Powered By Blogger

AZIZ BARI BERKATA-KATA LAGI......




Saya menyinggung politik dalam Pas kerana saya melihat parti ini penting dalam Pakatan Rakyat. Dan Pakatan pula penting dalam politik baru Malaysia. Seterusnya politik baru ini kritikal dalam membina sistem dua parti yang akan menentukan sama ada perlembagaan kita dapat diperkasakan atau terus dimanipulasi untuk kepentingan politik sebagaimana yang kita saksikan selama ini.

Sesiapa yang menafikan bahawa perlembagaan telah dikembirikan selama 52 tahun ini adalah jahil dan menipu dirinya sendiri. Selain tindakan UMNO, istana dan mahkamah dalam krisis politik di Perak apa yang dilakukan sejak merdeka juga sebenarnya telah menghambat perkembangan kemerdekaan. Jika ada yang tidak percaya silalah teliti laporan Suruhanjaya Reid dan draf yang mereka sediakan dan bandingkan dengan dokumen perlembagaan yang ada hari ini. Kaji juga keputusan-keputusan mahkamah sejak merdeka.

Memang Pakatan belum tentu tidak jadi macam Barisan Nasional. Tapi saya fikir kita perlu realistik dan beri mereka peluang. Jika mereka gagal kita akan letakkan kembali Barisan di tempatnya sekarang. Dalam sistem demokrasi yang kita amalkan ini sahaja cara yang kita boleh lakukan.

Inilah gambar besar yang kita harus perhatikan. Bukan soal remeh temeh yang para pencacai politik cuba paparkan dalam blog-blog mereka. Apakah Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sudah nyanyuk dan menyusukan kera di hutan tidak relevan. Begitu juga dengan mereka yang cuba menonjolkan betapa Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi mangsa dan perlunya orang baik ini dipertahankan.

Rakyat yang sedar kepentingan negara tidak bicara soal individu. Kita bicara soal arah dan masa depan negara. Tentang perlunya sistem negara ini diperbetulkan. Proses ini sudah pasti panjang dan berliku. Apa yang berlaku dalam Pas adalah salah satu daripada mata rantainya. Proses sama sudah bermula dalam PKR. Ini baik. Tak perlulah kita bertengkar tentang namanya. Kalau nak kata krisis pun katalah. Yang penting ia ubat yang akan menyembuhkan penyakit-penyakit yang ada.

UMNO baru sahaja mendapat suntikan baru dan ia pastinya tak senang dengan perkembangan itu. UMNO mahu Pas terus kekal dengan bisul yang sekarang cuba diubati oleh Nik Aziz. Sebab itu media miliknya ramai-ramai mengatakan bahawa krisis Pas dan PKR itu adalah tanda bahawa musuh ketat mereka sudah mula buang tabiat. Sebagaimana orang Pas dan PKR mengejek pergelutan dalam UMNO. Sebagai rakyat yang prihatin kepada hidup mati negara kita tidak harus terjebak dengan gelagat dan permainan ahli-ahli politik seperti mereka. Kita perlu fokus kepada gambar besar tadi. Kita perlu lupakan soal-soal yang tidak wujud dan remeh seperti kedudukan dan perpaduan Melayu, Islam dan macam-macam lagi. Lagipun sejak bila yang UMNO prihatin sangat dengan Melayu dan Islam ini?

Gambar besar yang dikatakan tadi merujuk kepada imej Pas dan ini berkait dengan persepsi rakyat kepada parti itu. Dalam senario dan landskap yang ada sekarang Pas cuma boleh mendapat sekitar 40 peratus undi Melayu. Ini bermakna ia perlu mengekalkan sokongan bukan Melayu jika hendak mengekalkan kedudukannya sekarang. Ini bukan soal menjual maruah Melayu dan Islam. Sebaliknya ia adalah cabaran kepada Pas bagaimana hendak menjelaskan konsep-konsep negara kebajikan dan Pas untuk semua yang telah dimulakannya. Abdul Hadi gagal di sini. Atau memang tidak mampu. Dalam keadaan sebegitu dia dan kawan-kawannya sembunyi-sembunyi berkira dengan UMNO.

Kita tak peduli apa namanya. Kita juga tak peduli sama ada mereka masih lagi meneruskannya atau tidak. Yang jelas aktiviti itu telah membolehkan UMNO memberikan ciuman maut buat Pas dan sekarang virusnya merebak dalam parti. Ia menyebabkan syak wasangka dan menimbulkan kemarahan bukan Melayu. Abdul Hadi dan kumpulannya perlu ingat bahawa UMNO mahu memujuk bukan Melayu dan sekiranya Pas boleh digambarkan berada bersamanya itu sudah cukup baik. Dalam keadaan itu hanya tinggal DAP dan PKR sahaja yang perlu ditangani.

Imej Pas sudah tercalar dan Nik Aziz sebagai seorang pemain yang licik dapat menghidunya. Abdul Hadi dan kawan-kawannya semacam terlupa siapa yang mengundi mereka dalam PRU ke 12. Jika tidak masakan Datuk Dr Hassan Ali terus berdegil dan cuba menjaringkan gol sendiri! Saya sudah beritahu bahawa beliau boleh lakukan apa yang dibuatnya itu. Tapi kenalah letak jawatan dan jadi penyokong kerajaan sahaja.

Sehingga ini nampaknya usaha Nik Aziz belum disekat secara rasmi meskipun ada suara-suara yang mempersoalkan. Tak kiralah apa cara dan namanya. Muktamar khas atau sekadar mesyuarat majlis syura atau mesyuarat jawatankuasa agung membincangkan isu itu. yang penting persepsi rakyat diperbetulkan sebelum pilihan raya kecil yang akan dating. Dalam senario politik yang ada sekarang pastinya UMNO gian hendak bertanding. Saya fikir orang Pas dan Pakatan takut sekarang. Saya dapat tahu Nasrudin Hassan ada berkata tidak takut berlengan di Bagan Pinang. Tetapi inikah jenis kepemimpinan yang hendak kita pamerkan?

Oleh kerana isu besar yang hendak ditangani berkait dengan imej dan persepsi saya fikir elok Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pecat Hassan Ali dari kerajaan kerana kesalahannya cukup besar dan cukup jelas: melanggar perlembagaan negara dan negeri. Memang ini tak pernah dilakukan oleh UMNO Barisan. Tetapi inilah yang hendak ditunjukkan; yakni bahawa Pakatan serius dalam mendaulatkan perlembagaan yang menjadi tunjang dan nadi kepada demokrasi dan apa sahaja yang bersifatkan merakyatkan di negara ini. Saya tak fikir ada siapa yang boleh menghalang. Lagipun bukankah telah ada ketetapan yang menyekat gelagat seperti yang dilakukan oleh Hassan Ali itu? Di sisi undang-undang itu kuasa mutlak Khalid. Kalau Khalid tidak buat dia boleh dipersalahkan kerana tidak menjunjung perlembagaan.

Berbalik kepada Pas Datuk Seri Azizan Razak dikatakan tidak berminat. Mungkin itu cara orang politik: malu tapi mahu. Lagipun takkan dia hendak kata mahu. Pas perlu paksa Azizan. Lagipun dalam parti ramai yang kuat-kuat dan bertenaga. Khalid Samad contohnya. Dan ramai lagi.

Oleh sebab yang menjadi masalah ialah imej maka mereka yang terpalit dengan imej-imej yang negatif itu kenalah berundur. Ini bukan soal sudah tak buat kerja itu atau sudah bertaubat. Yang penting imej parti sudah rosak dan dalam politik hukumannya ialah letak jawatan dan beri laluan kepada orang lain. Saya tahu orang Pas ada yang marah. Tetapi mereka kena fikir bahawa itulah risiko yang perlu diambil apabila parti dirakyatkan. Dahulu mereka ejek UMNO. Sekarang baru mereka tahu susahnya mentadbir parti yang besar. Apa yang menjadi masalah sekarang ialah ada orang Pas yang berfikir seperti zaman Pas masih parti kecil dahulu. Mereka inilah yang gagal meletakkan keutamaan. Bagi mereka yang berfikiran sempit ini apa sahaja cadangan untuk memperbaiki parti akan dilihat sebagai agenda anasir UMNO yang menyusup ke dalam parti.

Apakah Pas akan pecah? Saya tak fikir begitu. Dan saya tak fikir saya yang kerdil ini boleh menggoncang Pas. Lainlah kalau Pas ini harimau kertas. Sejarah politik ini cukup jelas bahawa parti serpihan tak lama. Pas bukan parti serpihan. Kalau pemimpin tertentu disingkirkan pun saya tak fikir akan ada yang ikut. Mungkin mereka akan merajuk beberapa hari. Lepas itu mereka akan balik. Kalau dalam UMNO pun begitu apalagi dalam Pas. Lagipun para pemimpin bermasalah yang disebut oleh Nik Aziz itu bukan hero; kebanyakannya sakit nak menang pilihan raya. Jadi kalau letak jawatan atau disingkirkan pun tidak akan ada kesan pada parti. Orang Pas tak perlulah percaya ramalan dan analisis media UMNO.

Ada juga yang mempersoalkan tidakkah penyingkiran bermakna membelakangkan keputusan perwakilan muktamar yang membuat pemilihan? Saya fikir ini tidak timbul kerana kita bukan mempertikaikan keputusan pemilihan. Kita mengatakan ada di antara yang terpilih telah gagal. Dan kita cadangkan supaya diminta berhenti atau letak jawatan. Kalau Pas berdegil dan tidak mahu membuat anjakan tunggulah keputusan rakyat nanti.

Apakah perubahan drastik itu semestinya menyelesaikan kelesuan? Kita tidak tahu. Tetapi apa yang penting sesuatu perlu dilakukan kerana jika Pas tidak berbuat apa-apa ia telah melakukan dua kesalahan; yakni sudah sedar ada sesuatu yang tak kena tetapi tidak berbuat apa-apa. Apa pun pemimpin baru itu akan diadili juga. Tidakkah kita beroperasi dalam sistem demokrasi?

GB

RAHSIA MESYUARAT KHAS SUDAH BOCOR...

Salam kepada semua. Semua orang tahu, mesyuarat khas semalam diadakan kerana respons dari TG Nik Aziz di dalam blognya. Satu kenyataan media disediakan oleh Mustafa Ali untuk TG Hadi Awang di sini.

Tetamu istimewa Mesyuarat Khas

Kenyataan media itu mempunyai 2 isi. Pertama, menyindir TG Nik Aziz kerana menggunakan blog untuk menyampaikan hasrat hatinya, lalu arahan dikeluarkan bahawa Pimpinan PAS jangan lagi menggunakan media baru(internet dan Blog) dalam isu yang berbangkit sekarang ini. Sebenarnya arahan itu khas untuk TG Nik Aziz. Itu sebab pimpinan PAS lain boleh guna media baru untuk pertahankan diri.

Bukti bergambar dimana 3 Pimpinan PAS di atas berjumpa dengan blogger. Pertemuan itu berlaku pada 26 Oktober 2009. Sedangkan kenyataan media dibaca pada 25 oktober 2009.

Kedua, isi kenyataan media itu adalah memanggil satu mesyuarat khas membincangkan isu-isu yang dibangkitkan oleh TG Nik Aziz di dalam blognya. Maka secara tidak langsung, kita semua mengiktiraf TG Nik Aziz sebagai tetamu istimewa di dalam meeting khas malam tadi. Sebagai tetamu istimewa, kita kenalah layan tetamu kita dari awal hingga ke akhir. Sebab dia tetamu, kita hormat dia. Tetapi TG Nik Aziz tidak dilayan sebegitu. Acara akhir malam tadi iaitu sidang akhbar selepas meeting tidak menampilkan TG Nik Aziz. Sepatutnya beliau wajib hadir dalam PC tersebut kalaupun tidak berucap untuk sesi soal jawab dengan wartawan. TG Nik Aziz yang menyebabkan mesyuarat malam tadi tercetus. Beliau tetamu meeting tu. Tetapi bila Press Confrence, tetamu khas tidak dijemput. Kurang ajar.

Anda semua nak tahu mengapa situasi itu terjadi ?? Meh sini den dedahkan butiran mesyuarat malam tadi. Sumber ?? Dinding bilik mesyuarat la. Ha HA HA. Lawak. Lawak. Penulis terpaksa merahsiakan sumber penulis.

For the truth, majoriti 40 AJK PAS Pusat dan Pesuruhjaya-pesuruhjaya negeri bersetuju Hasan Ali digugurkan. Majoriti bersetuju setelah melihat sendiri beberapa bukti dan visual rundingan dalam gelap antara beberapa pemimpin UMNO dan Hasan Ali sendiri. Kekeliruan terjadi kerana Hasan Ali sahaja yang disabitkan kesalahan itu, walhal Mustafa Ali dan Nasarudin Mat Isa juga dilihat terbabit berdasarkan bukti-bukti berkaitan.

Hasan Ali jadi kambing hitam ??

Majoriti yang berada di dalam bilik mesyuarat bersetuju dengan pemecatan serta-merta Hasan Ali. Mustafa Ali tidak bersetuju. Cover member sendiri maa. Mustafa Ali memberi alasan PAS akan dipandang serong oleh wartawan selepas ini." 70 orang wartawan berkubu di luar sana, nanti apa kata orang kampung", kata Mustafa Ali. Woii mangkuk !!! 1Malaysia pandang PAS serong sekarang ni.

Mustafa Ali mencadangkan satu jawatankuasa displin yang diketuai oleh Ust Abu Bakar Chik untuk menyiasat Hasan Ali. Siasat apa lagi bai. Bukti depan mata. Mustafa Ali kata dengan tertubuhnya jawatankuasa displin khas ini, ia mampu meredakan ketegangan banyak pihak. Tetapi majoriti melawan cadangan Mustafa Ali. Tuan Ibrahim Tuan Man dilantik kerana ia pilihan majoriti untuk menjadi ketua jawatankuasa displin tersebut.

Jawatankuasa Siasatan

Meeting semalam juga telah melantik saudara Hanipa Maidin untuk mempengerusikan satu jawatankuasa khas yang dinamakan Jawatankuasa Siasatan bagi menyiasat mana-mana lagi pemimpin PAS yang bikin skandal gelap dengan UMNO dalam usaha menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.

Tetapi, semasa sidang akhbar selepas meeting, Mustafa Ali mengarahkan Presiden PAS TG Hadi supaya tidak mendedahkan jawatankuasa sisatan itu. Apa kes ?? Hanipa Maidin pun nak glamer gak.

Mustafa Ali dilihat sedaya upaya menyelamatkan Hasan Ali. Member tu banyak hutang, ekau nak selamatkan jugak ?? Sukati ekau la labu. Nasarudin Mat Isa ?? Hahaha, mamat tu semalam dilihat banyak berpeluk tubuh kerana takut tembelangnya selama ini dengan UMNO akan turut dipersoalkan oleh 2 jawatankuasa khas yang baru dibentuk malam tadi.

Resolusi atau Revolusi ??

Dari pemerhatian penulis, TG Hadi sudah tidak memainkan peranannya sebagai Presiden sebuah organisasi. Beliau dikuasai oleh beberapa orang yang kesemuanya dari PAS Terangganu. TG Hadi juga dilihat selalu keletihan yang amat sangat. Lihat sahaja sidang akhbar semalam. Suara beliau tidak berapa betul menyatakan sesuatu perkataan dan serak kelesuan. Penulis faham bahawa Presiden PAS ini terlalu banyak beban tugas yang digalas beliau. Menjadikan beliau disoriented dan vertigo lantas mudah dimanupulasi oleh keadaan. TG Hadi bukan muda belia lagi. Beliau selalu menyerahkan tugas-tugas penting Parti kepada beberapa kerat orang yang semuanya dari geng-geng PAS Terangganu. Lantas menjadikan beliau mudah dimanupulasi oleh Mustafa Ali dan Ust Harun Taib.

Semasa chatting dengan blogger Ummuasiah , beliau hairan kenapa dari EGM/Muktamar Khas boleh tukar menjadi Mesyuarat Khas dan akhirnya menjadi Seminar Khas pada 7 Disember 2009. Penulis pun hairan sama. Den chatting dengan ummuasiah ketika beliau dalam court maa. Menyompek lagi tu. Kesimpulan penulis dari observation itu ialah bertapa liciknya Pimpinan PAS menipu rakyat Malaysia demi menjaga dan menyelamatkan kepentingan beberapa kerat orang. Konon nak jaga parti. Siaplah engkorang semua PRU-13 nanti. Ingat pengundi ni bodoh macam tahun 50-an.

Demi untuk menyelamatkan Pakatan Rakyat dan PAS, EGM perlu juga diadakan bagi mendapat keseluruhan mandat dari ahli-ahli PAS untuk membuang pemimpin yang dimaksudkan. Itu jalan yang sepatutnya dirintis. Lihat orang cina, berani mengadakan EGM untuk buang pimpinan atasan mereka demi survival. Apa kuasa yang ada pada seminar 7 Disember nanti ?? Tiada kuasa pape. Membazir dan membuang masa. Itu sudah pasti. Sedangkan rakyat mahukan Pemimpin PAS yang buat skandal dengan UMNO yang korup dan munafik dijatuhkan. Itu yang patut dilaksanakan.

Ust Harun Taib adalah ular dalam semak. Aktiviti "Unity Government"nya hampir tidak dapat dikesan. Tetapi terbongkar juga. Harun Taib boleh tuduh TG Nik Aziz tidak menulis artikel yang menyebabkan meeting khas berlaku malam tadi. Dia kata orang lain yang buat. Siapa pulak yang tergamak buat aksi begitu. Sudah tentulah blog tok guru, tok guru yang menulis. Paling kuat yang menaip adalah pembantu-pembantu TG Nik Aziz. Tolong taip sahaja. Nampak niat Harun Taib adalah bersangka jahat pada TG Nik Aziz dengan mengatakan TG Nik Aziz ini dimanupulasikan oleh pembantu-pembantunya. Ini youtube kenyataan Harun Taib :

PAS perlu membebaskan diri dari cengkaman PAS Terangganu di peringkat Pusat/Persekutuan. PAS Terangganu sudah ternyata gagal semasa 2 PRU lepas iaitu PRU 2004 dan PRU 2008 dalam menawan Terangganu. Kenapa kita mahukan orang-orang yang gagal diperingkat negeri, mentadbir peringkat Pusat ?? 1Malaysia tidak faham tentang anologi ini. Paling terbaik dan demi menyelamatkan Pakatan Rakyat dan PAS dari kalah teruk untuk PRU-13, ahli-ahli PAS perlu berani menyingkirkan TG Hadi, Harun Taib, Mustafa Ali, Hasan Ali, Dr. Samsuri(S/U Politik Presiden) dan Idris Ahmad demi menjamin kelangsungan survival PAS dalam huru-hara politik Malaysia.

Jadi sekarang adakah anda sudah mengetahui mengapa TG Nik Aziz tidak menghadiri sidang akhbar selepas mesyuarat khas malam tadi ?? Anda sendiri boleh buat kesimpulan sendiri. Jangan jadikan diri anda mudah diajar dan dieksploitasi oleh mereka-mereka yang kononnya adalah pimpinan. Mereka-mereka itu hipokrit. Mereka penipu. Setelah mendapat undi anda, mereka akan lupakan kita lalu memboroikan perut dengan wang, kuasa dan tahta yang diperolehi dari perit jerih dan titik peluh kita. Lakukan perubahan dan tolak kesemua pemimpin yang mengkhianati kita semua. Mulakan dari sekarang !!!

http://baganutama.blogspot.com

KENAPA PR DI PERAK TUMBANG?

Kita semua tahu apa yang berlaku di Perak. Tetapi ramai yang tidak tahu, mengapa ia berlaku.

Sekiranya anda masih ingat, ianya mengambil masa seminggu untuk kerajaan baru di Perak dan Selangor mengangkat sumpah selepas pilihanraya umum Mach 2008.

Kedua-dua Sultan dinegeri ini mahu ‘membincangkan’ terlebih dahulu dengan ADUN-ADUN Pakatan Rakyat.Sultan kemudiannya meletakkan beberapa syarat sebelum bersetuju untuk melantik Pakatan Rakyat sebagai kerajaan negeri yang baru.

Jurang masa selama seminggu itu telah memberika masa kepada kerajaan negeri yang lama iaitu Barisan Nasional untuk memindah dan memusnahkan banyak bukti-bukti penyelewengan yang dilakukan sebelum ini.

Kelewatan selama seminggu ini juga membolehkan Barisan Nasional menawarkan kemungkinan untuk Umno bergabung dengan Pas untuk membentuk kerajaan baru di Selangor dan Perak. Malah, Umno bersetuju memberikan kerusi Menteri Besar kepada Pas dikedua-dua negeri ini. dan kemuncaknya, Umno malah bersetuju untuk membenarkan Pas melaksanakan undang-undang Islam dikedua-dua negeri ini.

Tetapi, Pas terus bersama dengan dua rakan mereka, PKR dan DAP didalam Pakatan Rakyat dan menolak tawaran Umno. Akhirnya, kedua-dua Sultan tidak mempunyai pilihan melainkan menerima Pakatan Rakyat sebagai kerajaan baru di Perak dan Selangor. Tetapi ini tidak menghentikan mereka dari terus merancang dibelakang tabir tentang bagaimana untuk menjatuhkan kedua-dua kerajaan ini.

Sultan Selangor agak bersedia untuk menerima keadaan yang berlaku. Tambahan pula, Pakatan Rakyat Selangor mempunyai majoriti yang cukup banyak dan agak susah untuk membeli ramai Ahli Dewan Undangn Negeri. Tetapi, Perak agak berlainan sama sekali. Majoriti yang diperolehi oleh Pakatan Rakyat Perak amat sedikit berbanding Selangor.

Sebaik saja kerajaan baru dibentuk di Perak, Sultan Perak mula meminta macm-macam. Kerajaan Pakatan Rakyat Perak bersedia bertolak ansur, demi menjaga hubungan baik dengan istana. Tetapi apa yang diminta oleh Sultan dan kerabat diraja agak berlebihan dan kerajaan Pakatan Rakyat Perak tidak mempunyai pilihan melainkan menolak permintaan Sultan.

Dan ini menyebabkan Sultan murka. Dan apabila Pakatan Rakyat Perak kehilangan majoriti di Dewan Undangan Negeri, Barisan Nasional mempunyai jalan yang amat mudah untuk mendapatkan perkenan untuk Barisan Nasional membentuk kerajaan baru.

Pada mulanya, Sultan Perak tidak begitu pasti sama ada hendak menyingkir kerajaan Pakatan Rakyat dan memilih Barisan Nasional. Apabila Menteri Besar, Nizar Jamaludin berjumpa dengan Sultan dan memohon Dewan Undangan Negeri dibubarkan untuk membolehkan pilihanraya baru diadakan, Sultan meminta masa untuk membuat pertimbangan. Tetapi sebaik saja selepas itu, Najib Tun Razak berjumpa Sultan dan mempengaruhi Sultan untuk menolak permohonan Pakatan Rakyat untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri, sebaliknya melantik Barisan Nasional untuk membentuk kerajaan yang baru.

Taktik Najib amat mudah. Nazrin, anak kepada Sultan Azlan Shah, tidak sepatutnya menjadi Raja Muda. Dan ini bermakna, dia tidak sepatutnya menjadi Sultan kelak. sekiranya Sultan Azlan mangkat. Kerajaan Pusat tidak akan menyokong Nazrin sebagai Sultan Perak seterusnya. Lihatlah apa yang berlaku di Negeri Sembilan. walaupun Yamtuan melantik anaknya sebagai Raja Muda, tidak bererti dia akan menjadi Yamtuan.

Oleh itu, sama ada Nazrin boleh menjadi Sultan atau tidak bergantung kepada hubungan baik dengan kerajaan Pusat. Tetapi hubungan baik itu hanya boleh diperolehi sekiranya Barisan Nasional menjadi kerajaan negeri. Kalau Pakatan Rakyat masih lagi menjadi kerajaan negeri, maka Nazrin terpaksa membayar harganya apabila tiba masa untuk menggantikan bapanya.

Tambahan pula, Sultan dan keluarganya telah meminta banyak perkara dari kerajaan Pakatan Rakyat, semuanya telah ditolak. Umno pula akan memastikan bahawa semua permintaan Sultan dan keluarganya akan dipenuhi sekiranya Barisan Nasional dipilih sebagai kerajaan negeri.
Dan dengan itu, Pakatan Rakyat menemui ajalnya di Perak. Sultan memilih Barisan Nasional sebagai kerajaan negeri yang baru dan Pakatan Rakyat menjadi pembangkang.

Apakah permintaan Sultan dan keluarganya yang ditolak oleh Pakatan Rakyat dan sebaliknya diterima oleh Barisan Nasional? Mari kita tengok, dalam masa beberapa bulan saja, Sultan dan keluarganya tiba-tiba menjadi salah satu keluarga diraja yang terkaya di Malaysia, sebaik saja Pakatan Rakyat tumbang.

1. Umno menghadiahkan kepada Sultan sekeping tanah yang dikenali sebagai lot 183578. Tanah seluas kira-kira 600 ekar ini terletak di Tanjung Tualang, dalam daerah Kinta. Tanah ini telah di berikan kepada salah seorang proksi Sultan yang bernama Mohamed Khaair Johari Hj. Osman.

2. Umno menghadiahkan kepada Sultan konsesi balak seluas 1,000 ekar yang terletak di Ulu Kenderong, Gerik, Hulu Perak, disepanjang lebuhraya Gerik-Kupang. Konsesi ini pada mulanya diberikan kepada Universiti Utara Malaysia. Walaubagaimanapun, pemberian ini ditarik balik dan diberikan kepada Pusat Kreatif Kanak-Kanak dimana Pengerusinya ialah Raja Datuk Seri Ashman Shah Ibni Sultan Azlan Shah.

3. Umno menghadiahkan kepada Sultan tujuh konsesi balak di kompartmen 39, 41, 42, 43, 44, 45 dan 49 di Hutan Simpan Kenderong di Hulu Perak. Ketujuh-tujuh lot ini, yang berjumlah kira-kira 600 ekar, diberikan kepada dua syarikat proksi Sultan - Syarikat Zotonjaya Sdn Bhd dan Kibaran Wang Sdn. Bhd.

4. Umno akan meluluskan satu cadangan penghutanan semula (reforestation) yang melibatkan 10,781 hektar. 5,781 hektar terletak di Hutan Simpan Gunung Besout, di selatan Perak wementara 5,000 hektar lagi di Pondok Tanjung dalam daerah Larut Matang. Syarikat yang akan mendapat projek ini ialah Permatang Utama Sdn. Bhd (nombor syarikat 513583-D) dimana Pengerusi Eksekutifnya ialah Datuk Seri Ismail Farouk Abdullah, menantu kepada Sultan Azlan Shah).

5. Berikutan dengan itu, Datuk Seri ismail Farouk Abdullah dibenarkan untuk mengambil alih Hotel Casuarina milik kerajaan negeri dengan harga yang paling murah iaitu RM43 juta dimana harga sebenar jauh lebih tinggi dipasaran terbuka. Hotel tersebut terletak dikawasan paling strategik di Ipoh malah harga tanah lapang saja mempunyai nilai yang amat tinggi.


Keluarga Diraja Perak bukan orang susah. Tetapi nampaknya mereka tamak. Raja datuk seri Eleena Azlan Shah merupakan Pengarah kepada Gamuda Berhad dan juga merupakan orang ke 25 kaya di Malaysia dengan harta bernilai RM773 juta. Ini menjadikan beliau wanita kedua terkaya di malaysia selepas Puan Sri Chong Chook Yew, yang menduduki tangga ke 18 dengan harta bernilai RM1 billion.

Gamuda Berhad juga telah diberikan kontrak bernilai lebih RM10 billion. Ia juga mengurus dan menyelenggara lebuhraya sepanjang 230 kilometer dan juga merupakan pemaju hartanah di empat projek bandar baru yang melibatkan lebih dari 30,000 rumah.

Itulah kisahnya. Rakyat Perak, khususnya orang Melayu, merasakan bahawa pembangkang tidak menunjukkan hormat kepada Sultan. Apa yang tidak diketahui oleh mereka ialah Sultan tidak seharusnya diberikan penghormatan. Dan ramai juga yang tidak tahu mengapa Sultan mahukan Pakatan Rakyat disingkir di Perak.

Sekarang, kita berharap, rakyat Perak tahu apa yang berlaku.


(Artikel diatas adalah terjemahan daripada artikel asal Raja Petra “Why the Pakatan Rakyat government was brought down in Perak” yang disiarkan di Malaysia Today)

Teluk Kemang , 5 Oktober - Angkatan Muda Keadilan Malaysia telah membuat laporan polis bertempat di Balai Polis Teluk Kemang terhadap poster-poster be

Teluk Kemang , 5 Oktober - Angkatan Muda Keadilan Malaysia telah membuat laporan polis bertempat di Balai Polis Teluk Kemang terhadap poster-poster berunsur fitnah dan berniat jahat terhadap pimpinan Pakatan Rakyat dan Pimpinan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat serta bersifat perkauman dan menghina agama .
Tindakan tidak bertanggungjawab ini boleh menyebabkan berlakunya ketegangan dan mengugat keselamatan dan kehormanian antara kaum . Poster-poster tanpa logo ini ditampal di sekitar kawasan PRK Bagan Pinang .
Laporan polis telah di buat oleh Sdr. Fariz Musa , Timbalan Ketua AMK Malaysia yang juga merupakan Penagrah Pilihanraya AMK Malaysia pada jam 5.45 petang di Balai Polis Teluk Kemang .
Beliau memberitahu bahawa tindakan sebegini adalah merupakan kesalahan di bawah Seksyen 4A (1) Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 dan perlu diambil tindakan tegas oleh pihak polis dan Suruhanjaya Pilihanraya .
Beliau juga menyelar tindakan pihak SPR yang begitu sibuk untuk menurunkan bendera Keadilan yang berada di Bilik Gerakan atau Markas Pilihanraya sedangkan poster-poster dan pemidang-pemidang yang berunsur fitnah termasuk billbord oleh BN yang berusur fitnah dan bersifat perkauman .
Turut hadir ialah YB Ustaz Firdaus , Pengarah Pilihanraya DPP Pusat dan Sdr. Kamarulzaman , Setiausaha DPP Pusat

http://farizmusa.blogspot.com