Powered By Blogger

PAKATAN RAKYAT

Muafakat PR Pulau Pinang: PKR mahu bertemu Lim Guan Eng
03.07.09 4:22 pm Oleh: Annuar Ismail
Memetik daripada portal berita Malaysiakini pada 2 Julai 2009.
Sikap yang mahu mencontohi Saidina Umar Abdul Aziz sebenar tidak berlaku dalam amalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Umar adalah Khalifah yang begitu memegang prinsip sebagai seorang yang bersabar, memaafi, mengambil berat, jujur, hormati-menghormati, mengikut hukum, adil dan kesama-rataan.
Bagaimanapun keadaaan tersebut tidak berlaku sebagaimana yang mahu digambarkan oleh Lim sebaik sahaja menerima mandat memerintah negeri itu.
Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah memutuskan untuk mempertahankan tindakan Ketua Whip PKR dalam Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Johari Kassim berhubung isu perlantikan Yang Di-Pertua MPSP, Mokhtar Mohd Jait.
Johari bersama Che Mat Hashim, Amir Ghazali, Mahamad Hashim, Rynu Shanmugam, Goh Choon Aik, Mohd Kamil Abu Bakar dan Zaini Awang bertindak tidak menghadiri majlis angkat sumpah berkenaan.
Tindakan tersebut dilakukan kerana wujud persefahaman yang pernah dibuat antara PKR dan DAP yang memperuntukan perlantikan politik hendaklah dibuat untuk jawatan YDP bagi kedua-dua kerajaan tempatan tersebut.
Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) kepada DAP, manakala Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) kepada PKR.
Beliau menjelaskan tindakan Johari sebenarnya dibuat atas kapasiti beliau selaku ketua whip PKR dan membawa keputusan parti terhadap isu perlantikan tersebut.
Tindakan Johari adalah bersifat politik, bukan bersifat pribadi dan beliau juga bukan ingkar terhadap keputusan 'administartif'.
Sehubungan itu, PKR bersama ADUN-ADUN dan ahli-ahli parlimennya tetap merendah diri untuk bertemu Lim bagi menyelesaikan beberapa perkara mustahak.
Timbalan Ketua Menteri I, Mansor Othman sedang berusaha untuk mengadakan pertemuan tersebut selain berusaha untuk mengukuhkan kerjasama Pakatan Rakyat di Pulau Pinang.
Menurut Zahrain, kepimpinan PKR di negeri mahupun pusat turut kecewa dengan keputusan Lim memecat Johari tanpa berunding dengan parti.
Kenyataan Lim berhubung dengan pemecatan Johari yang kononnya mendapat keputusan sebulat suara dalam mesyuarat exco kerajaan negeri Pulau Pinan adalah tidak benar, kerana Timbalan Ketua Menteri I Dr. Mansor Osman, bersama exco Abdul Malik dan Law Choo Kiang turut membantah pemecatan tersebut.
Johari dipecat mengikut Seksyen 10(4) Akta Kerajaan Temapatan 1976 yang tidak membenarkan rayuan dibuat.
Zahrain juga kesal dengan sikap Lim yang tidak mengendahkan kerjasama dalam bentuk kepentingan politik pakatan rakyat.
Menurut portal web berkenaan dalam masa yang sama, Ketua Angkatan Muda PKR Negeri, Yusmadi Yusoff turut menyelar Lim kerana semangat sokongan, kerjasama dan kesepakatan tidak lagi digunakan dalam gabungan pakatan ini semasa memecat Johari.
"Pakatan bermaksud muafakat" kata beliau menambah bahawa Lim sudah membelakangi semangat tersebut.
"Kerajaan negeri seharusnya menghargai dan menerima kewujudan kepelbagaian dan perbezaan pendapat untuk mencapai kerjasama" jelas Yusmadi, Ahli Parlimen Balik Pulau.
Tambah beliau Lim dan DAP seharusnya menyedari bahawa Pakatan mengusai negeri ini tahun lalu adalah disebabkan kekuatan rakyatnya dan kesedaran politik yang berlaku.
"Lim sepatutnya menunjukan kekuatan kerajaan yang sepakat atau 'permuafakatan'. Pemecatan Johari tidak harus berlaku dan bertentangan dengan prinsip kepimpinan Khalifah Umar," tambah beliau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan