Powered By Blogger

ehem....ehem



Pagi tadi,pas aku makan kat gerai tepi jalan kat Guar Perahu.aku nampak banner ni...
Gempak tu,Bertanding tak berani,hantar balaci berani lak....tapi kan,aku respek n saspek kat brader lokman ni..dulu dier ni kire aku suka gak la,tapi skrg dier merupaan pemuda paling berani di alam semesta...sanggup turun ke penanti tu,baper upah dier agaknyer ek....mesti banyak kan...Kalo kak min xbertanding pon dapat RM 80,000.00...inikan pula EXCO pemuda UMNO nie....apa pun,gua respek sama lu,berani turun sini,tapi gua pelik la kan.asal lu tak bertanding jer kat PENANTI,lu takut ek...wakakaka....tahniah to you balaci....bos buang air,lu turun kasi cuci...

CERAMAH PRK PENANTI 30/05/09

CERAMAH PRK PENANTI 29/05/09

CERAMAH PRK PENANTI 28/05/09

Siri edaran risalah AMK

27 Mei 2009 - bertempat di taman Guar perahu,Skuad Pilihanraya AMK telah menjalankan aktiviti edaran risalah serta handbill ke pasar malam Taman Guar Perahu.
Berikut merupakan gambar-gambar ketika sesi tersebut.



KHEMAHOH KHEMAH,KERANAMU 5ORG DITANGKAP

Mogok lapar: Polis tahan lima pekerja
26/05/2009 11:09am


IPOH 26 Mei – Lima pekerja lelaki yang sedang memasang khemah dan alat siar raya bagi menjayakan kempen mogok lapar anjuran pakatan pembangkang di luar Wisma DAP ditahan polis kira-kira pukul 7 pagi ini.

Puluhan polis dan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) kini berkawal di tempat kejadian. - Utusan

AMARA BUAT RAKAN2....SETELAH KEJADIAN PAGI TADI,SEBARANG PERKARA BERKAITAN KHEMAH ADALAH DIHARAMKAN....KALO GI CAMPING,,TIDOLAH DI BAWAH POKOK ATAU SEWA JE CHALET KALO ADA..TIME KENDURI LAK,BUATLAH DI DEWAN ATAU HOTEL,AGAK XDAK DUIT,BUAT JE KECIL KECILAN KAT UMAH,TAK PUN OPEN AIR JE LAH...LAGI SYIOK...UNTUK TV3 PULAK...PASTIKAN SURE HEBOH DIBBUAT DI TEMPAT TERTUTUP SEPERTI STADIUM MELAWATI,KALO TEMPAT TERBUKAK,JANGAN PASANG KHEMAH.OPSSSS...TV3 TAKPER,,,PASANG KHEMAH BESAR PON TAKPER...MAKLUMLAH..TV3....PADA YANG LAIN,,BERINGATLAH,JANGAN BIAR HIDUP ANDA DISELUBUNGI MISTERI....MISTERI PELIK,KENAPA AKU DITANGKAP ATAU DITAHAN..HAHAHAHA...INI LAH ERA PENTADBIRAN H1N1 = HISHAMUDDIN 1, NAJIB 1 = SELSEMA....

CERAMAH DI MENGKUANG SEMARAK



Biarpun tanpa kehadiran calon BN,kempen Pilihanraya tetap meriah di mana,siri2 ceramah yg dianjurkan Parti Keadilan Rakyat tetap mendapat sambutan yang hebat.

Ceramah ini diadakan pada malam 23/05/09 dan dibarisi penceramah hebat seperti mat sabu,Dr Hatta serta pengarah pilihanraya AMK,Fariz Musa

SAFETY RIDING


150 buah motorsikal terawal dapat menikmati servis tukar minyak hitam 4T secara percuma....Jangan lepaskan peluang ini...

APA PERSAMAAN MEREKA





Kalau nak tau,persamaan mereka yang buat najib takut nak lawan kat Penanti kerana..Nama..
Nama islam altantuya adalah AMINAH BINTI ABDULLAH..
Nama kakak ni pun AMINAH BINTI ABBDULLAH

SO...SAPA NAK TGK AMINAH...JOM PAKAT PI PENANTI

BN DAH PUPUS DI PENANTI

18 Mei 2009....Hari ini dalam sejarah,BN takut bertanding di Penanti...bagi aku,ini merupakan detik mula untuk kejatuhan regim gerombolan..Sempena sejarah itu,aku ada soalann objektif untuk korang....


BN TIDAK BERTANDING DI PENANTI KERANA.??
A) BN TELAH KEPUPUSAN PENYOKONG DI KAWASAN
PERMATANG PAUH
B) BN TELAH DIDEFINISIKAN SEBAGAI "BACUL NAJIB=BN"
C) NAJIB TAKUT KAT "AMINAH BINTI ABDULLAH"
D) KESEMUA DI ATAS.

Apapun,aku xpercaya...xmustahil,pada hari penamaan calon,,akan ada calon BN yg hadir...semua itu adalah kemungkinan agar kita leka dan lalai...

Selamat berjuang...Penanti,aku pasti....Reformasi tak kan mati...

BACK TO SELAMBAU




17 Mei 2009...Biro Pilihanraya AMK telah kembali ke kawasan N25 Bukit Selambau bbagi mengunjungi rakan-rakan di sana..Aku,cikgu Fariz,Zaleha(pen. Setiausaha) serta Zul telah berkunjung ke bukit selambau selepas meghadiri sesi perbincangan serta melawat bilik gerakan AMK di Guar Perahu,Penanti.

Kunjungan kami disambut meriah oleh jawatankuasa Pas Cawangan Lembah Permai...perkara pertama yang kami tanyakann pada mereka adalah berkaitann prestasi YB baru merangkap exco kerajaan negeri saudara Manikumar.Alhamdulillah,mereka nampaknya berpuas hati dengan YB mereka yang telah dilantik itu.

Sambil bercerita,kami mendapat khabar kurang menggembirakan tentang tindakan ahli UMNO yang telah mmenidakkan hak penduduk bagi menggunnakan khemah yang diberi oleh kerajaan negeri.Khabarnya khemah tersebut yang pada mulanya disimpan di surau taman telah dipindahkann ke bilik gerakan UMNO cawangan.Apa kes lah puak2 gerombolan ni..Terimalah kekalahan,jangan memalukan diri sendiri.Walaubagaimanapun,kami berbangga dengan semangat ahli pas cawangan yang tidak menunjukkan kelemahan.kata mereka,kini mereka dalam proses untuk membeli khemah sendiri untuk kegunaan peduduk setempat.

Tahniah dan terima kasih atas layanan semua untuk kami.
Insyaallah,jumpa di Penanti..

Kenyataan Akhbar Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat





Pendirian Pakatan Rakyat berkenaan Isu Perak dan Junta Myamar

Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat telah mengadakan pertemuan di Pejabat PAS Jalan Raja Laut (14 Mei) dan telah mengambil keputusan berikut:Pakatan Rakyat mengambil sikap terbuka dan bersedia untuk bertemu dengan YAB Perdana Menteri untuk memperkukuhkan demokrasi dan institusi kerajaan negeri Perak. Kami mengulangi pendirian bahawa mandat seharusnya diserahkan kembali kepada rakyat Perak untuk menentukan kerajaan yang sah.

Kami mengambil maklum bahawa terdapat badan-badan dan individu seperti Yang DiPertua Dewan Negara, institusi seperti Suhakam, Majlis Peguam, ahli akademik, pemimpin dari parti komponen BN dan pelbagai pihak lain yang berpandangan bahawa penyelesaian terbaik bagi masalah Perak adalah dengan membubarkan Dewan Undangan Negeri bagi membolehkan pilihanraya baru diadakan.

Pakatan Rakyat juga kesal dengan tindakan junta Myanmar yang telah menangkap pejuang hak asasi Myanmar Aung San Suu Kyi atas tuduhan remeh. Tuduhan tersebut adalah tidak munasabah dan tidak dapat diterima. Sehubungan dengan itu pihak kami menggesa kerajaan ASEAN untuk mengambil tindakan dan mendesak Myanmar membebaskan beliau tanpa syarat.

Dato Seri Anwar Ibrahim , Dato’ Seri Abdul Hadi dan Lim Kit Siang

SUMBER HTTP://FARIZMUSA.BLOGSPOT.COM

BUBAR...BUBAR...BUBAR

Angkatan Muda Keadilan ( AMK ) menyatakan pendirian BERSETUJU dan MENYOKONG cadangan pembubaran Dewan Undangan Negeri ( DUN ) Perak . Tindakan ini adalah merupakan jalan terbaik dalam usaha menjernihkan suasana yang berlaku akibat krisis politik di negeri Perak . Kemelut politik ini menjadi semakin parah dari masa ke semasa . Pertembungan “ gajah sama gajah , kancil tersepit di tengah-tengah” harus difikirkan secara rasional oleh semua pihak khususnya UMNO / Barisan Nasional . Persoalan ialah kenapa UMNO/Barisan Nasional begitu takut sekiranya berlakunya pembubaran DUN Perak . Sedarlah bahawa yang menjadi mangsa kepada suasana dan keadaan ini ialah rakyat negeri Perak khususnya . Sebelum itu , kronologi kekalutan politik di Perak cukup nyata apabila kekecohan Sidang DUN Perak pada 7 Mei 2009 , 11 Mei 2009 pula menyaksikan Mahkamah Tinggi menentukan YAB Mohamad Nizar sebagai Menteri Besar yang sah daripada segi perlembagaan . 12 Mei 2009 , YB Datuk Zambry memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan yang memperlihatkan Zambry terus berada di kerusi Menteri Besar sehingga pembicaraan dan keputusan di buat oleh mahkamah . Insiden dalam Sidang DUN menyebabkan YB Dato Seri Hj. Abdul Hadi Awang , Presiden PAS mengulangi amaran beliau, kesabaran PAS atas apa yang dilakukan oleh kerajaan UMNO dan Barisan Nasional ada batasnya , membujur lalu melintang patah . Lepas itu apa pula? Atau lebih rela membiarkan konflik politik ini berlarutan tanpa kesudahan ?
Justeru mandat harus diberikan kepada rakyat untuk menentukan parti manakah yang bakal menerajui negeri dan rakyat negeri Perak melalui pilihanraya Dewan Undangan Negeri ( DUN ) Perak.Biar rakyat yang menentukan kerajaan pilihan mereka , sama ada memilih Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional .

AMK merayu perkenan DYMM Sultan Perak yang bijaksana untuk menyelesaikan polemik dan konflik politik ini dengan bertindak membubarkan DUN Perak . YAB Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaludin dan seluruh ADUN Pakatan Rakyat sudah bersedia bersetuju membulat tekad agar DUN Perak dibubarkan . Biar rakyat Perak yang menentukan pilihan mereka . Tindakan membiarkan konflik politik ini akan pasti mengundang dan mengakibatkan suasana politik di negeri Perak sentiasa tegang dan tidak ketentuan .
AMK yakin DYMM Tuanku Sultan tidak akan sanggup dan rela melihat rakyat negeri Perak menderita kerana angkara ini . Jangan sampai rakyat negeri Perak tidak lagi menghormati DYMM Tuanku Sultan dan institusi raja berperlembagaan . Adalah amat hairan sekiranya DYMM Tuanku Sultan Perak masih mampu ‘menutup mata , memekakkan telinga’ dengan apa yang berlaku . Masih tidak mampu menggunakan akal fikir dan budi bicara . Walaupun tiada peruntukkan undang-undang membubarkan DUN dengan cara tersebut oleh DYMM Sultan tetapi kita yakin baginda ada formula tertentu untuk memastikan DUN Perak dibubarkan bagi ke arah membentuk kestabilan politik di negeri Perak .
Konflik politik yang berlaku sudah tentu memberikan kesan kepada rakyat negeri Perak . Angkara 3 ADUN pengkhianat yang melacurkan prinsip dan perjuangan . Rakyat sedang melihat telatah dan ragam orang-orang politik . Kenapa harus membiarkan suasana ini terus terjadi ? Kenapa formula membubarkan DUN tidak dilaksanakan ? Kenapa susah sangat untuk memberikan hak kepada rakyat dalam menentukan keputusan memilih kerajaan negeri bagi mengurustadbirkan negeri Perak .
Kepentingan dan ketuanan rakyat adalah sangat penting . ‘Suara Rakyat Suara Keramat’ harus diyakini dan diakui oleh semua pihak . Berikan kepercayaan kepada rakyat kerana rakyat adalah hakim yang akan menentukan keputusan . Pakatan Rakyat sedia hadapi segala kemungkinan di gelanggang . Menang atau kalah biarlah di gelanggang bukan bertindak di luar dan membelakangkan undang-undang atau perlembagaan . Merampas kuasa dan hak dengan cara kotor dan jelek . Membentuk pakatan jahat atau konspirasi yang terhina dan mengemplimentasikan ‘matlamat menghalalkan cara’. Menghancurkan keadilan dan kebenaran tetapi menegakkan kezaliman dan kebobrokkan. Sehingga sanggup mempermainkan DYMM Sultan untuk merealitikan kepentingan diri dan nafsu serakah mereka . Sehingga demokrasi diperkotak-katikkan .
Bubar Dewan Undangan Negeri Perak adalah langkah paling efektif dan yang paling terbaik dalam menyelesaikan konflik politik di negeri Perak . Berikan kuasa kepada rakyat dan serah mandat kepada rakyat negeri Perak menentukan samada memilih Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat !

Demi perpaduan dan kesejahteraan rakyat dan negeri Perak , AMK mencabar UMNO/Barisan Nasional bersetuju dan menyokong pembubaran DUN Perak supaya memberikan mandat kepada rakyat menentukan kerajaan negeri Perak !

Fariz Musa
Timbalan Ketua AMK

SIAPA ITU..????

MALU LAH SIKIT



Korag baca kartu diatas....apa komen korang...
kartun ini diambil dari laman web pemuda umno malaysia sebagai membuktikan kejahilan mereka tentang sistem perlembagaan di malaysia dan ketertutupan minda dari sebarag kebenaran...aku perlu komen korang untuk ini..

KISAH SEDIH

Sebuah keluarga yang kematian anak meratapi kematian tersebut...selang beberapa lama,keluarga tersebut mendapat khabar gembira dengan kelahiran anak baru bg keluarga itu,.....walaubagaimanapun,kerana tidak dapat menerima hakikat kematian anak tersebut,anak yg baru lahir dinamakan sempena arwah anaknya dan umur juga digunakan umur arwah...setelah sekian lama,anak yg baru meningkat remaja ini kini telahpun berusia 63 tahun atas kejahilan n kebodohan bapanya....kesian...

Berikut merupakan rentetan cerita yang diolah dari kisah sebuah parti yang kononnya melayu tetapi bernama penjajah...
UMNO.....

NIZAR SAH MB


Terkini dari mahkamah tinggi...
Dato seri Nizar disahkan masih MENTERI BESAR PERAK yang sah kerana beliau tidak pernah meletakkan jawatan atau mendapat undi tidak percaya di dalam sidang DUN...

kepada yang ditangkap,,disekat atau disusahkan dalam memastikan DEMOKRASI Di mmalaysia terpelihara..
TAHNIAH DIUCAPKAN....SEMOGA KEJAYAAN INI AKAN MENJADIKAN KITA LEBIH KENTAL DALAM PERJUANGAN DEMI MASA DEPAN....

HABIB AHMAD MUHAIYUDDIN AL-KEILANI
TIMB KETUA AMK SIK
KETUA SKUAD AMK KEDAH
SETIAUSAHA BIRO PILIHARAYA MALAYSIA

SPEAKER DIHERET KELUAR DEWAN


Berbanggalah semua pejuang melayu...berbanggalah semua pejuang Demokrasi...Inikah yang kalian juangkan,berselindung di belakang sultan...Teruskan,suatu detik nanti..Rakyat akan buktikan..kuasa rakyat jangan dipermainkan...

SERBA HITAM

Hariini,aku serba serbi hitam...Kemeja hitam.seluar hitam,kot hitam,stokin hitam,,kasut hitam,handphone punya housing pun tukar hitam,kereta aku memang dah hitam,blog aku pon smalam ku tukar hitam.makan tengahhari tadi pon makan telur hitam(masak kicap la)hehehe...

sidang Dun masih kecoh....sama2 lah kita berdoa semoga ada jalan keluar terbaik untuk kita....ALLAHUAKBAR..


Teknik Menangkap Hantu...Oleh Unit Ghost Hunter AMK...

- Perkara paling utama....Sistem Menang Pilihanraya (SISMEP) PKR
ia digunakan bagi mengenal pasti nama-nama yang didapati meragukan..
Contoh : suatu Rumah di sebuah taman mempunyai lebih 50 penghuni pelbagai bangsa
dan agama...juga tempat kelahiran yang berbeza....
- Menjejaki ke alamat berkenaan untuk mengenalpasti tuan rumah serta status sebenar
rumah...
Contoh : sesebuah rumah yang di jejaki mungkin tidak berpenghuni dan berkeadaan
usang.Patikan juga semasa proses berkenaan...hanya unit berkenaan serta MEDIA
yang dijemput sahaja yang bersama...dari pengalaman lalu...SB selalu menyelit
dan menyibuk disini(jaga-jaga ha)
- Setelah berjaya dikenal pasti,dapatkan kerjasama penghuni rumah untuk membuat
laporan polis supaya suatu siasatan dilakukan ke atas SPR atas perkara yang
tidak sepatutnya berlaku itu.TETAPI,jangan terkejut...Laporan yang dilakukan
langsung tidak disiasat serta si pengadu juga tidak dipanggil untuk memberi
keterangan serta disoal siasat.. .INI PENGALAMAN di N25 Bukit Selambau...
- Kemudian,Proses menghantar MEMORANDUM kepada SPR..... Juga perlu berhati-hati
kerana kita mendapat sokongan RAMAI dari PIHAK BERTOPI MERAH yang berhimpun
lebih ramai dari kita yang menghantar memorandum...Dikatakan tujuan mereka
berhimpun sebagai menunukkan sokongan kepada kita....Kami juga diiringi oleh
sebuah trak FRU dalam perjalanan ke tempat perhimpunan bagi penghantaran
memorandum tersebut...
- Akhir sekali....kumpulkan seramai mungkin anak muda untuk memastikan hantu hantu
tidak muncl di siang hari...Sekiranya perlu sediakan juga KEMENYAN serta Air
Yasin.....hahaha

keranamu kek..che gu bard ditahan

AMARAN KERAS BUAT SEMUA RAKAN....

BERMULA HARI INI,KALIAN TIDAK DIBENARKAN MENGHANTAR,MENGIRIM ATAU MENGHADIAHKAN KEK KEPADA SESIAPA..INI KERANA,,TELAH TERBUKTI TINDAKAN MENGHANTAR KEK AKAN MENGAKIBATKAN TUAN/PUAN DITAHAN...

AKU NO KOMEN,BIASA KALO BIRTHDAY KEKAWAN AKU,DIORANG DAPAT TELUR TEMBELANG JE...MUNGKIN KALAU YANG NNI OK KOT..HEHEHE...BERIKUT CONTOH-CONTOH BAHAN LARANGAN TERSEBUT ..

PROGRAM AMK D PENANG

Program sepanjang minggu, sehingga 10 Mei 2009.

06.05.09 12:48 pm Oleh: Annuar Ismail
Berikut adalah aktiviti dan program Anak Muda Pulau Pinang yang dijadualkan untuk minggu ini, sehingga 10 Mei 2009.

Tarikh 9 Mei, 2009
Konvoi Motosikal dan minum teh bersama pemimpin Anak Muda Pakatan Rakyat bersama Ketua AMK Pusat, Sdr. Shamsul Iskandar dan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, YB Sallehudin Ayob
Masa:  9:00am
Tempat:  Markas Penanti
Forum: Najib, terminator of 'Rahman'
oleh YB Yusmadi, Hishamudin Rais dan Baljit Singh
Masa:  8:00pm
Tempat:  Kompleks Masyarakat Penyayang>
BERPAKAIAN HITAM
Pentas Anak Muda - *tertakluk kepada perubahan.
Masa:  9:00pm
Tempat:  Penanti
BERPAKAIAN HITAM
Tarikh 10 Mei, 2009
Ceramah Umum:
DSAI bersama YB Mujahid Rawa,YB Saifuddin Nasution dan Kepimpinan DAP.
Masa:  9:00pm
Tempat:  Padang Homestay, Mengkuang
Maklumat yang diberi adalah tertakluk kepada sebarang perubahan.

HITAM UNTUK DEMOKRASI

BERSIH: Berpakaian Hitam 7 Mei Tanda Protes Rakyat Terhadap Rampasan Kuasa Najib Di Perak

05.05.09 6:50 pm Oleh: Annuar Ismail
[TV Antara] Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) mengajak seluruh rakyat Malaysia berpakaian serba hitam pada 7 Mei sebagai tanda berkabung bagi memprotes rampasan kuasa yang didalangi Umno dan Barisan Nasional di Perak.

Dalam satu kenyataan akhbar yang disiarkan hari ini gabungan itu berkata protes tersebut akan menjadi simbol kuat tetapi aman kepada keingkaran sivil di mana rakyat sebenarnya adalah ketua ahli politik. Keengkaran ini bakal dimanifestasikan dalam pilihan raya umum yang akan datang kata Bersih.

"Marilah kita tunjukkan kepada dunia bahawa rakyat Malaysia akan berdiri menentang sebarang pencerobohan terhadap demokrasi, kebebasan dan keamanan oleh segelintir ahli politik. Kita tidak merestui sebarang perampasan kuasa seperti yang berlaku di Perak, atau di mana sahaja di Malaysia.

"Kita tidak akan membenarkan sesiapa juga merampas hak demokrasi, kebebasan dan keamanan. Najib mungkin akan mencolek institusi yang tidak dipilih di dalam keadaan demokrasi sebenar seperti dalam penghakiman, khidmat sivil, polis dan Suruhanjaya Pilihan Raya, tetapi bel

HAPPY BIRTHDAY AMINAH


AMINAH

selamat hari jadi altantuya

Hari ini 6 Mei 2009 , ialah genap Altantuya berumur 31 tahun ! Najib Razak dan Razak Baginda tak nak buat sambutan birthday ke.......


TV HONG KONG BUAT DRAMA BERSIRI PEMBUNUHAN ALTANTUYA



Kes Altantuya ini tidak akan terpadam begitu sahaja dalam masa terdekat, sebuah stesen TV di Hongkong akan menyiarkan pula drama bersiri mengenai pembunuhan Altantuya. http://farizmusa.blogspot.com

PELANCARAN BLOG BIROPILIHANRAYAAMK.WORDPRESS.COM

Langsung dari Yayasan Aman Penanti.

blog BPR AMK akan dilancarkan pada malam ini di sini oleh Ketua Umum DSAI pada jam 11 mlm ini...

sila layari
http://biropilihanrayaamk.wordpress.com