Powered By Blogger

EMEL DARI SAHABAT






SAYA MENERIMA KIRIMAN EMAIL DARI SAHABAT YANG SAMA-SAMA BERJUANG MEMENANGKAN YB MANIKUMAR DI N25 BUKIT SELAMBAU BERKENAAN PROGRAM BERSAMA WAKIL RAKYAT TERSEBUT DI KAWASAN BELIAU..BERIKUT MERUPAKAN CATATAN DARI BELIAU

Pada malam ini bertarikh 25.06.2009, bertempat di ( N25  Bukit Selambau ) Taman Lembah Permai Sg,Lalang, Sg, Petani, Kedah, kami telah mengadakan satu program Penyerahan wang bantuan untuk anak di taman ini iaitu adik Ain Nazuha Syahema Binti Mohamad yang akan melanjutkan pengajian ke UUM Sintok Kedah pada 28.06.2009. Yb S. Manikumar dijemput untuk bersama-sama ,bagi menjayakan dan melakukan serahan wang. Wang ini dikutip dari hasil inisiatif  ahli-ahli Cawangan Pas taman lembah permai, bertujuan semata-mata untuk membantu dan menambahkan sedikit peransang supaya anak-anak taman ini bersemangat untuk belajar. Yb S, Manikumar juga telah memberi sedikit ucapan dan kata-kata semangat terhadap adik Ain Nazuha Syahema Binti Mohamad. Yb juga berharap kami dapat meneruskan lagi usaha-usaha murni ini disamping berpolitik secara bersih dan memberi komitmen yang tinggi terhadap masyarakat, tidak mengira usia,kaum dan darjat.

sekian.

ALONG.TAMAN LEMBAH PERMAI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan