Powered By Blogger

Jawatankuasa Biro Pilihanraya

Berikut merupakan senarai jawatankuasa BPR AMK MALAYSIA

Pengarah : Fariz Musa

Timb.Pengarah : YB Amiruddin

Setiausaha : Habib Ahmad Muhaiyuddin
Habib Danial

Pen/ Setiausaha : Zaleha Binti Ramli

Bendahari : Mohd Ridhan Syaukani Azizan

Bilik gerakan : Mazli Bin Saring
: Muzafeq Bin Muhammad

Sismep : Hasmuzir

Skuad : Mohammad Hamdi Mohd Said
: Din
: Wan Khairul Fadzill
Risalah
/ Propaganda : Rozan Azen

Pengundi Muda : Khairul Fauzi Bin Muhammud
: Norazua

Penerangan/
Ceramah : Azmizam Zaman huri

Risikan : Najmi

Logistik : Faizal
: Eric

Wanita Muda : Maisarah Ismail

IT : Azlan Bin Sharif

PACA : Zulfikar

Ni idea bijak

Azhar pertahan kenyataan

PULAU PINANG 23 April - Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim mempertahankan kenyataannya sebelum ini yang bersetuju Ketua UMNO bahagian perlu terlibat dalam proses meluluskan permohonan lesen kontraktor kelas F.

Katanya, penglibatan itu bertujuan membolehkan mereka mengetahui pihak yang bakal melaksanakan sesuatu projek di kawasan masing-masing.

Azhar (BN-Penaga) menegaskan, beliau tidak mempunyai niat untuk menyusahkan sesiapa, malah pihaknya juga tidak mengamalkan rasuah seperti didakwa wakil rakyat pakatan pembangkang.

''Ketua UMNO bahagian juga perlu terlibat memeriksa kontraktor Kelas F ini sama ada mereka betul-betul mampu melaksanakan projek kerana kita tidak mahu projek yang diberi akan 'dialibabakan'," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika mencelah semasa sesi penggulungan oleh Exco Perancangan Bandar dan Desa dan Perumahan negeri, Wong Hon Wai pada Persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

**********************************************************
HA,TU DIA,BIJAK NAK MAMPUIH IDEA NATANG NI...KETUA UMNO BAHAGIAN NAK DIBERI PELUANG DALAM PROSES MELULUSKAN PERMOHONAN LESEN KONTRAKTOR KELAS F...AWAT AMNO JE,MCA NYE KETUA,MIC NYER KETUA,PPP NYER KETUA NAK CAMPAK MANA..
INI TIDAK ADIL....HAHAHA,
LAGI SATU BIJAKNYER DIER,KALO KAT PENANG DEPA NAK MCM NI,
KAT NEGERI LAIN PUN KENA WAT MACAM TU GAK LA..KAT PAHANG-Ketua PKR Bhgn Pekan pun nak,KAT JOHOR Pesuruhjaya Pas kawasan

Rakyat xpilih pon leh jadi wakil Rakyat

Cadang calon kedua undi terbanyak jadi adun

PASIR PUTEH 23 April - Parti komponen Barisan Nasional (BN), Parti Progresif Rakyat (PPP) mencadangkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melantik calon kedua mendapat undi terbanyak dalam pilihan raya sebagai wakil rakyat sekiranya Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) atau Anggota Parlimen yang menang di kawasan itu meletak jawatan.

Pengerusi PPP Kelantan, Datuk Nik Sapeia Nik Yusoff berkata, cara demikian dapat mengurangkan kerenah wakil rakyat yang meletak jawatan sewenang-wenangnya di samping mengelak pembaziran wang rakyat.

''Kalau setiap kali letak jawatan kena ada pilihan raya, bermakna kerajaan terpaksa mengeluarkan wang rakyat dan ini membazir,'' katanya kepada Bernama ketika mengulas peletakan jawatan bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin sebagai ADUN Penanti minggu lepas.Nik Sapeia berkata, sepatutnya ADUN dan Anggota Parlimen memberi tumpuan dalam membantu rakyat di kawasan yang dimenangi, bukannya menimbulkan masalah kepada penduduk di kawasan terbabit.

''Sekiranya itulah cara menyelesaikan masalah, dengan meletak jawatan, bukan sahaja wang rakyat dibazirkan tetapi juga tenaga dan masa,'' katanya.

Beliau berkata, tindakan meletak jawatan itu tidak memperlihatkan pemimpin yang dipilih oleh rakyat memperjuangkan kehendak rakyat tetapi lebih kepada mementingkan sentimen politik.

Justeru, adalah lebih baik peluang itu atau kerusi yang disandang oleh individu berkenaan diserahkan kepada mereka yang pernah bertanding dan mendapat undi kedua terbanyak tanpa mengira parti politik yang diwakilinya.

Nik Sapeia bagaimanapun bersetuju agar SPR mengadakan pilihan raya semula sekiranya seseorang wakil rakyat itu meninggal dunia.

Katanya, kerajaan perlu mengkaji semula peraturan letak jawatan seseorang wakil rakyat yang dilakukan dengan sewenang-wenangnya. - BERNAMA
**********************************************************

HA,NI YANG AKU NAK CAKAP BODOH KE BENGAP NI...
KALO DAH YANG BERTANDING 2 ORG....YANG KE-2
DAH TENTU XDAK ORANG LAIN KAN...KARUT SEMUA TU..
BILA LAWAN DUA ORANG,MAKNANYA SATU MENANG,SATU
KALAH,XKAN KO NAK PILIH ORG KALAH JADI ADUN KOT..
MEMANG HAPRAK KEPALA SAPA YANG WAT IDEA NI... KALO
TANYA BUDAK DARJAH 1 PUN TAU,NAMA PUN KALAH..RAKYAT PON XMAU DIA..
SO SINDRI MAU INGAT LA KAN...HA HAH HAHA HAHAH HAHAHA

Rekrut Skuad AMK

Kepada anak muda yang sukakan tugas mencabar, bersemangat kental,yakin diri....Anda dijemput untuk menyertai Skuad AMK negeri Kedah.Kami memerlukan seramai mungkin tenaga muda seperti anda semua...
Anda boleh berhubung dengan saya di talian 0142636511 atau emel ke tkseroja@yahoo.com.
Tapi ingat,kami memerlukan hanya yang berani,bersemangat serta rajin....paling penting,perjuangan bukan kerana kepentingan dan juga bukan untuk keuntungan...

LAWAN TETAP LAWAN
ANGAH..
KETUA SKUAD AMK KEDAH

PETIKAN DARI UTUSAN MELOYA.

Penanti: pastikan BN bertanding

KUALA LUMPUR 20 April - Barisan Nasional (BN) perlu bertanding pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti bagi memberi pilihan kepada penduduk di kawasan itu meluahkan perasaan terhadap tindakan wakil rakyat mereka meletak jawatan tanpa memikirkan perasaan para pengundinya.

Ahli Veteran UMNO, Datuk Dr. Kamaruddin Kachar berkata, BN juga tidak boleh dilihat sebagai kalah sebelum bertanding kerana ia akan melemahkan lagi semangat ahli-ahlinya.

"Jangan ingat BN pasti kalah di Penanti, masih ada peluang untuk menang kalau BN dapat membetulkan strategi berkempen," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kemungkinan BN tidak bertanding di Penanti kerana ada pihak berpendapat sebagai sesuatu yang membazirkan wang rakyat.

Pilihan Raya Kecil Penanti terpaksa diadakan berikutan ADUN kawasan itu, Mohammad Fairus Khairuddin meletakkan jawatan atas alasan ingin menyambung pelajaran.

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kalah atau menang dalam pilihan raya bukanlah agenda utama.

Sebaliknya, kata beliau, pilihan raya berfungsi sebagai platform untuk memberi peluang kepada rakyat menilai serta mengukur keupayaan parti-parti politik yang bertanding.

''Begitu juga dengan BN. Kita datang bertandang dan memberi saingan kepada parti-parti pembangkang terutama di beberapa kawasan yang secara tradisinya diterajui pakatan pembangkang.

''Rakyat akan menilai keupayaan BN sama ada kalah atau menang,'' katanya....

-------------------------------------------------------------------Apa citernyer ni...Bos nyer ckp xmo lawan...
anak2 buah berani bantah niiii...kalo PR,mesti tajuk besar PAKATAN XDAK SEFAHAMAN...KAN..KAN.KAN...

sebenarnya,ada 2 benda aku dpt dr artikel ni...
1- Dun Penanti diakui kubu kuat kiter...tp jgn over confident...nanti kena perangkap jer..
2-sume ni mainan politik jer(mcm ayat najib ari tu...hahaha) aku yakin BN akan hantar calon atau wakil utk bertanding...xmustahil...20 orang calon BEBAS lak kan...tul tak????

KERJA~KERJA~KERJA

emmmm,Secara rasminyer aku dah dilantik sebagai s/usaha BPR AMK...so,semalam aku bincang dgn pengarah aku,Cikgu Fariz n aku dah mula start keje aku to prepare minit meeting 1st last sunday....lagi 1,aku kene prepare surat perlantikan to all BIRO yg dilantik...
So,aku akan lebih sibuk dan kini lebih bersemangat dlm usaha menjatuhkan regim BN yg korup..tetiba je kepala aku terus terfikir sesuatu.....

JAWATAN,
MACAM SYAITAN,
MENGHASUT DIRI UNTUK LUPA DARATAN,

JAWATAN,
DIKEJAR KERANA KEPENTINGAN,
BIAR DIRI TAK BERKESEMPATAN,
TUNAIKAN SUATU KEWAJIPAN,

JAWATAN,
KONON KAU LAH ANAK JANTAN,
BILA PUNYA KEDUDUKAN,
KAU TERUS LUPAKAN,
SAHABAT SERTA RAKAN,
YANG BANYAK BERI SOKONGAN,

JAWATAN,
BAGI AKU DITERIMA UMPAMA BEBAN,
DITOLAK SATU KERUGIAN,
KERANA,SEMUANYA,
DEMI SATU PERJUANGAN,
DARI DULU AKU LAUNGKAN,
LAWAN TETAP LAWAN,
LAWAN DEMI MASA DEPAN..

SALAM PERJUANGAN,
SALAM PEJUANG SEPANJANG ZAMAN,
YANG BENAR KITA BERI SOKONGAN,
YANG TERPESONG KITA BERI TENTANGAN...

UTAMA DALAM INGATAN,
BIAR BERJAWATAN,BIAR PEJUANG JALANAN..
MATLAMAT KITA MENCARI KEBENARAN.

ANGAH...9.27am...21/04/09..

BPR AMK

Tgk tajuk cam gempak jer kan....
AMK ada unit BPR sendiri..badan pencegah rasuah ker..
ha.....tu yg best tu...BPR bagi AMK ni merupakan Biro PilihanRaya AMK yang telah selesai bermesyuarat semalam dan perlantikan Ajk telah diputuskan..Insyaalah dlm 2 atau 3 hari lagi ...kiter leh kenali AJK bg BPR AMK tu....buat semua yg dilantik,selamat menjalankan tugas dengan kuat n jayakan BPR.....ADIOS..

Intro for HUNTER

emmm....aku dah lama pikiaq pasal benda ni...

mula-mula aku ingat malas nak buat ga