Powered By Blogger

LEMBU PUNYA KEPALA,,PEMUDA UMNO SUDAH KENA


Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini ini menetapkan perbicaraan kes berhubung insiden perarakan kepala lembu dalam satu protes di sekretariat negeri (SUK) Selangor Ogos lalu, didengar pada 12 April depan.

Hakim Hasdi Hasan menetapkan perbicaraan itu berjalan selama lima hari - sehingga 16 April depan - di hadapan Hakim M Gunalan.

Sebelum itu, Ahmad Mahayuddin Abdul Manaf, 36, Ibrahim Sabri, 43, Eyzva Ezhar Ramly, 31, Mohd Azmir Mohd Zain, 35, Ahmad Suhairy Zakaria, 30, dan Mohd Hilmi Ni, 40, mengaku tidak bersalah semasa kes itu disebut di hadapan Hakim Hasbi.

Ibrahim dan Ahmad Mahayuddin didakwa memijak kepala lembu; Ayzva didakwa membawa kepala lembu; manakala Mohd Amir, Ahmad Suhairy dan Mohd Hilmi, didakwa membawa dan memijak kepala lembu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mereka juga mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan pilihan iaitu dengan sengaja berniat hendak melukakan perasaan penganut beragama Hindu dengan melakukan kesalahan terbabit di tempat dan pada masa yang sama mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda atau kedua-duanya..

Ahmad Mahayuddin dan Ibrahim masing-masing merupakan pengerusi dan pengerusi dan timbalan pengerusi jawatankuasa bertindak penduduk Seksyen 23.

Apabila kes itu disebut di mahkamah hari ini, kesemua 12 orang didakwa bersabit kes berkenaan, tidak mengaku salah dan minta dibicarakan.

Mereka juga didakwa bersama enam orang lagi kerana menyertai perhimpunan haram, mengikut Seksyen 27(5)(a) Akta Polis 1967.

Mereka ialah Jainudin @ Zainudin Md Yusuff, 67; Mohd Jurit Ramli, 39; Mohammad Nordin Zakaria, 63; Jamil Mohamad Isa, 40; Rahimuddin Md Harun, 39, dan Azhari Shaari, 39.

Mereka berdepan dengan hukuman denda maksimum RM10,000 dan penjara sehingga setahun, jika sabit kesalahan.

Hakim Hasbi menetapkan kes itu dibicarakan bersama-sama dengan kes pijak kepala lembu itu.

Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Datuk Razali Che Ani dan Harris Ong Mohd Jeffery Ong manakala semua tertuduh diwakili peguam Hashim Ibrahim.

Sumber: Malaysiakini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan