Powered By Blogger

HITAM UNTUK DEMOKRASI

BERSIH: Berpakaian Hitam 7 Mei Tanda Protes Rakyat Terhadap Rampasan Kuasa Najib Di Perak

05.05.09 6:50 pm Oleh: Annuar Ismail
[TV Antara] Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) mengajak seluruh rakyat Malaysia berpakaian serba hitam pada 7 Mei sebagai tanda berkabung bagi memprotes rampasan kuasa yang didalangi Umno dan Barisan Nasional di Perak.

Dalam satu kenyataan akhbar yang disiarkan hari ini gabungan itu berkata protes tersebut akan menjadi simbol kuat tetapi aman kepada keingkaran sivil di mana rakyat sebenarnya adalah ketua ahli politik. Keengkaran ini bakal dimanifestasikan dalam pilihan raya umum yang akan datang kata Bersih.

"Marilah kita tunjukkan kepada dunia bahawa rakyat Malaysia akan berdiri menentang sebarang pencerobohan terhadap demokrasi, kebebasan dan keamanan oleh segelintir ahli politik. Kita tidak merestui sebarang perampasan kuasa seperti yang berlaku di Perak, atau di mana sahaja di Malaysia.

"Kita tidak akan membenarkan sesiapa juga merampas hak demokrasi, kebebasan dan keamanan. Najib mungkin akan mencolek institusi yang tidak dipilih di dalam keadaan demokrasi sebenar seperti dalam penghakiman, khidmat sivil, polis dan Suruhanjaya Pilihan Raya, tetapi bel

Tiada ulasan:

Catat Ulasan