Powered By Blogger

DULU SERANG KARPAL....SEKARANG HINA PULA

Pemuda Umno derma 10 sen seorang bayar denda
Muda Mohd Noor | 30 Jun, 09 7:56pm
Empat pemimpin Pemuda Umno Selangor bersiap sedia membayar denda maksimum sebanyak RM4,000 berhubung kekecohan terhadap pemimpin DAP Karpal Singh di Parlimen, 26 Febuari lalu.

Ketua Pemuda bahagian Serdang, Engku Salleh Engku Abdul Jamal yang turut didapati bersalah berkata, setiap ahli pergerakan itu di negeri tersebut akan menderma 10 sen seorang untuk membayar denda tersebut.

Hari ini jawatankuasa khas Parlimen mengenakan denda RM1,000 setiap seorang ke atas mereka. Keputusan muktamad akan ditentukan dalam perbahasan dewan, Khamis ini.

Selain Engku Salleh, tiga ketua Pemuda bahagian lain: Latt Sharizan Abdullah (Petaling Jaya Utara), Megat Zulkarnain Omar Din (Gombak) dan Zahari Shaari (Shah Alam).

Saya setuju dengan cadangan supaya setiap ahli Pemuda membayar 10 sen seorang kerana inilah masanya untuk mereka menunjukkan perpaduan di kalangan ahli, kata Engku Salleh ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Secara berseloroh, beliau berkata, jika kutipan melebihi RM4,000, bakinya akan digunakan untuk membeli kerusi roda bagi kegunaan ahli parlimen yang kurang upaya.

Kita akan beli dua kerusi roda itu dan Karpal Singh tidak perlu lagi membawa kerusi roda untuk digunakan di Parlimen, tambahnya.



Sementara Shahrizan pula berkata, beliau menerima keputusan itu secara terbuka dan akan membayar denda berkenaan.

Susulan keputusan jawatankuasa itu yang dipengerusikan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia, Shahrizan memohon maaf kepada Parlimen atas kejadian tersebut tetapi tidak kepada Karpal.

APA YANG CUBA DIBUAT AMAT BAGUS BAGI PEMUDA UMNO..SETAKAT 10SEN TU APA LAH SANGAT..DUIT YANG DAPAT TIMA PEMILIHAN PEMUDA DULU PUN PASTI BELUM LUAK.MAKLUMLAH,DAPAT BANYAK KAN...

CUMA YANG AKU KESALKAN IALAH UCAPAN PENGHINAAN BERKAITAN KERUSI RODA TU.PENGHINAAN INI PASTI TURUT DIRASAI OLEH WARGA WARGA KURANG UPAYA DI MALAYSIA..HEBAT BENAR PEMUDA KAN..TAPI,KALAU KERUSI RODA TU SIMPAN LAGI BAGUS..MANA TAU KO JADI MACAM TU LAK KER..TAK PAYAH SUSAH2 NAK BELI....EH,SILAP LA...RAMAI KONTRAKTOR NAK BAGI...SUSAH2,MINTAK JE DARI KHAIRY..

EMEL DARI SAHABAT






SAYA MENERIMA KIRIMAN EMAIL DARI SAHABAT YANG SAMA-SAMA BERJUANG MEMENANGKAN YB MANIKUMAR DI N25 BUKIT SELAMBAU BERKENAAN PROGRAM BERSAMA WAKIL RAKYAT TERSEBUT DI KAWASAN BELIAU..BERIKUT MERUPAKAN CATATAN DARI BELIAU

Pada malam ini bertarikh 25.06.2009, bertempat di ( N25  Bukit Selambau ) Taman Lembah Permai Sg,Lalang, Sg, Petani, Kedah, kami telah mengadakan satu program Penyerahan wang bantuan untuk anak di taman ini iaitu adik Ain Nazuha Syahema Binti Mohamad yang akan melanjutkan pengajian ke UUM Sintok Kedah pada 28.06.2009. Yb S. Manikumar dijemput untuk bersama-sama ,bagi menjayakan dan melakukan serahan wang. Wang ini dikutip dari hasil inisiatif  ahli-ahli Cawangan Pas taman lembah permai, bertujuan semata-mata untuk membantu dan menambahkan sedikit peransang supaya anak-anak taman ini bersemangat untuk belajar. Yb S, Manikumar juga telah memberi sedikit ucapan dan kata-kata semangat terhadap adik Ain Nazuha Syahema Binti Mohamad. Yb juga berharap kami dapat meneruskan lagi usaha-usaha murni ini disamping berpolitik secara bersih dan memberi komitmen yang tinggi terhadap masyarakat, tidak mengira usia,kaum dan darjat.

sekian.

ALONG.TAMAN LEMBAH PERMAI

BERHATI-HATI...MUSUH DALAM SELIMUT

peniaga kecil LUNAS kena pindah...!!!ini aku baca dari blog hiduharapan.

http://hidupharapan.blogspot.com

masalah yang berlaku ni merupakan tindakan sabotaj oleh orang kuat BN yang berkerjadengan majlis bandaran dan ada segelintir pegawai daerah yang pro BN bertindak begini agar menimbulkan kemarahan bagi rakyat kedah...
Perkara sebegini pernah disuarakan oleh salah seorang ketua cabang di Kedah,malangnya YB Lunas kita bermati-matian mempertahankan pegawai yang disebut itu..Ada apa2 ke...?

Buat semua exco negeri Kedah...tolonglah,bertindaklah...wahai wakil2 rakyat,bangkitlah dari tidur,berkerjalah....
jangan lupa pada rakyat yang memilih kita,bantulah mereka,berilah perhatian pada mereka.
jangan biarkan mereka2 yang dengki ini merosakkan reputasi kita PAKATAN RAKYAT...

BELUM APA-APA PUN..BOLEH CAYA KER


Calon BN nafi dakwaan salahguna kuasa dan rasuah
Rahmah Ghazali | 29 Jun, 09 7:13pm
Calon BN bagi pilihanraya kecil DUN Manek Urai, Tuan Aziz Tuan Mat hari ini menafikan dakwaan yang disebarkan melalui internet bahawa "beliau pernah menyalahguna kuasanya dan terbabit dalam rasuah".

Dakwaan itu tersebar tidak sampai 24 jam selepas beliau diumumkan semalam sebagai calon BN bagi pilihanraya kecil DUN Manek Urai.

Dakwaan di internet itu menyebut Tuan Aziz hidup melebihi kemampuannya ketika menjadi CEO Kesedar Perkilangan Sdn Bhd (KPSB) - jawatan yang disandangnya sebleum dilantik menjadi pengurus di Kesedar.

Lamanweb itu mendakwa ekoran Tuan Aziz gagal menjelaskan mengenai gayahidup mewah itu, maka beliau diturunkan pangkat menjadi pengurusan bahagian bersama potongan gaji dan elaun.

Beliau juga didakwa melakukan lawatan yang 'meragukan' ke luar negara serta membawa bersama pegawai-pegawai yang tidak berkaitan ke negara Asean seperti Vietnam dan Thailad untuk tujuan pemasaran.

Juga terdapat dakwaan bahawa beliau menyalahguna kuasanya dalam pemberian kontrak-kontrak KPSB dan melobi untuk pembekal baja sewaktu bertanding untuk jawatan ketua Pemuda Umno Kuala Krai.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Tuan Aziz menafikan semua tuduhan tersebut sebagai tidak berasas dan berkata ketika menjadi ketua Pemuda Umno, beliau tidak pernah terbabit dalam operasi kilang Kesedar.

Nafi pernah lobi

Menurutnya, beliau juga tidak pernah ke Thailand atau Vietnam ketika bersama Kesedar.

Sebaliknya, kata Tuan Aziz, beliau hanya pernah ke Kampuchea berhubung penjualan minyak masak pada 2007.

Mengenai dakwaan beliau membawa bersama pegawai yang tidak berkaitan menyertai lawatannya, Tuan Aziz berkata ia bertujuan memberi pendedahan dan pengalaman kepada mereka dan dilakukan secara bergilir-gilir.

Tuan Aziz juga menafikan yang beliau pernah melobi bagi pihak pembekal baja ketika bertanding jawatan ketua Pemuda bahagian.

Sebaliknya, kata Tuan Aziz lagi, keputusan untuk memberi sebarang kontrak bukan terletak di tangannya.

Tuan Aziz berkata, seingatnya, para pembekal sudahpun mendapat kontrak tersebut sebelum beliau menjadi CEO Kesedar.

Oleh itu, katanya, tidak timbul soal beliau melobi untuk mereka.

Beliau menjelaskan bahawa keputusan untuk memberi kontrak tersebut terserah kepada jawatankuasa yang bertanggungjawab dalam bidang pertanian.

EM..SONANG JO TU..SEBELUM JADI CALON YB NI,BUAT SATU SURAT AKUAN..DALAM SURAT TU LETAK LA,KALAU DIDAPATI BERSALAH,AKAN LETAK SEMUA JAWATAN N LETAK JAWATAN SEBAGAI WAKIL RAKYAT..TU PUN KALO MENANG LA KAN.BOLEH MENANG KER????BUKAN KE SEKARANG UMNO BYK NAK IKUT CARA PAKATAN JER..SO,BUAT SURAT TU LA..INI CABARAN MU ANAK JANTAN.JGN NAMA ADA TUAN TAPI RUPANYA POMPUAN

SEJARAH YANG SALAH

pernahkah kita melihat dua keping gambar di bawah ?


gambar 1 : Boestamam yang memperjuangkan kemerdekaan negara di iring oleh polis (anak tempatan) yang mempertahankan penjajah untuk dibawa ke penjara kerana dituduh 'pengganas dan cuba menggulingkan kerajaan'.....

Gambar 2 : Tok Janggut dibunuh dengan kejam oleh pasukan yang antaranya dianggotai anak tempatan kerana tuduhan mengetuai kegiatan keganasan cuba menggulingkan kerajaan. Selepas dibunuh jenazahnya digantung beberapa hari dengan kepala kebawah untuk menjadi pengajaran kepada orang lain supaya tidak mengganas menentang kerajaan ?

Sejarah dirakam oleh orang yang menang ! Itulah ungkapan salah seorang profesor ku di SungKongHoe University, Seoul, katanya lagi selaku ganerasi baru kita tidak seharusnya percaya 100% dengan buku sejarah yang ditulis >oleh golongan yang punya kuasa dan mewarisi regim penindas terdahulu termasuk mewarisi kepentingan penjajah.

Seperti biasa ramai yang dikatakan pengganas mati ditangan regim ... mahkamah digunakan untuk kepentingan regim menghukum dan menghentikan penentangan keban gkitan rakyat.

Semua pembaca dijemput untuk membaca blog http://matamin.blogspot.com/ Tahniah atas usaha blogger tersebut kerana untuk mengungkap semula sejarah buat tontonan kepada ganerasi yang sering dikelirukan oleh media yang menjadi penyambung sejarah tulisan penjajah.

chegubard

PUAKA ALROSTUYA

Puaka' hantui dua siswa UM
30 Jun, 09 10:33am
Dua pelajar Universiti Malaya ditahan polis sejak minggu lalu berhubung contengan "C4", "puaka" dan "Altantuya" di dinding dewan sebelum kedatangan isteri perdana menteri Rosmah Mansor.

Izuddin Hilmi Mohamad Zaini ditahan pagi Rabu lalu, hari lawatan wanita pertama negara untuk menutup kempen derma bagi anak-anak Palestin.

Sementara rakannya Mohd Sharuddin Ahmad Rosli pula ditahan keesokan harinya.

Difahamkan kedua-dua pelajar tahun dua Akademi Pengajian Islam - yang ditahan di ibu pejabat polis Brickfields - belum dibebaskan, setakat semalam.

Menurut satu laman web UM Today, polis terus menggeledah beberapa rumah siswa universiti tersebut dalam usaha menjejak tiga lagi pelajar.

Rumah seorang exco Majlis Perwakilan Mahasiswa UM (MPMUM) Mohd Aizat Mohd Salleh turut "digeledah polis empat kali sejak tiga hari lalu".

Laman web tersebut juga menyebut, kenalan Mohd Aizat yang enggan dikenali memaklumkan bahawa polis telah membawa Izuddin Hilmi dan Mohd Sharuddin ketika menggeledah masuk rumah tersebut pagi semalam.

Rosmah sering diburuk-burukkan dengan label nama wanita Mongolia yang mati dibunuh menggunakan bom plastik C4. Beliau bagaimanapun menafikannya.

NAMPAK TAK BETAPA BENCINYA PELAJAR KITA KEPADA ROSMAH.SANGGUP MEREKA AMBIL RISIKO UNTUK MEMBERI TEKANAN KEPADA ROSMAH.INI JUGA MENUNJUKKAN BETAPA KUATNYA KAITAN DI ANTARA ROSMAH DAN ALTANTUYA(HAMPIR BERMADU KAN).APA PUN,TAHNIAH KEPADA ANAK MUDA YANG BERANI.APA JUA CARA,KAMI KAGUM DENGAN KALIAN..TERUSKAN PERJUANGAN

Anwar Sokong Debat


Monday, 29 June 2009


Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Dato' Seri Anwar Ibrahim hari ini menyambut baik cadangan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mahu berdebat secara terbuka dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
"Pada pendapat saya adalah lebih baik beliau berdebat secara terbuka kerana ini dapat mengurangkan media Umno-Barisan Nasional (BN) salah tafsir dan membuat fitnah terhadap kenyataan-kenyataan beliau (Nik Aziz)," katanya.


Anwar yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat, mengulas kenyataan Nik Aziz semalam yang mencabar Najib mengadakan debat terbuka bagi mencari kebenaran dan menyelesaikan kekalutan politik yang berlaku sejak sekian lama.
Tok Guru Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, draf surat jemputan rasmi kepada Presiden Umno untuk mengadakan perdebatan itu telah siap dirangka dan akan dihantar dalam tempoh terdekat.Mengulas lanjut mengenai isu berkenaan, Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, jalan terbaik adalah mengadakan dialog secara terbuka supaya tidak ada pihak yang boleh memutarbelitkan fakta dalam perkara berkenaan.
Dalam perkembangan lain, mengenai pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai yang akan berlangsung pada 14 Julai ini, Anwar berkata, PKR akan memberi sokongan penuh kepada PAS dalam membantu parti itu memenangi pilihan raya kecil tersebut."Kita akan beri sokongan penuh kepada PAS. Insya-Allah kita yakin PAS akan dapat pertahankan kerusi kawasan tersebut.


"Kita akan beri sokongan dalam apa jua bentuk kerjasama kepada calon PAS di Manek Urai," katanya. kepada mStar.

Sumber : Farizmusa.blogspot.com

MAI,JANGAN TAK MAI,BAGI GHAMAI-GHAMAI



Himpunan Perpaduan Pakatan Rakyat

STADIUM MBPJ KELANA JAYA

SELASA 30 JUN 2009

TETAMU KHAS : DATO SERI ANWAR IBRAHIM
SAUDARA LIM KIT SIANG
TUAN GURU NIK AZIZ BIN NIK MAT

TETAMU LAIN.....ANGAH(DATANG SENDIRI)HAHAHA
JUMPA DI SANA

KISAH BONTOT


BONTOT
DARINYA KELUAR KENTUT
BUAT SELERA TERUS TERBANTUT

BONTOT
KATANYA,DIA KENA SONTOT
TAPI PELIKNYA,PERUT TAK BOYOT

OPS,MANAKAN BOYOT
SONTOTNYA DI BONTOT

BONTOT
KISAH MU DAH MAKIN KARUT
BUKTI PUN DAH NAMPAK HEROT

BONTOT
BIAR PUN FITNAH,TUTUPLAH MULUT
JANGAN DIHEBOH WALAU PECAH DI PERUT

BONTOT
BIAR KAU TARIK SELUARNYA MELOROT
NAMPAK JELAS TERSERLAH LUTUT
BIAR JUGA,SEBAHAGIAN KAMI,TERSERLAH SIKAP SI BURUNG BELATUK
TERANGGUK-ANGGUK,TERSENGGUK,SENGGUK
MENDENGAR KATA,SENTIASA MENURUT

BONTOT
INGATAN BUATMU PARA SENDOYOT
RAKYATMU BUKAN CENCOROT
MENDENGAR KATA SI TUKANG KARUT
RAKYATMU PEJUANG,BUKAN MANUSIA PENTINGKAN PERUT
IKRAR KAMI,PASTI DIBELA,RAKAN...DI SETIAP CERUK SERTA PELUSUK......

SALAM REFORMASI....
SAIFUL TUT....ADA BONTOT....TENTU PUNYAI HATI PERUT....

angah 29/06/09 1tgh hari

AKU ISLAM KE KO ISLAM...

Berikut merupakan petikan dari artikel utusan meloya hari ini....di bawah tajuk "Jangan layan Nik Aziz"

............Dalam pada itu, Presiden Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Prof. Datuk Dr. Kamarudin Kachar berkata, perdebatan itu tidak harus diadakan kerana Mursyidul Am Pas bukan pejuang Islam yang sebenar.

''Beliau menuduh UMNO sebagai komunis dan bagi saya kata-kata seperti ini tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang individu yang mendakwa berjuang atas nama Islam dan mengaku dirinya seorang alim.

''Nik Abdul Aziz sebenarnya adalah seorang pejuang politik dan ini terbukti apabila beliau sanggup bekerjasama dengan DAP tetapi tidak mahu bersatu-padu dengan parti Melayu Islam," katanya.

AKU AMBIK ARTIKEL NI SEBAB BERKENAN DENGAN AYAT MALAUN NI "Mursyidul Am Pas bukan pejuang Islam yang sebenar."
HABIS TU..SAPA YANG LAYAK KITA KATA PEJUANG ISLAM TU.....PAK LAH...MAHATHIR...TAKPON ROSMAH JE LAH...OK TAK????LAGI SATU DIA KATA PAS TIDAK MAHU BERSATU PADU DENGAN PARTI MELAYU ISLAM,PARTI MANA SATU NI..???KALAU DIA MAKSUDKAN UMNO.TAK LOJIK LANGSUNG...NAK KATA PARTI MELAYU KURANG TEPAT...SEBAB ADA MAMAK...NAK KATA ISLAM..LAGI TAK TEPAT,SEBAB PEMIMPIN TERTINGGI DIA PERNAH CAKAP AYAT POWER NI.LIHAT GAMBAR NI YANG AKU PERNAH SIAR SEBELUM NI KAT BLOG AKU M=

MAHA BERSUARA...MAHA APA?????


Buang masa debat dengan Nik Aziz - Dr. M

Oleh MOHD. SHARIZA ABDULLAH
utusankedah@utusan.com.my


ALOR SETAR 28 Jun - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak perlu melayan pelawaan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk berdebat secara terbuka kerana ia tidak mendatangkan sebarang faedah.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, debat terbuka antara kedua-dua pemimpin parti politik terbesar Melayu itu jika diadakan hanya membazir masa dan akan menjadi satu bentuk hiburan semata-mata.

Malah, katanya, Malaysia mempunyai acuannya tersendiri dan tidak perlu mengikut amalan sesetengah negara luar yang mengadakan debat secara terbuka antara pemimpin parti politik dalam mempertahankan pendapat masing-masing.

"Hanya buang masa. Jadi satu hiburanlah, kita bukan lantik pemimpin untuk berhibur," katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Negeri Kedah di Bangunan Tunku di sini hari ini.


ORANG TUA NI DAH BAGI ARAHAN PADA PM 1MALAYSIA...JANGAN LAYAN DEBAT NIK AZIZ,BUANG MASA..
DAN AKU PASTI,PM 1MALAYSIA AKAN IKUT TELUNJUK MENTOR TUA DIA NI..LAGIPULA,DIA MEMANG TAKUT NAK BERDEBAT..MAKLUMLA,BANYAK PERKARA AKAN BERBANGKIT JIKA DEBAT NI TERLAKSANA..ALTANTUY SERTA KES-KES LAIN JUGA MENGHANTUI,WALAU TAK SEHEBAT HANTU ALTANTUYA.
TAPI KAN,KALO PM 1MALAYSIA BERANI SAHUT CABARAN NIK AZIZ,ORANG MESTI TABIK SEBAB DIA BERANI DAN TAK PANGGIL DIA BACUL KE,PENGECUT KE,TAK PUN ORANG PANGGIL "BINI ROSMAH"HAHAHA.AMACAM BRO..ADA BERANI

SAIFUL...BONTOT...ANWAR BANTUT..


LIWAT...LIWAT...LIWAT....dah xder modal lain ke....
cuba fikirkan,mamat yg mcm saiful xmampu melawan bila berhadapan orang tua yang sakit tulang belakang ni....
lagi 1 kan,sejarah gay @ lesbian ni bermula biasanya kepada remaja dan tidak kepada orang berumur melebihi 40 tahun...ini kawan tu ada isteri yg cantik dan lemah lembut,xkan berkenan pada saiful yg lembut tu...Wahai Saiful...takutlah pada ALLAH,...pada rakan2 ..Kes FITNAH liwat YB Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mula dibicarakan pada 8 Julai 2009 di Mahkamah Jalan Duta .
Gerakkan seluruh para penyokong dan rakyat ke sana .

Konspirasi ke 2 sedang berlaku .

PAS VS BN


VS

CALON BN MANEK URAI

Seperti yang telah diduga....pengurus KESEDAR Tuan Aziz Bin Tuan Mat ,39.telah dipilih sebagai calon BN bagi Pilihanraya Kecil Dun Manek Urai...

Gambar beliau akan di update dengan kadar segera

AKU DAH KATA DAH



Mahu RM300? Jangan undi di Manek Urai
27 Jun, 09 12:25pm
Tawaran RM300 kepada penduduk Manek Urai sahaja. Tidak usah pulang membuang undi pada pilihanraya kecil 14 Julai ini jika mahu ganjaran tersebut, lapor akhbar web PAS hari ini.

Memetik kenyataan Ketua Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latif Abdul Rahman, Harakahdaily melaporkan wang itu sebagai habuan untuk menggalakkan pemilih memulaukan proses pembuangan undi.

"Saya diberitahu agen-agen Umno bergerak mencari pengundi yang tinggal di luar cuba mempengaruhi pengundi terbabit supaya tidak pulang mengundi dengan membuat pelbagai tawaran," katanya.

"Antaranya menawarkan wang tunai sebanyak RM300 dengan syarat tidak pulang mengundi."

Menurut akhbar web itu lagi, Umno kini berhempas pulas merancang pelbagai strategi bagi memastikan kerusi DUN tersebut, kawasan kubu kuat PAS, terlepas ke tangannya.

PAS malam tadi mengumumkan seorang usahawan perniagaan ikan, yang juga bendahari parti itu kawasan Kuala Krai, Fauzi Abdullah sebagai calon dalam pilihanraya kecil yang bermula 6 Julai ini.

Pilihanraya itu dipanggil susulan kematian penyandangnya Ismail Yaacob pada 22 Mei lalu.

Wakil rakyat PAS ini menguasai kerusi tersebut selama lima penggal kecuali antara 2004 hingga 2008 apabila beliau tidak bertanding di situ.

BN akan mengumumkan calonnya, seawal-awalnya esok.

sumber: malaysiakini

MACAM YANG AKU KATA HARI TU...KHAIRY ADA,WANG JUGA TERSEDIA....BUAT SAUDARA2 DI SANA... ITU PELUANG KITA..AMBIL RM300 PAGI HARI MENGUNDI..JAM 1PTG..NAIK "FLIGHT" BALIK KELATE KASI UNDI ...HAHAHA,SENABNG KAN.DUIT DAPAT TU WAT TAMBANG JE LA..KALAU DAH TAIK RASUAH TU,DARI ATAS SAMPAI BAWAH SAMA JA..APA NAK KATA,LAGIPUN HAYAT DEPA CUMA TINGGAL SATU DUA.KASI JENTIK BIJIK MATAA..TERUS KOJOL SAMPAI BILAbILA..UMNO TERUS MARA,TIPU RAKYAT MALAYSIA

DEBAT NIK AZIZ VS NAJIB


VS

Nik Aziz ajak Najib berdebat
27 Jun, 09 2:23pm
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjemput Datuk Seri Najib Razak mengadakan debat terbuka bagi menyelesaikan kekalutan politik yang berlaku sejak sekian lama antara Umno-PAS.

Menteri besar Kelantan itu juga berkata draf surat jemputan rasmi kepada perdana menteri untuk mengadakan perdebatan itu telah siap dirangka dan akan dihantar dalam tempoh terdekat, lapor Bernama.

"Jemputan itu sengaja dibuat memandangkan kekecohan yang berlaku dalam politik hari ini, terutama antara PAS dan Umno," beliau dipetik berkata selepas mengimamkan solat sunat dhuha di perkarangan Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu pagi ini.

Turut hadir pada majlis sempena sambutan Bulan Sembahyang itu exco pendidikan, pembangunan Islam dan dakwah Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Nik Aziz dilaporkan berkata hasrat mengadakan perdebatan itu dibuat susulan tindakan Pemuda Umno negeri membuat aduan polis kelmarin berhubung kenyataannya dalam satu ceramah politik 21 Jun lalu, yang didakwa berbaur hasutan dan boleh mencetuskan ketegangan.

Katanya lagi, perkara yang berlaku sekarang tidak akan selesai hanya dengan menggunakan media sebagai saluran tetapi mesti dibincang secara berdepan.

sumber :malaysiakini

CALON PAS

Seperti yang diramalkan seorang peniaga ikan yang juga AJK PAS Kawasan Kuala Krai, Mohd. Fauzi Abdullah telah diumumkan sebagai calon PAS untuk N41 Manek Urai.

Pengumuman itu dilakukan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebenatar tadi di dalam satu majilis yang dihadiri oleh pemimpim-pemimpin PAS Pusat dan negeri kelantan juga disertai oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.

Presiden PAS Datuk Seri Hj Abdul Hadi Awang turut bersama di dalam majlis berkenaan berserta Penasihat DAP, Lim Kit Siang.



Fauzi yang berusia dalam lingkungan 40-an adalah seorang peniaga ikan dan anak tempatan.

Selain jawatan bendahari, beliau juga bertanggung sebagai pengerusi Majlis Tindakan DUN (MTD) Guchil - juga terletak dalam parlimen Kuala Krai.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan pilihan raya kecil kawasan tersebut akan diadakan pada 14 Julai manakala penamaan calon 6 Julai.

Sementara itu, BN pula dijangka mengumumkan calonnya Ahad ini.

Ketua Pemuda Umno Kuala Krai, Tuan Aziz Tuan Mat dianggap calon yang paling sesuai untuk mewakili BN dalam pilihanraya kecil tersebut.

Tuan Aziz antara tiga nama yang dicadangkan oleh Umno bahagian. Dua lagi ialah naib ketua Umno bahagian, Che Jalal Muda dan bekas ADUN Mengkebang, Azizuddin Hassan.

sumber : hidupharapan.blogspot

PM 1MALAYSIA...


Gesaan Najib teruskan bincang kerajaan perpaduan dibidas
Thursday, 25 June 2009 • Kategori: Berita Utama

KUALA LUMPUR, Jun 25 — Penasihat DAP Lim Kit Siang membidas gesaan Perdana Menteri Najib Razak kepada PAS supaya menghidupkan semula cadangan pembentukan kerajaan perpaduan, kononnya demi kepentingan bangsa melayu dan Islam.

Lim menyifatkan gesaan itu bukan sahaja mencerminkan politik sempit tetapi dan mencondong kepada perpaduan satu kaum sahaja.

“Adakah beliau merestui jika perbincangan mengenai perpaduan antara kaum Cina diadakan oleh parti BN dan pihak lain ..begitu juga jika perbincangan yang sama antara kaum India, Iban atau Kadazan? tanya Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timor.

Bercakap kepada media di lobi Parlimen, Kit Siang berkata gesaan najib itu membelakangkan slogan 1Malaysia yang dicanangnya sebagai komitment pentadbiran beliau untuk memupuk perpaduan kalangan pelbagai kaum.

“Kita sepatutnya mengadakan perbincangan perpaduan rakyat Malaysia dan Pakatan Rakyat bersikap terbuka jika mahu diadakan perbincangan bersama bagi semua isu-isu demi kepentingan negara,” tambahnya lagi.

Beliau juga melontar persoalan samada parti-parti komponen BN akan terus menerima konsep 1Malaysia dalam keadaan UMNO begitu cenderung mahu menubuhkan kerajaan perpaduan dengan PAS.

Beliau mencabar pemimpin parti komponen Bn membuat pendirian terbuka dengan kesungguhan UMNO untuk menjalin kerjasama politik dengan PAS atas alasan memelihara kepentingan Melayu.

“Adakah Ong Tee Keat (Presiden MCA) dan Koh Tsu Koon (Presiden Gerakan) bersetuju bahawa perbincangan perpaduan Melayu tidak bercanggah dengan 1 Malaysia? Mengapa mereka membisu mengenai perkara ini? tanya Kit Siang.

Najib terus memainkan isu kerajaan perpaduan sebagai modal politik untuk meraih sokongan pengundi Melayu yang semakin pudar terhadap UMNO. PAS telah pun secara rasmi menolak perlawaan itu dan menyatakan komitment penuh untuk memperkasakan Pakatan Rakyat sebagai kerajaan alternatif yang berwibawa bagi menggantikan BN.

Dalam satu kenyataan bersama Isnin lalu, ketiga-tiga pimpinan tertinggi Parti Keadilan Rakyat, PAS dan DAP menolak cadangan kerajaan perpaduan sebagai fitnah dan tohmahan jahat serta tindakan terdesak Umno untuk menggugat kekuatan Pakatan yang semakin mendapat dokongan rakyat.

Kenyataan itu ditandatangani oleh Ketua Umum Keadilan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

KISAH BENAR....


Gambar banner ni aku amik dari blog geng aku http://hidupharapan.blogspot.

Tengok je gambar ni...aku teringat satu kes yg jadi waktu hantar adik aku gi kampus dia kat shah alam...kali pertama,wife aku kena tahan atas alasan kereta aku ada sticker PKR...guard balaci umno ni arahkan wife aku buka sticker tu...atas dasar pertahan prinsip n sebagai wife seorang pejuang yang hensem(aku la tu)wife aku berkeras tak nak tanggalkan,dan adik aku kena menapak masuk dalam sebab si balaci ni suruh dia keluar...

Bila aku dapat tau,aku terus kol pegawai dia...nazarudin xsalah aku,aku bgtau n tanya ttg prob tu...dia pon mintak maaf dan sebagainya...ok...aku accept sorry dia...

Then,esok paginya....aku lak masuk hantar adik aku.si balaci yang sama ni juga bersungguh-sungguh tahan keta aku n dengan muka tak puas hati,panggil pegawai dia..aku bertekak n tanya punca aku tak dibenarkan masuk...beliau kata,dalam UITM TAK DIBENARKAN BERPOLITIK dalam erti kata lain...kereta yang masuk juga xleh ada lambang parti...(aku pasti,larangan tu untuk PKR Aje...

Sambung citer,aku dengan selamba n macho,masuk juga tanpa menghiraukan kebodohan balaci2 berdua ni...

kesimpulannya....Umno xpa..PKR xLeh...ni bukti ketakutan regim BN....cuma ingatan untuk balaci2 ni....BN xkan lama,tiba masa nanti kami berkuasa....manusia2 yg menyalahgunakuasa macam ni akan kupastikan terima balasannya...tiada tempat untuk mu menganiaya rakyat lain

BACULNYA BN


semalam,aku dapat berita..ketua Cabang SIK , berkerja di bawah Majlis Keselamatan Negara telah menerima surat pertukarandengan notis 24 jam...

Aku ingatkan UMNO/BN ni dah makin berani...bertanding secara jantan..xsangka,bacul rupanya...Ketua Cabang Sik ini yang telah berumur melebihi 50an ini sepatutnya dibiarkan terus berkerja di tempat tersebut sehingga beliau pencen..tetapi,disebabkan kebaculan dan campurtangan pegawai tertentu yang aku tau siapa..beliau telah ditukarkan ke pejabat di Alor Setar dan beliau kini perlu berulang alik dari rumah beliau dengan jarak perjalanan hampir 2 jam..

dalam perbualan telefon bersama beliau semalam,beliau juga menjelaskan tentang campur tangan pihak tertentu agar beliau ditukarkan jauh dari daerah Sik..beliau bagaimanapun memberi amaran akan terus mempertahankan perjuangan beliau dan akan berkerja lebih kuat bagi memberi lebih tekanan kepada Regim BN...Syabas Pak Habib

Saya juga ingin mengingatkan pegawai tersebut....
AMK CABANG SIK akan terus dikembangkan dan kami akan menjadi pemantau bagi segala kerja kamu di Daerah Sik ini....

Jangan ingat kuasa mu akan dapat menekan perjuangan kami....LAWAN TETAP LAWAN...

ANGAH
TIMB KETUA AMK SIK

PINTU DAH BUKA

Gambar hiasan


UMNO masih buka pintu

KUALA LUMPUR 25 Jun – UMNO masih membuka pintu kepada Pas untuk berunding mengenai kerajaan perpaduan meskipun ia telah ditolak oleh pakatan pembangkang.

Ketua Penerangannya, Ahmad Maslan berkata, sebagai parti yang menjaga kepentingan orang Melayu dan negara, UMNO sentiasa mengamalkan dasar buka pintu terhadap apa jua cadangan yang mampu membawa kebaikan.

Justeru katanya, selari dengan pandangan Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menganggap tidak semua pemimpin Pas menolak kerajaan perpaduan seperti yang dicanangkan, UMNO tidak pernah menganggap cadangan itu sudah terkubur.

“Kita sudah semakin hampir kepada satu hasrat mulia yang mampu membawa kebaikan kepada semua, bukan sahaja orang Melayu, malah kepada seluruh warganegara.

“Meskipun cadangan itu tampak malap, namun kita percaya, setiap hasrat mulia pasti akan berjaya akhirnya dan ia diperkuatkan lagi dengan tidak semua pemimpin Pas kelihatan menolak cadangan kerajaan perpaduan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

UTUSAN ONLINE


ARTIKEL NI MENARIK....AKU INGAT LAGI PM 1MALAYSIA CAKAP,BN MASIH KUKUH UNTUK MEMERINTAH...NI APA DOK KALUT PASAL UG LAGI NI..HIE,TAK PAHAM AKU MOTIF GEROMBOLAN NI.. TAPI YANG AKU NAMPAK BAGUSNYA TENTANG APA SI KETUA PENERANGAN NI CAKAP..."UMNO MASIH BUKA PINTU",..HA,APA LAGI..HAT KAT DALAM TU,PAKAT2 LA KELUAR SELAMATKAN DIRI.RUMAH DAH NAK ROBOH..LAGIPUN PINTU MASIH BUKA..HAHAHA,JANGAN LA NAK PIKIAQ LAMA2..JOIN JA PAKATAN..CONTOHNYA PKR..KAMI MELAYU TAK KAN PERNAH RISAU TENTANG KEISTIMEWAAN MELAYU,SEBAB KAMI SENTIASA ISTIMEWA.BANGSA LAIN TAK RISAU KEDUDUKAN MEREKA,KERANA MEREKA JUGA ISTIMEWA..KITA MANUSIA SAMA SAJA,DIBEZAKAN WARNA KULIT,BANGSA DAN AGAMA.TETAPI HATI PENENTU MEMBEZAKAN KITA.>YANG PUTIH BERSIH,MACAM AKU..YANG HITAM BERTOMPOK MACAM NAJIB(1 MALAYSIA).HAHAHAHA

INI BUKAN FITNAH...INI BETUL-BETUL


kempen video burukkan isteri PM

Jimadie Shah Othman | 25 Jun, 09 2:25pm
kemaskini 4.20pm Lebih kurang dua bulan menjadi wanita pertama negara, Rosmah Mansor kini menjadi sasaran kempen negatif dengan tuduhan-tuduhan berat dan label liar "perempuan puaka" di internet.

Walaupun bukan kali pertama beliau diburuk-burukkan tetapi kali ini ia disediakan dengan lebih tersusun dalam bentuk siri dokumentari pendek.

Ia diolah dalam bentuk wawancara dengan beberapa individu yang didakwa ahli-ahli keluarga terdekat Rosmah dan kenalan dekatnya di kampungnya di Negeri Sembilan.

Adik lelaki Rosmah, ibu saudaranya dan sepupu lelakinya ditemubual di dalam rumah, selain satu babak menunjukkan sebuah rumah buruk yang didakwa kediaman asal ibu bapanya.



Tiga klip video tersebut yang mendakwa isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sudah melupakan asal-usulnya pertama kali diterbitkan 9 Jun lalu dan cepat disebarkan oleh beberapa blog setelah diumumkan di Malaysia Today.

Blog yang dikendalikan oleh Raja Petra Kamaruddin  yang mula-mula mengaitkan Rosmah dengan kes pembunuhan Altantuya Shaariibu yang kini menjadi kes mahkamah  mendakwa, video itu dirakam secara eksklusif untuk lamannya.

Siri kedua dan tiga klip video terbitkan "C4 Production House" selama 10 minit itu dimuatkan di Youtube.com masing-masing pada 11 Jun dan 15 Jun lalu.

Ketiga-tiga siri video tersebut kini ditonton lebih 200,000 kali  154,890 untuk bahagian pertama, 86,273 bahagian kedua dan 51,299 untuk bahagian ketiga  dan mendapat perhatian besar di internet.

Menurut tinjauan melalui enjin pencarian terkemuka Google, ia dimuatkan kembali ke laman-laman web lain, termasuk di blog Pemuda PAS Wangsa Maju, Angkatan Muda PKR bahagian-bahagian Gelang Patah dan Kota Raja, serta laman web popular Tranungkite.net.

sumber...malaysiakini

ISH.ISH.ISH,SILAP TU.INI BUKAN KEMPEN BURUKKAN ROSMAH,INI KEMPEN MENGHIAS BENDA BURUK,.MCM MAKANAN,XDAK AJINOMOTO,KURANG SEDAPNYA,.AWEK,XMEKAP TAK NAMPAK SERINYA.MACAM TU LAH ROSMAH,DAH BURUK...TAMBAHKAN BURUKNYA...HAHAHA,BURUK,BURUK SI BINI NAJIB.MEMANGLAH BURUK BINI SI NAJIB.SAPA YANG BURUK.PASTINYA BINI NAJIB

EHEM.EHEM...BERINGAT SEBELUM KENA

gambar hiasan
Program Pemuda Prihatin Di Manik Urai Jumaat Ini

Oleh S.A Najmuddin

Kuala Lumpur -- Pemuda UMNO mempunyai jadual yang padat bersama penduduk di Manik Urai sempena program prihatin pergerakan itu yang akan bermula Jumaat ini.

Menerusi program tersebut, Exco-exco Pemuda UMNO pusat akan bermalam di rumah keluarga angkat masing-masing dan akan terlibat dengan pelbagai program yang telah diatur bersama penduduk setempat.

BERITA INI LANGSUNG TAK MENARIK MINAT AKU....CUMANYA,AKU BERI PERHATIAN PADA SEPOTONG AYAT BERIKUT... 'Exco-exco Pemuda UMNO pusat akan bermalam di rumah keluarga angkat'...HATI-HATI WAHAI PAKCIIK DAN MAKCIK.KALAU ADA ANAK DARA DI RUMAH,TUMPANGKANLAH DI RUMAH LAIN...KALAU ADA LEBIHAN WANG DI RUMAH,MASUKKANLAH KE BANK.BUKAN APA KAN,MANALAH TAU,BUKAN MUHRIM...LAGIPULA,BUKAN NYA KENAL BETUL ORANG YANG MENUMPANG TU.BAYANGKANLAH KALAU TAK BERJAGA-JAGA,NIAT HATI MANUSIA,SIAPA YANG TAHU,TAKUT NANTI,LAIN YANG JADI.>PERGI PLKN PUN BOLDEH KENA ROGOL,JADI CUMA MENASIHATI..BERHATI-HATI....

Cawangan UNISEL Diperluas




Wednesday, 24 June 2009 • Kategori: Berita Semasa, Berita Utama, Nasional

Universiti Industri Selangor (UNISEL) merancang membuka kampus cawangan, bukan sahaja di seluruh Selangor, malah di Negara-negara Asian.

Menteri Besar, Tan Sri Abd Khalid Ibrahim berkata, UNISEL kini semakin mendapat sambutan selepas meraih beberapa anugerah dan kejayaan di peringkat dunia.

Bercakap kepada sidang media selepas merasmikan sambutan ulang tahun UNISEL ke-10 di Bestari Jaya hari ini, beliau berkata universiti milik kerajaan negeri ini, setanding dengan universiti tempatan dan luar Negara.

Menurut Tan Sri Abd Khalid Ibrahim,beliau dimaklumkan tentang hasrat UNISEL untuk menjadi universiti berkonsepkan regional(wilayah) yang terbaik di Asia Tenggara.

Tan Sri Abd Khalid Ibrahim banga terhadap perkembangan UNISEL yang melepasi tempoh 10 tahun membangun dan memajukan citra keilmuan serta kemahiran pelajar.

Kejayaan UNISEL sama ada CANSAT,kemenangan kayak atau kejayaan terpilih menyertai pertandingan kereta cukup menyakinkan Tan Sri Abd Khalid Ibrahim betapa UNISEL sudah mampu menjadi antara universiti swasta terbaik di negeri ini.

Dalam pada itu, beliau menyarankan supaya kajian-kajian yang dihasilkan oleh UNISEL, dikomersialkan untuk faedah rakyat selangor.

Sambutan ulang tahun Unisel ini diserikan dengan persembahan Pentomin dan Deklamasi Sajak oleh pelajar-pelajar UNISEL.

Turut hadir pada majlis itu ialah Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Insan, Dr Halimah Ali

sumber: Suara Keadilan

TAHNIAH UNISEL...TAHNIAH KERAJAAN NEGERI SELANGOR....
KERAJAAN PAKATAN RAKYAT....CONTOH BUAT 1MALAYSIA...HAHAHA

INILAH PM 1 MALAYSIA

PAGI NI....aku ngah boring...buka la blog umno 1 ni...SELAMATKANUMNO nama dia...terbacalah aku artikel yg aku rasa sesuai share ngan korang semua....Berikut merupakan artikel tersebut.................



Najib; 17 Tahun Yang Lalu..

Pernahkah anda melihat atau membeli serta membaca majalah ini..

Majalah ini diterbitkan pada November 1999..Penerbitnya adalah Purnama Gemilang Sdn Bhd yg beralamat Taman Sri Gombak Batu Caves Selangor Darul Ehsan.. Pengarangnya pula adalah A.Ahmade A,Rahman (Kalam Melayu)...

Telah membelinya dan masih menyimpanya dan ia masih kekal berkeadaan baik..
sudah 10 tahun ianya tersimpan didalam kotak..baru ini berkemas dan jumpa semula

Apa yang menariknya tentang majalah ini ianya bukan sekadar "menyerang" DR M..tetapi terselit satu kenyataan Dato Seri Najib Tun Razak yg perlu kita fikirkan bersama dan membuat keputusan "menolaknya" dari memimpin negara serta tidak layak utk memimpin umat Islam di negara kita...

Adakah kenyataan seperti ini mencerminkan seorang pemimpin yg beragama Islam yang mampu membela umat Melayu..sama-sama kita renungkan...

Mungkin ramai sudah lupa (almaklumlah beliau ini tergolong "Melayu Mudah Lupa")..namun sejarah tidak melupakan beliau...walaupun sudah berlalu 17 tahun lamanya...dan mungkin utk selama-lamanya..sejarah sentiasa mengingatinya...
KATANYA......
Negara Akan Huru-Hara Sekiranya Undang2 Islam diLaksanakan - Najib 1993

kera di hutan disusukan,anak di rumah mati kelaparan


Azmin: Jean Todt Dibayar RM900,000, Diberi Tanah Di Terengganu
Wednesday, 24 June 2009 • Kategori: Berita Semasa, Berita Utama, Nasional

Kementerian Pelancongan hari ini enggan menjelaskan kepada Parlimen kenapa Jean Todt iaitu tunang pelakon terkenal Michelle Yeoh diberikan kontrak lumayan RM900,000.

Naib Presiden PKR Azmin Ali berkata alasan bahawa bayaran itu untuk khidmat Todt menarik rakyat asing menetap di sini di bawah kempen “Malaysia- rumah kedua ku” tidak masuk akal.

Ini kerana misi itu dilaksanakan sepenuhnya oleh wakil pejabat Pelancongan Malaysia di seluruh dunia, tambah beliau.

Selain menerima hampir sejuta ringgit setahun, Todt turut ditawarkan tanah di Pulau Besar Terengganu, kata Azmin .

Azmin mendesak kerajaan mendedahkan butir-butir perjanjian Kementerian Pelancongan dan Todt supaya rakyat mengetahui bagaimana RM900,000 dibelanjakan.

Menteri Pelancongan Datuk Ng Yen Yen melantik Jean Todt sebagai ‘duta’ Pelancongan Malaysia untuk tempoh setahun dalam usaha kerajaan menarik 2,000 pelancong menetap di negara ini.

Azmin menampilkan dokumen yang menunjukkan yuran perkhidmatan Jean Todt sahaja mencecah RM593,400. Kos itu termasuk wang untuk tambang perjalanan, perbelanjaan dan wang saku.

Selain itu Umno-BN turut membayar Todt RM388,000 untuk bercuti di dalam negara, kata Azmin.

“Mengapa sejumlah RM593,000 dibayar kepada Jean Todt untuk membuat promosi ini,” tanya Azmin.

“Kalau kita tengok pecahan yang saya dapat, kos untuk tambang kapal terbang dari Eropah ke Kuala Lumpur ke Eropah mencecah RM180,000 ringgit. Ini tidak termasuk kos penginapan yang mencecah RM80,000 untuk tiga malam,” tambah Azmin

Timbalan Menteri Pelancongan Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Taib bagaimana pun enggan menjawab pertanyaan Azmin.

Azmin berkata beliau mempunyai maklumat terperinci mengenai pemborosan yang berlaku tetapi mahu memberi peluang kepada UMNO-BN menjelaskan perbelanjaan sebegitu besar.

“ Saya mahukan kerajaan memberi jawapan dengan tepat. Saya harap kementerian dapat beri jawapan secepat mungkin kerana ini sesuatu yang mudah dan mereka boleh menjelaskan dengan segera,” kata beliau.

sumber: Suara Keadilan

HA ,TU DIA....LAMBAK LAGI...SUAP LAGI..BELA LA KRONI-KRONI..ITU PASAL ADA ORANG KATA,YANG KAYA BERTAMBAH KAYA,YANG MISKIN PAPA KEDANA,SATU UNTUK RAKYAT,BERJUTA-JUTA UNTUK MEREKA.....BILA RAKYAT TANYA,SENANG JA,DOK DIAM,PASTU,WAT TAK TAU APA

Penyandang Tiga Jawatan Utama Digugurkan




KUALA TERENGGANU [12.57 pm] - Penyandang tiga jawatan utama dalam badan perhubungan UMNO Terengganu - Setiausaha, Ketua Penerangan dan Bendahari digugurkan daripada jawatan masing-masing malam tadi. Pengerusi UMNO negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein (foto) berkata, ia merupakan antara usaha untuk memulihkan UMNO Terengganu yang sebelum ini berpuak-puak.
"Ini cara saya akan pimpin Umno Terengganu dengan bantuan Menteri Besar Datuk Ahmad Said," katanya. Ditanya sama ada tindakan itu diambil ekoran siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap dua Datuk dalam Umno negeri, beliau berkata: "Bagi saya yang paling penting ialah untuk pikul tanggungjawab. Mereka yang lepaskan jawatan tak semestinya tugas dan tangungjawab mereka lebih mudah kerana mereka ada tanggungjawab yang harus dipikul".
Hishammuddin juga menafikan tindakan tersebut menampakkan beliau seolah-olah cenderung kepada satu pihak sahaja, sebaliknya berkata ia mendapat 'restu' semua pemimpin UMNObahagian. Ekoran itu, ketua UMNO Hulu Terengganu yang juga Speaker DUN Terengganu, Datuk Tengku Putera Tengku Awang dilantik sebagai setiausaha menggantikan Datuk Rosli Mat Hassan.
Menteri Belia dan Sukan yang juga ahli parlimen Kemaman, Datuk Ahmad Shabery Chik pula dilantik sebagai ketua penerangan menggantikan Datuk Zuber Embong. Manakala timbalan ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus, Datuk Rahin Mohd Said dilantik sebagai bendahari menggantikan Datuk Roslan Awang Chik.
Hishammuddin juga mahukan semua pihak ketepikan sikap berpuak-puak . Ketua UMNO Bahagian Besut Datuk Seri Idris Jusoh tidak menghadiri mesyuarat malam tadi kerana kini melanjutkan pelajaran di luar negara

http://farizmusa.blogspot.com

KHAIRY SUDAH MARI....BAWA UANG BERGUNI...SEBAB MAU KASI...BELI SAMA UNDI..


KUALA KRAI 23 Jun — Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin akan mengetuai jentera Pemuda Umno bagi program Pemuda Masuk Kampung di Manik Urai selama tiga hari bermula Khamis ini.


Setiausaha Kerja Pemuda Umno Kelantan Mohamad Zaidan Abdul Rahim berkata program yang akan turut dihadiri semua Exco Pemuda Umno Pusat termasuk Ketua dan Naib Pemuda setiap negeri itu bertujuan mendekatkan golongan muda di Manik Urai dengan Umno.


“Pelbagai program sarat diatur terutama untuk bertemu golongan muda seperti mengadakan program anak angkat, sukan persahabatan dan bengkel membaiki motosikal,” katanya kepada Bernama selepas majlis bertemu penduduk di sini, malam tadi.


Mohamad Zaidan berkata selain itu jentera Pemuda itu juga akan mengadakan lawatan dari rumah ke rumah untuk bertemu penduduk bagi mendengar segala permasalahan mereka.


Penamaan calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Manik Urai itu akan diadakan pada 6 Julai dan jika ada pertandingan hari pengundian pada 14 Julai.


Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya daripada PAS, Ismail Yaakob pada 22 Mei lepas. - Bernama

YARIBA....YARIBA....UNTUNG SUDAH MARI...KHAIRY TURUN BAWA MONEY...HIHIHI...JANGAN RISAU BELI UNDI....TENGOK SAJA CONTOH YANG DAH JADI...KASI MONEY ....BELI UNDI...JAWATAN TERTINGGI KETUA PEMUDA PARTI....ADA BUKTI...AMARAN JE DIA BAGI....APA NAK PIKIR LAGI...KHAIRY...BUDAK KEBAL...RASUAH PUN MASIH STEADY...LAGIPULA,ITUKAN AMALAN BIASA PARTI...UMNO...DULU KINI,SAMPAI MATI

Waran tangkap untuk MP Kapar



23 Jun, 09 1:08pm
Waran tangkap dikeluarkan terhadap ahli parlimen PKR S Manikavasagam setelah gagal menghadiri siasatan awam berhubung kematian mengejut pelakon K Sujatha.

Waran itu dikeluarkan oleh koroner Mohd Faizi Che Abu pagi ini selepas beliau dimaklumkan bahawa ahli parlimen Kapar itu enggan menerima sapena yang cuba diserahkan semalam.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Manikavasagam berkata beliau enggan menerima sapena itu yang diserahkan di Parlimen dan sewajarnya polis menyerahkan di kediamannya atau bilik operasinya di Kapar.'

malaysiakini

DEMO ANTI ISA: 1 OGOS


Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) hari ini secara rasmi mengumumkan perhimpunan besar-besaran mendesak penghapusan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), 1 Ogos ini.Pengerusi NGO itu Syed Ibrahim Syed Noh berkata, agenda program pada hari tersebut belum diputuskan lagi dan dijangka akan diketahui menjelang tarikh tersebut.

Tambahnya, mereka mensasarkan jumlah "sekurang-kurang menyamai jumlah mereka yang menyertai perarakan anjuran Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih), dua tahun lalu.Pada perarakan ke Istana Negara pada November 2007, kira-kira 40,000 ribu orang turun bersama-sama dengan tokoh-tokoh pembangkang.

Lokasi dan masa belum ditetapkan lagi, kata Syed Ibrahim di sidang media GMI di Dewan Pehimpunan Cina Selangor, Kuala Lumpur pagi ini.Ditanya mengapa penangguhan tarikh himpunan tersebut sebanyak dua kali, pada Mac dan Jun, beliau berkata mereka terpaksa menghadapi pilihanraya kecil - menjelang pilihanraya parlimen Bukit Gantang dan DUN Penanti.

"Tetapi penangguhan tersebut ada manfaat. Kita dapat satu tarikh yang cantik," katanya. Dalam satu kenyataannya, Syed Ibrahim berkata "tarikh 1 Ogos dipilih sempena 49 tahun ISA yang digubal sejak 1 Ogos tahun 1960."

"Masa yang terlalu lama untuk negara dibiarkan diselubungi dengan akta yang empunya kuasa amat luas menahan tanpa bicara, menghukum tanpa bukti dan memenjara tanpa tempoh menentu. "Sudah tiba masanya, akta usang itu bukan sahaja dikaji semula tetapi dimansuhkan sama sekali," katanya lagi.

GMI mengatur beberapa program menjelang himpunan besar tersebut, antaranya, siri ceramah di seluruh negara, pengedaran risalah, pertunjukan seni, forum dan petisyen dalam talian.Sidang media itu turut disertai anggota-anggota gabungan NGO itu, termasuk wakil-wakil PAS, PKR, PSM, Pertubuhan Jemaah Islam Malaysia (JIM), Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Pusat Wartawan Independen (CIJ).

http://farizmusa.blogspot.com

“Saya Bersedia Disaman………” Kata Cikgu Fariz Musa.

Written by SM Noor
Monday, 22 June 2009 04:16

KUALA TERENGGANU – Ketua Angkatan Muda Keadilan Terengganu, Cikgu Fariz Musa bersedia menghadapi saman dari pihak-pihak yang cuba berselindung dan menyembunyikan kebenaran dan fakta tentang tragedi runtuhnya bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.
”Saya telah menerima panggilan telefon yang memberikan (menyampaikan) maklumat bahawa Datuk Bandar Kuala Terengganu dijangka akan saman saya kerana dikatakan kenyataan media saya menuduh beliau terlibat dalam pengeluaran CF (Sijil Layak Menduduki – Certificate of Fitness) Stadium Sultan Zainal Abidin,”katanya dalam laman blognya.
Menurutnya, alasan Datuk Bandar akan mengambil tinfakan saman itu adalah kerana bangunan kerajaan tidak memerlukan CF.”Bermakna stadium tersebut siap dibina tanpa perlu kepada Sijil Layak Menduduki (CF),”menarik dan pelik ! setiap rumah dan bangunan persedirian perlu kepada CF , tetapi bangunan kerajaan tidak perlu ?,”soalnya.
Katanya, beliau dimaklumkan bangunan kerajaan hanya memerlukan Sijil Siap Kerja (SSK) daripada Jabatan Kerja Raya (JKR).”sedangkan (dalam kes Stadium Sultan Mizan) JKR bagi tahu (mendedahkan) yang bumbung stadium (itu) tidak ada SSK!,”jelas Fariz turut mempersoalkan, mengapa setiap bangunan kerajaan tidak perlu ada CF.
Katanya, beliau bersedia di saman oleh Datuk Bandar Kuala Terengganu sekiranya betul (benar) beliau tidak keluarkan CF kepada Stadium Sultan Mizan. ”Kepada (menurut) amalan biasa bahawa pengeluaran CF adalah di bawah tanggungjawab (pihak) Kerajaan Tempatan, sama-sama kita kaji dan selidiki,
“kalau betul bangunan kerajaan tidak perlu ada CF, ini peranan yang perlu kita perjuangkan demi kepentingan rakyat!,”tegasnya.
Beliau terus menyoal, bukankah keselamatan rakyat perlu diutamakan? Isu bangunan kerajaan tidak perlu CF adalah menarik ! ”Bagaimana pula dengan bangunan tanpa SSK dibenarkan oleh Datuk Bandar Kuala Terengganu menggunakannya (digunakan) untuk rakyat umum ? bagaimana JKR benarkan stadium tersebut digunakan tanpa JKR keluarkan SSK ? menarik !,”katanya. - buletinonline

Nik Aziz tarik balik minta Nasha keluar PAS




Abdul Rahim Sabri | 22 Jun, 09 7:33pm
Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Nik Mat petang ini mengumumkan menarik balik kenyataannya menggesa Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa meninggalkan PAS dan meletakkan jawatan ahli parlimen Bachok jika menyokong cadangan kerajaan perpaduan dengan Umno.

Nik Abdul Aziz yang juga menteri besar Kelantan menegaskan demikian dalam satu kenyataan yang dibaca selepas satu perjumpaan khas hampir dua jam, mulai 5 petang tadi di pejabat agung PAS di ibunegara.

Berikut adalah kenyataan penuh Nik Aziz:

"Setelah berbincang dari awal hingga akhir dalam perjumpaan khas yang diadakan di pejabat agung (PAS) dalam semangat kekeluargaan bagi menangani permasalahan dalam beberapa isu politik semasa, yang dibesar-besarkan oleh media perdana, kami akhirnya bersetuju sebulat suara melupakan prihal salah tanggapan antara pimpinan atasan parti akibat daripada permainan politik parti Umno.

"Kami bersama-sama dalam satu saf yang padu, untuk terus bersama-sama memperjuangkan keazaman PAS bagi mendaulat Islam di persada tanahair.

"Kami juga bersetuju sebulat suara bahawa kerajaan perpaduan diberhentikan serta merta seperti yang telah diputuskan oleh Presiden PAS bersama Pakatan Rakyat dalam satu kenyataan bersama di bangunan Parlimen jam 2.30 tadi yang menolak sepenuhnya idea kerajaan perpaduan.

"Oleh yang demikian, selaras dengan itu, saya selaku Mursyidul Am PAS menarik balik segala kenyataan saya terhadap YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS dan dengan itu, ianya tidak berbangkit lagi."

Perjumpaan khas itu turut dihadiri oleh Nasharuddin, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din; Naib Presiden - Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar - Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, bekas naib presiden, Ahmad Awang, Ketua Dewan Pemuda, Nasruddin Hassan dan Ketua Muslimat Nurida Salleh.
sumber: malaysiakini

BICARA KES LIWAT TANGGUH


KUALA LUMPUR 22 Jun – Perbicaraan kes liwat yang dihadapi oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sepatutnya diadakan di Mahkamah Tinggi di sini mulai 1 Julai ditangguhkan kepada 8 Julai.

Hakim, Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah menetapkan tarikh tersebut bagi mendengar dua permohonan lain yang dikemukakan oleh Anwar.

Hakim tersebut menetapkan 1 Julai untuk mendengar permohonan Anwar supaya dibekalkan dengan dokumen dan barangan berkaitan kes liwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Mahkamah juga akan mendengar pada 8 Julai ini permohonan Ketua Pembangkang tersebut untuk membatalkan pertuduhan liwat yang dihadapinya. - Utusan

NI BARU PERMULAAN....kita tengok rentetan ceritera selepas ini

CONTOH BUAT REMAJA



Ia merupakan tindakan kurang sopan yang perlu dijauhi...dengan erti kata lain...orang tersebut juga perlu dijauhi serta ideologi juga harus dijauhi...JAUHI RAFIDAH...JAUHI UMNO...LEBIH LEBIH LAGI NAJIB....

100 Dalil Mengapa Najib tak boleh jadi PM“.


Dahulu Anwar Ibrahim dijatuhkan dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno selepas buku “100 Dalil Mengapa Anwar Tidak boleh jadi PM” di keluarkan.

Buku tersebutlah punca Anwar diperlakukan dengan kejam dan akhirnya merengkok dalam penjara selama 6 tahun.

Semalam saya menerima email dari seseorang yang tidak dikenali iaitu email yang sama menghantar link video mengenai Rosmah. Email tersebut bertajuk “100 Dalil Mengapa Najib tak boleh jadi PM“. Ditinggalkan link yang membawa kita kesebuah blog yang mempaparkan sebahagian daripada buku tersebut..

Setelah diselidiki ia iadalah buku yang pernah diterbitkan beberapa tahun lalu, tetapi menurut email yang dihantar menyatakan buku ini sedang peringkat akhir akan dicetak sebanyak puluhan ribu naskah untuk edaran percuma.

Nampaknya serangan terhadap Najibbertambah serius... dengan cara kempen taktik dan wang yang dibelanjakan nampaknya 'geng dalam Umno' yang menyerangnya amat serius.

http://chegubard.blogspot.com

Selamat Hari Bapa


Salam buat semua bapa-bapa di Malaysia

Semangat mu membawa cahaya,
ketegasanmu membentuk juara,
kasih sayangmu memberi bahagia,
dikau lah bapa,
inspirasi buat semua,
dikau senantiasa bersama
di kala suka,dikala duka,
dikaulah abahku
Habib Danial Al-Keilani...
SELAMAT HARI BAPA buatmu...
juga semua bapa-bapa di Malaysia

STRATEGIC PLANNING FOR SUCCESS WORKSHOP



Kursus ini dihadiri oleh Biro politik,biro latihan,dan beberapa jemputan lain...Aku antara yang bertuah dan menjadi peserta termuda bagi kursus tersebut yang sedang berlansung 18/06/2009 - 20/06/09

AHLAN WA SAHLAN

SELAMAT DATANG ZAID IBRAHIM...

PENGUMUMAN RASMI KEMASUKAN ZAID IBRAHIM KE PARTI KEADILAN RAKYAT..2PM PADA KONGRES KHAS DI KOLEJ UNIVERSITI ISLAM SELANGOR...

ALTANTUYA????

Mau tahu apa maksud ALTANTUYA..Sila ikuti langkah berikut:

BUKA KAMUS SEPERTI GAMBAR TERTERA N MUKA SURAT SEPERTI BERIKUT


SUMBER HIDUPHARAPAN.BLOGSPOT.COM

PERBAHASAN WAKIL JOHOR

UCAPAN KHAS KETUA UMUM


JAM 10 PAGI

KONGRESS NASIONAL KHAS 2009




Keadaan di dalam dewan sebelum bermula kongress jam 9 pagi