Powered By Blogger

PETIKAN DARI UTUSAN MELOYA.

Penanti: pastikan BN bertanding

KUALA LUMPUR 20 April - Barisan Nasional (BN) perlu bertanding pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti bagi memberi pilihan kepada penduduk di kawasan itu meluahkan perasaan terhadap tindakan wakil rakyat mereka meletak jawatan tanpa memikirkan perasaan para pengundinya.

Ahli Veteran UMNO, Datuk Dr. Kamaruddin Kachar berkata, BN juga tidak boleh dilihat sebagai kalah sebelum bertanding kerana ia akan melemahkan lagi semangat ahli-ahlinya.

"Jangan ingat BN pasti kalah di Penanti, masih ada peluang untuk menang kalau BN dapat membetulkan strategi berkempen," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kemungkinan BN tidak bertanding di Penanti kerana ada pihak berpendapat sebagai sesuatu yang membazirkan wang rakyat.

Pilihan Raya Kecil Penanti terpaksa diadakan berikutan ADUN kawasan itu, Mohammad Fairus Khairuddin meletakkan jawatan atas alasan ingin menyambung pelajaran.

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kalah atau menang dalam pilihan raya bukanlah agenda utama.

Sebaliknya, kata beliau, pilihan raya berfungsi sebagai platform untuk memberi peluang kepada rakyat menilai serta mengukur keupayaan parti-parti politik yang bertanding.

''Begitu juga dengan BN. Kita datang bertandang dan memberi saingan kepada parti-parti pembangkang terutama di beberapa kawasan yang secara tradisinya diterajui pakatan pembangkang.

''Rakyat akan menilai keupayaan BN sama ada kalah atau menang,'' katanya....

-------------------------------------------------------------------Apa citernyer ni...Bos nyer ckp xmo lawan...
anak2 buah berani bantah niiii...kalo PR,mesti tajuk besar PAKATAN XDAK SEFAHAMAN...KAN..KAN.KAN...

sebenarnya,ada 2 benda aku dpt dr artikel ni...
1- Dun Penanti diakui kubu kuat kiter...tp jgn over confident...nanti kena perangkap jer..
2-sume ni mainan politik jer(mcm ayat najib ari tu...hahaha) aku yakin BN akan hantar calon atau wakil utk bertanding...xmustahil...20 orang calon BEBAS lak kan...tul tak????

Tiada ulasan:

Catat Ulasan