Powered By Blogger

Rakyat xpilih pon leh jadi wakil Rakyat

Cadang calon kedua undi terbanyak jadi adun

PASIR PUTEH 23 April - Parti komponen Barisan Nasional (BN), Parti Progresif Rakyat (PPP) mencadangkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melantik calon kedua mendapat undi terbanyak dalam pilihan raya sebagai wakil rakyat sekiranya Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) atau Anggota Parlimen yang menang di kawasan itu meletak jawatan.

Pengerusi PPP Kelantan, Datuk Nik Sapeia Nik Yusoff berkata, cara demikian dapat mengurangkan kerenah wakil rakyat yang meletak jawatan sewenang-wenangnya di samping mengelak pembaziran wang rakyat.

''Kalau setiap kali letak jawatan kena ada pilihan raya, bermakna kerajaan terpaksa mengeluarkan wang rakyat dan ini membazir,'' katanya kepada Bernama ketika mengulas peletakan jawatan bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin sebagai ADUN Penanti minggu lepas.Nik Sapeia berkata, sepatutnya ADUN dan Anggota Parlimen memberi tumpuan dalam membantu rakyat di kawasan yang dimenangi, bukannya menimbulkan masalah kepada penduduk di kawasan terbabit.

''Sekiranya itulah cara menyelesaikan masalah, dengan meletak jawatan, bukan sahaja wang rakyat dibazirkan tetapi juga tenaga dan masa,'' katanya.

Beliau berkata, tindakan meletak jawatan itu tidak memperlihatkan pemimpin yang dipilih oleh rakyat memperjuangkan kehendak rakyat tetapi lebih kepada mementingkan sentimen politik.

Justeru, adalah lebih baik peluang itu atau kerusi yang disandang oleh individu berkenaan diserahkan kepada mereka yang pernah bertanding dan mendapat undi kedua terbanyak tanpa mengira parti politik yang diwakilinya.

Nik Sapeia bagaimanapun bersetuju agar SPR mengadakan pilihan raya semula sekiranya seseorang wakil rakyat itu meninggal dunia.

Katanya, kerajaan perlu mengkaji semula peraturan letak jawatan seseorang wakil rakyat yang dilakukan dengan sewenang-wenangnya. - BERNAMA
**********************************************************

HA,NI YANG AKU NAK CAKAP BODOH KE BENGAP NI...
KALO DAH YANG BERTANDING 2 ORG....YANG KE-2
DAH TENTU XDAK ORANG LAIN KAN...KARUT SEMUA TU..
BILA LAWAN DUA ORANG,MAKNANYA SATU MENANG,SATU
KALAH,XKAN KO NAK PILIH ORG KALAH JADI ADUN KOT..
MEMANG HAPRAK KEPALA SAPA YANG WAT IDEA NI... KALO
TANYA BUDAK DARJAH 1 PUN TAU,NAMA PUN KALAH..RAKYAT PON XMAU DIA..
SO SINDRI MAU INGAT LA KAN...HA HAH HAHA HAHAH HAHAHA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan