Powered By Blogger


Teknik Menangkap Hantu...Oleh Unit Ghost Hunter AMK...

- Perkara paling utama....Sistem Menang Pilihanraya (SISMEP) PKR
ia digunakan bagi mengenal pasti nama-nama yang didapati meragukan..
Contoh : suatu Rumah di sebuah taman mempunyai lebih 50 penghuni pelbagai bangsa
dan agama...juga tempat kelahiran yang berbeza....
- Menjejaki ke alamat berkenaan untuk mengenalpasti tuan rumah serta status sebenar
rumah...
Contoh : sesebuah rumah yang di jejaki mungkin tidak berpenghuni dan berkeadaan
usang.Patikan juga semasa proses berkenaan...hanya unit berkenaan serta MEDIA
yang dijemput sahaja yang bersama...dari pengalaman lalu...SB selalu menyelit
dan menyibuk disini(jaga-jaga ha)
- Setelah berjaya dikenal pasti,dapatkan kerjasama penghuni rumah untuk membuat
laporan polis supaya suatu siasatan dilakukan ke atas SPR atas perkara yang
tidak sepatutnya berlaku itu.TETAPI,jangan terkejut...Laporan yang dilakukan
langsung tidak disiasat serta si pengadu juga tidak dipanggil untuk memberi
keterangan serta disoal siasat.. .INI PENGALAMAN di N25 Bukit Selambau...
- Kemudian,Proses menghantar MEMORANDUM kepada SPR..... Juga perlu berhati-hati
kerana kita mendapat sokongan RAMAI dari PIHAK BERTOPI MERAH yang berhimpun
lebih ramai dari kita yang menghantar memorandum...Dikatakan tujuan mereka
berhimpun sebagai menunukkan sokongan kepada kita....Kami juga diiringi oleh
sebuah trak FRU dalam perjalanan ke tempat perhimpunan bagi penghantaran
memorandum tersebut...
- Akhir sekali....kumpulkan seramai mungkin anak muda untuk memastikan hantu hantu
tidak muncl di siang hari...Sekiranya perlu sediakan juga KEMENYAN serta Air
Yasin.....hahaha

1 ulasan: