Powered By Blogger

Pemuda Pakatan Serah Deklarasi Mohon Campur Tangan SUHAKAM



Dewan Pemuda Pas Pusat bersama Pemuda Pakatan menyerahkan satu deklarasi kepada SUHAKAM bagi meminta campur tangan suruhanjaya berkenaan mendesak kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat punca kematian Teoh Beng hock.

Ketuanya Nasrudin Hassan Tantawi berkata, SUHAKAM telah menyatakan persetujuan untuk membawa deklarasi berkenaan dalam mesyuarat yang akan diadakan bersama 17 persuruhjayanya.

"Kami menghantar satu lagi memorandum kepada SUHAKAM untuk memohon campur tangan SUHAKAM agar mendesak kerajaan meluaskan bidang tugas, fungsi dan peranan Suruhanjaya Diraja ini yang hanya terhad kepada kaedah siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia," katanya.

DPPP turut menyelar tindakan Polis ketika menyuraikan perhimpunan yang diadakan di hadapan Pejabat Kedutaan Thailand 17 Julai lalu.

"Kami membantah keras terhadap tindakan Polis yang telah menyuraikan satu himpunan aman di hadapan Keduataan Thailand dengan menggunakan kekerasan sehingga mencederakan sebahagian anggorta himpunan tersebut. Menangainya dengan cara yang tidak bijak sekaligus tidak menunjukan sistem demokrasi negara kita tidak berjalan dengan baik dan aman," katanya.

Sementara itu beliau berkata, DPPP akan mengerahkan sekurang-kurangnya 30000 pemudanya untuk menyertai Himpunan Mansuhkan ISA yang akan diadakan pada 1Ogos ini dengan kerjasama Parti Keadilan Rakyat, DAp dan 83 NGO.

Sumber: tvantara.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan