Powered By Blogger

Ni idea bijak

Azhar pertahan kenyataan

PULAU PINANG 23 April - Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim mempertahankan kenyataannya sebelum ini yang bersetuju Ketua UMNO bahagian perlu terlibat dalam proses meluluskan permohonan lesen kontraktor kelas F.

Katanya, penglibatan itu bertujuan membolehkan mereka mengetahui pihak yang bakal melaksanakan sesuatu projek di kawasan masing-masing.

Azhar (BN-Penaga) menegaskan, beliau tidak mempunyai niat untuk menyusahkan sesiapa, malah pihaknya juga tidak mengamalkan rasuah seperti didakwa wakil rakyat pakatan pembangkang.

''Ketua UMNO bahagian juga perlu terlibat memeriksa kontraktor Kelas F ini sama ada mereka betul-betul mampu melaksanakan projek kerana kita tidak mahu projek yang diberi akan 'dialibabakan'," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika mencelah semasa sesi penggulungan oleh Exco Perancangan Bandar dan Desa dan Perumahan negeri, Wong Hon Wai pada Persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

**********************************************************
HA,TU DIA,BIJAK NAK MAMPUIH IDEA NATANG NI...KETUA UMNO BAHAGIAN NAK DIBERI PELUANG DALAM PROSES MELULUSKAN PERMOHONAN LESEN KONTRAKTOR KELAS F...AWAT AMNO JE,MCA NYE KETUA,MIC NYER KETUA,PPP NYER KETUA NAK CAMPAK MANA..
INI TIDAK ADIL....HAHAHA,
LAGI SATU BIJAKNYER DIER,KALO KAT PENANG DEPA NAK MCM NI,
KAT NEGERI LAIN PUN KENA WAT MACAM TU GAK LA..KAT PAHANG-Ketua PKR Bhgn Pekan pun nak,KAT JOHOR Pesuruhjaya Pas kawasan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan