Powered By Blogger

AKU DAH KATA DAH



Mahu RM300? Jangan undi di Manek Urai
27 Jun, 09 12:25pm
Tawaran RM300 kepada penduduk Manek Urai sahaja. Tidak usah pulang membuang undi pada pilihanraya kecil 14 Julai ini jika mahu ganjaran tersebut, lapor akhbar web PAS hari ini.

Memetik kenyataan Ketua Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latif Abdul Rahman, Harakahdaily melaporkan wang itu sebagai habuan untuk menggalakkan pemilih memulaukan proses pembuangan undi.

"Saya diberitahu agen-agen Umno bergerak mencari pengundi yang tinggal di luar cuba mempengaruhi pengundi terbabit supaya tidak pulang mengundi dengan membuat pelbagai tawaran," katanya.

"Antaranya menawarkan wang tunai sebanyak RM300 dengan syarat tidak pulang mengundi."

Menurut akhbar web itu lagi, Umno kini berhempas pulas merancang pelbagai strategi bagi memastikan kerusi DUN tersebut, kawasan kubu kuat PAS, terlepas ke tangannya.

PAS malam tadi mengumumkan seorang usahawan perniagaan ikan, yang juga bendahari parti itu kawasan Kuala Krai, Fauzi Abdullah sebagai calon dalam pilihanraya kecil yang bermula 6 Julai ini.

Pilihanraya itu dipanggil susulan kematian penyandangnya Ismail Yaacob pada 22 Mei lalu.

Wakil rakyat PAS ini menguasai kerusi tersebut selama lima penggal kecuali antara 2004 hingga 2008 apabila beliau tidak bertanding di situ.

BN akan mengumumkan calonnya, seawal-awalnya esok.

sumber: malaysiakini

MACAM YANG AKU KATA HARI TU...KHAIRY ADA,WANG JUGA TERSEDIA....BUAT SAUDARA2 DI SANA... ITU PELUANG KITA..AMBIL RM300 PAGI HARI MENGUNDI..JAM 1PTG..NAIK "FLIGHT" BALIK KELATE KASI UNDI ...HAHAHA,SENABNG KAN.DUIT DAPAT TU WAT TAMBANG JE LA..KALAU DAH TAIK RASUAH TU,DARI ATAS SAMPAI BAWAH SAMA JA..APA NAK KATA,LAGIPUN HAYAT DEPA CUMA TINGGAL SATU DUA.KASI JENTIK BIJIK MATAA..TERUS KOJOL SAMPAI BILAbILA..UMNO TERUS MARA,TIPU RAKYAT MALAYSIA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan