Powered By Blogger

Laporan Utusan tidak bertanggungjawab - tvselangor.com

Utusan Malaysia membuat dakwaan bahawa Timbalan Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Cabang Sik keluar parti bersama 200 orang ahli.

Utusan juga mendakwa tindakan Mohd Soffian Ahmad dan 200 orang itu telah menyebabkan sayap pemuda PKR Sik terbubar sama-sekali.

Ketua AMK Kedah Saiful Izham Ramli bagaimanapun menafikan laporan itu sebagai tidak benar dan tidak bertanggungjawab.

"Ini adalah antara tindakan terdesak yang dilakukan oleh Umno untuk melemahkan Parti. Padahal benda itu tidak berlaku," katanya.

Menurut Saiful, yang dikatakan mengetuai kumpulan itu sebenarnya telahpun keluar parti pada pilihanraya kecil Selambau Februari tahun lalu.

Adalah dipercayai Timbalan Ketua AMK SIK adalah Habib Ahmad Muhaiyuddin, yang juga Ketua Skuad AMK Negeri Kedah.

TV Selangor cuba menghubungi kepimpinan AMK SIK khususnya Habib Ahmad Muhaiyuddin namun gagal dihubungi.


tvselangor.com klik sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan