Powered By Blogger

Salam Perpaduan

Perpaduan,
katanya membawa harapan,
untuk melayu dan masa depan,
mencipta gemilang zaman-berzaman.

Perpaduan,
dihebohkan supaya menjadi harapan,
umpama dahan tempat bertahan,
dari terhempas jatuh ke daratan,
dihempas gelombang,bak berada di lautan,

Perpaduan,
adakah ada sinar harapan,
buat rakyat yang mahukan perubahan,
dari kejamnya sebuah kerajaan,
dari rakyat dikautnya keuntungan.

wahai para pimpinan,
Bukan kami benci perpaduan,
bukan kami mahu kehancuran,

Kami rakyatmu perlukan jaminan,
permulaan baik sebuah kehidupan,
perjalanan juga tak sesat haluan,
akhirnya juga mencipta sinar kebahagiaan

Wahai rakan-rakan,wahai pejuang pakatan,
lupakan kisah perpaduan
perpaduan dirancang demi sebuah kepentingan,
bukan rakyat diberikan perhatian,

Pas,Dap,Keadilan,
kukuhkan perjuangan pakatan,
peneraju masa hadapan,
kita kini sebuah harapan,
dari rakyat yang mahukan perubahan,
bukan janji palsu kelompok gerombolan,
kitalah penggerak perjuangan,
jangan gentar,jangan termakan pujukan,
kerana kita semua,bakal memberi sinaran,
kebahagian rakyat segenap lapisan,
Melayu,cina,india,iban juga Kadazan,

Salam keadilan,salam perjuangan

ANGAH, 12.03am

Tiada ulasan:

Catat Ulasan