Macam mana depa boleh buat ceghita DAP ni anti islam pulak....dengaq jugak ceghita kata si Jeff ooi antara yg terlibat dlm perbincangan nak jadikan kristian agama persekutuan...Bhai,aku nak habaq bagi,Jeff Ooi ni agama Buddha..apa untung nak tolong kristian pulak,..baik dia bincang untuk jadikan agama dia agama rasmi Malaysia kan...

ish..ish..ish,puak satu ni memang bingai betoi la...tapi,nak habaq jugak kat kawan2,la ni bukan lagi masa kita bertindak bertahan..ini masa kita menyerang balas...Kalau main "chess",apa yg perlu kita tau ialah "ATTACK IS THE BEST DEFENCES"..So start ari ni,kita xboleh lagi bertahan,ini masa kita bertindak menyerang balas...patahkan segala serangan pihak lawan dengan membalas kembali serangan mereka...Semboyan perang akan dibunyikan bila2 masa sahaja.....PRU13 tidak menunggu tempoh sama ada kita sedia atau tidak...jadi bertindaklah segera...

Episod seterusnya..Pengenalan pada SKUAD ELIT AMK SIK.....SEDIA UNTUK PILIHANRAYA,SIAP TURUN KE JALANRAYA....

Zulkifli nordin : Rampas kedudukan islam wujud!

Pendedahan neh dibuat oleh zulkifli nordin 110%. Heh. Bila aku baca dan teliti kan ayat2 dia kat atas tak ubah macam dia buat statement politik, bukan statement atas wujud dasar kesedaran dia sebagai orang islam.


Point dia kat atas neh ialah ;


1. Dia cakap gerakan untuk merampas kedudukan islam sebagai agama rasmi di malaysia wujud.


Fine. Apa nama gerakan tue? Why not ko dedahkan kepada public?


2. Gerakan neh wujud sejak setahun yang lalu. Mereka bergerak secara senyap untuk hakis islam di malaysia.


Okey fine, bila ko tahu dan kenapa baru ko dedahkan sekarang? Seline pula dengan isu kristian neh. Pandai ko pilih timing. Heh. Dan2 gerakan tue ditubuhkan sejak setahun yang lalu. Apsal tak cakap je pada 8 mac 2008? Senang sket aku nak blame pr dalam isu neh. Hehehe..


3. Zul cakap perjuangan gerakan tue sama macam tuntutan pihak pembangkang kepada IFC.


Kah kah kah. Cakap pembangkang tue baik2 sikit woit. Bila masa pula PEMBANGKANG yang menuntut haramjadah merepek punya tuntutan tue? Hoii yang aku tahu cuma ahli dap je kecoh2 pasal tue. PKR dan PAS takde kena mengena pun. Malahan mca dan mic pun ada memekik isu tue apa. Tapi dorang [dap, mca, mic] tak terlibat secara langsung [jika secara diam2 aku tak sure] tuntutan2 merepek tue.  Itupun isu nya diperbesar2kan. Bagi mencari amarah org islam dan bukan islam. Kah kah kah. Dan2 pembangkang ada kaitan pula dengan tuntutan tak munasabah pada IFC neh pula. Kah kah kah.. Adoiii zul2 ko neh memang mulut suka fitnah.


4. Zul cakap gerakan tersebut menuntut budak umur 18 tahun haruslah dibiarkan bebas / tidak beragama sehingga mereka memilih untuk beragama kelak. 


Memang perkara neh wujud. Tapi bukan kisah tahun lepas. Neh bertahun2 punya kisah. Dan ia wujud akibat kelemahan sistem pentadbiran dan undang2 di malaysia which is yang pegang kedua2 perkara tersebut sejak dulu lagi ialah bn dan umno. Kah kah kah. Apahal lak PR yang di blame kan secara tiba2 neh? Bangang punya zul!


5. Zul cakap gerakan neh juga menuntut agar persatuan agama diwujudkan di sekolah2 rendah dan menengah.


Aku rasa zul neh biol kot. Sejak aku sekolah dari kecik lagi persatuan budda, persatuan kristian, persatuan agama islam dah memang wujud di sekolah2. Haitt. anak dia tak pergi sekolah ka apa? Kalau sekolah agama tue memang lah takde persatuan2 macam neh. Tapi bagi aku yang bersekolah di sekolah majoriti cina persatuan2 neh dah mmg wujud. Dah lama dah. Dah berzaman. Hehehe..


6. Zul cakap ada ahli parlimen yang memperjuangkan tuntutan gerakan tersebut.

Bagus. Aku pun nak tahu sapa. Dedahkan lah nama ahli parlimen tue. Berani kerana benar takut kerana salah kan zul kan? Itulah yang dia selalu laung2kan di belog dia. Kah kah kah..


Ameno : Menakut2kan org islam + melayu = budaya umno. period!

amenoworld.blogspot

skandal scorpene: Gelombang Perancis bermula

LAPORAN kemas kini tiga kumpulan hak asasi Malaysia, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) menjangkakan tuntutan mahkamah berkenaan rasuah yang difailkan ke atas syarikat senjata api tentera laut Perancis DCNS akan didengari di mahkamah terbuka dan perbicaraan akan bermula pada Mei atau Jun ini.

Ini akan membuka jalan bagi rakyat Malaysia untuk akhirnya mendapatkan akses kepada butiran yang boleh dipersoalkan mengenai perjanjian kapal selam RM6.7bilion yang ditandatangani oleh Kementerian Pertahanan mereka pada tahun 2002, dan terus dirahsiakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

DCNS merupakan vendor kapal selam tersebut dan Najib telah dituduh memberi keuntungan kepada teman rapatnya, Razak Baginda dengan komisen 114 juta euro melalui perjanjian tersebut.

“Terdapat bukti kukuh mengenai rasuah dan antaranya adalah maklumat baru mengenai rasuah baru yang didedahkan semasa penyiasatan.

“Sebahagian daripada ini boleh menjadi sesuatu yang sensitif atau memalukan kepada kerajaan Malaysia tapi ini adalah sebahagian daripada proses untuk membantu pembayar cukai Malaysia mendapatkan semula wang mereka yang hilang melalui perjanjian korup,” kata Pengarah Urusetia Suaram, Cynthia Gibrael kepada Malaysia Chronicle.

Pada Disember 2009, Suaram memfail tuntutan awal terhadap DCNS di mahkamah Paris untuk ‘rasuah aktif dan pasif, pertukaran untuk pertolongan dan penyalahgunaan aset syarikat’ selepas gagal membuat sebarang kemajuan dengan kerajaan Malaysia, yang enggan memberikan sebarang butiran walaupun tidak henti-henti didesak oleh ahli-ahli pembangkang di Parlimen.

Perjanjian yang dipersetujui antara Najib yang merupakan Menteri Pertahanan ketika itu, dan DCNS melibatkan penjualan dua kapal selam Scorpene dan satu kapal selam Agosta kepada kerajaan Malaysia.

Di bawah konvensyen OECD 2000 di mana Perancis merupakan ahli, mana-mana individu rakyat Perancis ataupun syarikat Perancis yang didapati terlibat dalam perjanjian korup dengan kerajaan asing boleh dihukum 10 tahun penjara dan didenda 150,000 Euro.

Keputusan ini memberikan ruang terhadap permohonan Suaram untuk mencuba dan mendapatkan kembali wang pembayar cukai yang hilang melalui transaksi yang salah.

“Kami telah memohon agar hakim siasatan untuk mempengerusikan perbicaraan terbuka. Ini akan membuat perbicaraan itu lebih bebas dan kami pasti akan mendesaknya untuk mengarahkan lebih banyak penyiasatan dan siasatan yang lebih terperinci,” kata Cynthia dipetik.

Sememangnya, seorang hakim yang dilantik kerajaan Perancis mungkin kurang neutral memandangkan DCNS yang berpengaruh ini merupakan salah satu syarikat terbesar di Perancis.

Seks dan pembunuhan C4 Altantuya

Aspek sensasi dari perjanjian taruhan tinggi ini adalah pembunuhan rakyat Mongolia berusia 28 tahun, Altantuya Shaariibuu, seorang penterjemah dan perantara yang dipercayai bertindak sebagai orang tengah kepada Razak Baginda dan syarikat Perancis tersebut.

Dia dibunuh di Kuala Lumpur dengan bahan letupan C4 di hutan cerang di Shah Alam setelah dia dikatakan cuba mengganggu Razak untuk bahagiannya daripada komisen tersebut.

Dua daripada bekas pengawal Najib telah dijatuhi hukuman gantung bagi pembunuhan itu, tapi perbicaraan mahkamah mereka telah dikecam sebagai tidak adil.

Bekas-bekas polis itu mendakwa mereka dibayar RM100,000 untuk membunuh Altantuya, tetapi testimoni ini telah ditolak oleh hakim perbicaraan Malaysia, yang juga menangkis segala usaha oleh peguam pembela untuk bertanya tertuduh, siapa yang memerintahkan mereka untuk membunuh Altantuya.

Akhbar Perancis – La Liberation melaporkan bahawa si rupawan Altantuya, yang boleh bercakap empat bahasa termasuk Russia, memberitahu kedua-dua pembunuh itu bahawa dia mengandung dan telah merayu agar dirinya tidak diapa-apakan sebelum mereka menembaknya di kepala, mengikat C4 di tubuhnya dan kemudian meledakkan bahan letupan yang hanya tersedia untuk tentera di Malaysia.

Seorang penyiasat persendirian yang diupah oleh Razakmenyatakan bahawa Najib yang bertemu Altantuya di pameran berlian di Singapura, dan mereka mempunyai hubungan sebelum beliau ‘melepaskan’ Altantuya kepada Razak.

Tetapi Altantuya akan dipertonjolkan dalam perbicaraan Perancis itu, bahagian yang lebih besar dari perbicaraan itu akan berpusat kepada kapal selam dan kos transaksi antara DCNS dan kerajaan Malaysia.

Kos perjalanan Razak dan Altantuya 2.5 juta Euro

Kemungkinannya, di antara saksinya adalah bekas pengurus pentadbiran dan kewangan DCNS, Gerard-Philippe Menayas, yang telah disoal siasat oleh polis Perancis melibatkan kes serupa di Pakistan. Gerard telah mengaku mempunyai bukti untuk menyokong sogokan yang terlibat dalam perjanjian Malaysia tersebut.

Pada mulanya, Amaris, anak syarikat DCNS dan Thales, telah disyaki membayar komisen sebanyak 114 juta euro kepada sebuah syarikat Malaysia bernama Perimekar, yang diterajui oleh isteri Razak.

Namun, maklumat terkini menunjukkan bahawa bukan Armaris tetapi kerajaan Malaysia yang telah membayar 114 juta euro kepada Perimekar, untuk membolehkan syarikat Perancis itu memintas konvensyen OECD.

Perlu diambil perhatian bahawa ia bercanggah dengan penjelasan yang diberikan oleh Timbalan Menteri Pertahanan, Zainal Abidin Zin di Parlimen pada tahun 2006 di mana Zainal mengatakan bahawa kerajaan Malaysia yang telah membayar US$100 juta komisen bagi perjanjian untuk membeli tiga kapal selam tersebut.

Sementara itu, dua bukti baru yang telah ditemui, termasuk bayaran 30 juta euro oleh DCNS kepada salah satu syarikatnya sendiri dan bayaran 2.5 juta euro kepada perantara yang masih tak dikenali.

“Para penyiasat kami masih menyiasat perantara tersebut tetapi kami mendapati bahawa sebuah syarikat bernama Gifen telah ditubuhkan di Malta oleh seseorang bernama Jean-Marie Boivin untuk memudahkan pemindahan kewangan bagi tujuan membiayai perjalanan Baginda dan Altantuya,” tambah Gabriel.

* Rencana ini dipetik dan diterjemah dari Malaysia Chronicle

chegubard